fbpx

Hai semua pembaca blog Rizal Rashid, Hari ini kita berkongsi tentang jenis ‘pemimpin’ atau leadership style. Pemimpin yang berbeza menggunakan gaya yang berbeza. Dari gaya yang agak mudah, gaya mudah ke gaya otokratik, micromanaging dan sebagainya.

2 jenis pemimpin

Pemimpin juga boleh menggunakan strategi dan teknik motivasi yang berbeza untuk meningkatkan prestasi pekerja atau mencapai perubahan dalaman.

 

Ada 2 jenis kepimpinan iaitu kepimpinan transformasi dan kepimpinan transaksional ( Transformational Leader & Transactional leader )

 

Pemimpin transformasi dan transaksional adalah 2 perkara yang berbeza. Memahami perbezaan antara kepimpinan transformasional dan transaksional adalah sangat penting untuk perkembangan perniagaan dan juga peningkatan karier kita.

 

Jom kita kembangkan apakah beza kepimpinan transaksional dan kepimpinan transformasional

 

 

Kepimpinan Transaksional

 

Gaya kepimpinan transaksional adalah gaya kepimpinan yang mengekalkan aliran operasi yang lazimnya berlaku. Kepimpinan transaksional boleh digambarkan sebagai “menjaga kapal supaya tidak tenggelam.”

 

Pemimpin transaksional menggunakan kuasa disiplin dan pelbagai insentif untuk mendorong pekerja untuk melakukan yang terbaik. Istilah “transaksional” merujuk kepada transaksi atau operasi.

 

Contoh:

 

Satu hari, dalam satu kompleks membeli belah, semasa orang sibuk keluar dan masuk ke  tempat letak kereta, kawasan tersebut menjadi sesak.

Keadaan menjadi semakin sesak. Kereta tak dapat bergerak memandangkan kereta yang nak masuk pun banyak, kereta yang keluar juga semakin banyak. Beberapa minit berlalu tiada security atau pihak kompleks membeli belah yang membantu menyelesaikan masalah tersebut.

 

Orang menjadi semakin marah dan saling membunyikan hon antara satu sama lain.

 

Beberapa ketika, ada seorang pemuda yang meletakkan kereta beliau ke tepi dan melihat apa yang sedang terjadi. Rupanya tiada guideline untuk kereta yang keluar dan kereta yang masuk. Masing masing tidak memberi peluang antara satu sama lain.

 

Jadi dengan inisiatif sendiri, pemuda tersebut pergi ke pintu masuk tempat letak kereta dan kemudian dia secara sukarela menjadi ‘polis trafik’ untuk mengatur kereta yang masuk dan keluar. Selang beberapa minit, keadaan di tempat letak kereta pulih seperti sediakala. Si pemuda itu adalah pemimpin transaksional.

 

Seorang pemimpin transaksional adalah pemimpin yang sering prihatin dengan memastikan semuanya mengalir dengan lancar.

 

BACA JUGA: Berjaya Dengan Buat TERBAIK Sekarang! (Kisah Saya)

 

Kepimpinan transformasional.

 

Seorang pemimpin transformasional melampaui batas operasi atau transaksi. Jika pemimpin transaksional “menjaga kapal supaya tidak tenggelam”, pemimpin transformasional adalah “ menjaga dan memastikan kapal terus bergerak ke destinasi dan semakin membesar.”

 

Gaya kepimpinan transformasi memberi tumpuan kepada pembangunan pasukan, motivasi dan kerjasama dengan pekerja di pelbagai peringkat organisasi untuk mencapai perubahan yang lebih baik.

 

Pemimpin transformasional menetapkan matlamat dan insentif untuk mendorong bawahan mereka kepada tahap prestasi yang lebih tinggi, sambil menyediakan peluang untuk pertumbuhan peribadi dan profesional bagi setiap pekerja.

 

Dalam cerita sebelum ini iaitu tentang tempat letak kereta kompleks membeli belah dalam perenggan di atas, pemimpin transformational akan memikirkan satu sistem atau strategi yang akan melancarkan lalulintas atau aliran trafik supaya tidak berlaku kejadian tersebut tidak kita di waktu biasa, waktu perayaan, waktu cuti sekolah dan seumpamanya.

 

Apakah keselamatan pengujung wanita terjamin, adakah keselamatan kanak kanak yang melintas jalan akan terkawal ataupun adakah ianya memudahkan orang kurang upaya dan golongan senior citizen.

 

Mereka juga akan memikirkan bagaimana untuk fully utilize team atau staf yang ada dengan efficient ( cost effective ) supaya mereka tidak rasa terlalu terbeban, dan pada masa yang sama keadaan trafik berjalan lancar tidak kira masa, keadaan atau cuaca dan apa yang penting keselamatan pengunjung terjamin.

 

Mereka juga akan memikirkan staff progress, selepas jadi ticket attendant mereka akan dinaikkan kepada supervisor dan seumpamanya. Ini untuk memastikan perkembangan dalam staff dalam organisasi.

 

 

Kesimpulannya adalah, semua pemimpin transformasional adalah pemimpin transaksional. Tapi tidak semestinya pemimpin transaksional adalah pemimpin transformasional.

 

Semoga bermanfaat.

 

Ikuti saya di media social saya untuk lebih perkongsian tips & video-video menarik:-
Facebook | Instagram | YouTube | Twitter | LinkedIn |

​Dapatkan tips komunikasi terkini daripada saya.