3 tips beli rumah / hartanah dengan jimat & tanpa modal besar

Mengenai Penulis

Mohd Rizal Bin Abd Rashid merupakan Guru Komunikasi Berpengaruh Malaysia yang berpengalaman selama 20 tahun dalam bidang komunikasi berpengaruh.

Beliau mempunyai kepakaran dalam komunikasi berpengaruh dan telah mengendalikan banyak bengkel serta seminar serta melatih ribuan bisnes owner, usahawan dan professional dalam dan luar negara fokus kepada komunikasi berpengaruh dan body language.

}

22 Nov 2018

Tajuk artikel: 3 tips beli rumah / hartanah dengan jimat & tanpa modal besar

Tak semestinya pelaburan hartanah sentiasa gunakan sejumlah modal yang besar.

Ada saja kes pelabur yang gunakan modal yang minima untuk membeli rumah. Bahkan ramai dah orang buat benda ni. kalau ada ilmu yang betul, semua boleh jadi. ikuti 3 tips + bonus ini untuk anda fahami cara dan tekniknya ya. Selamat membaca

 

1 – Kalau nak melabur, wajib “paksa” diri simpan duit.

Tip ini sesuai untuk anak muda yang baru lepas habis belajar. Bukan takat itu saja, semua orang pun boleh gunakan.

Saja saya target orang muda sebab biasanya, mereka tak ada banyak duit simpanan. Bukan semua, tapi segolongan. Bagi yang dah ada kesedaran, tahniah saya ucapkan.

Bagi saya, pelaburan hartanah yang bagus adalah dengan gunakan modal yang paling minima. Dan siapa cakap ia mustahil untuk kita buat?

So start simpan duit. Orang tua-tua pesan, sikit-sikit lama2 jadi bukit

 

 2 – Dapatkan diskaun duit pendahuluan.

Biasanya, kita perlu bayar 3.18% sebagai deposit untuk lock rumah / hartanah tu. Dan bayar selebihnya (6.82%) masa tandatangan Perjanjian Jual Beli (S&P).

Tapi, ini boleh berubah kalau kita pandai berunding dengan tuan rumah. Yang paling penting, sentiasa jaga perlakuan dan cakap elok-elok. Dan nyatakan hasrat korang direct kat owner rumah tu.

Bukan tak pernah jadi. Ada saja orang kat luar sana yang bayar 3.18% saja sebagai duit pendahuluan. Takkan korang tak nak merasa bayar duit muka rendah macam ni kan?

3 – Beli direct dengan tuan rumah.

Kalau beli secara terus dengan tuan rumah / hartanah, lebih senang kita nak beruding dan beli rumah dengan duit modal yang minima. Bertambah molek kalau tak payah bayar duit pendahuluan langsung.

Tapi kalau tak ada ilmu dan tak ada pengalaman beli hartanah, sebaiknya cari rumah yang diuruskan ejen.

Ejen hartanah akan bantu mudahkan urusan jual beli korang. Jangan risau. Bayaran komisyen ejen hartanah tu ditanggung 100% oleh penjual tu. Saya lagi suka beli rumah dengan ejen.

Bonus Tip: Beli rumah dengan orang yang kita kenal.

Keluarga dan kenalan biasanya tak berkira sangat. Sebab masing-masing dah kenal lama. Takkan sanggup nak tipu pula kan?

In Shaa Allah dengan cara ini, senang kita nak runding harga jualan dan duit pendahuluan.

Kalau dua belah pihak dah bersetuju untuk teruskan jual beli, elakkan daripapda mungkir janji. Tak sedap pula bila bermasam muka nanti.

 

Baca juga: 2 JENIS PEMIMPIN YANG ANDA ‘WAJIB’ TAHU JIKA ANDA SEORANG LEADER

 

Bonus 2: Cari rumah yang harga murah.

Untuk membeli rumah Sub-Sale, kita perlukan modal at least 15% daripada harga rumah sebagai modal.

Bermakna, kita kena sediakan 10% untuk duit pendahuluan, dan 5% untuk lain-lain kos seperti fi guaman, fi penilaian, atau sebagainya.

Secara matematiknya, semakin rendah harga rumah, semakin kurang modal yang kita perlukan.

Bonus 3: Raikan diskaun dan rebat.

Cari rumah / hartanah baru yang ada tawaran diskaun dan rebat menarik daripada pihak pemaju.

Contohnya, cari iklan seperti ini:

“Hanya dengan RM1,000, anda boleh memiliki kondominium berdekatan KLIA dengan rebat sebanyak 10%.”

Boleh juga cari tawaran bayaran pendahuluan secara ansuran sehingga 36 bulan tanpa faedah, dan diskaun bumiputera sebanyak 7%. Memang boleh sangat nak beli rumah dengan modal yang minima.

 

Artikel ini dipetik dari website gila hartanah milik Tuan Faizul Ridzuan. Jika anda nak belajar dengan Tuan Faizul Ridzuan secara terus, anda boleh sertai seminar NECS 2018 di Maeps Serdang pada 9 Disember 2018 ini. Beliau akan berkongsi rahsia beli hartanah tanpa modal dan pelaburan hartanah 2019 yang menguntungkan. Kalau anda masih tiada ilmu tentang hartanah, inilah seminar yang anda perlu hadir untuk belajar!

Klik pada gambar dibawah untuk sertai.

necs poster

Anda Mungkin Meminati Tajuk Tajuk Ini…

Apa Pendapat Anda Tentang Artikel Saya Ini? Berikan Komen Anda

0 Comments