3 Tips ‘Emas’ Dari Juara Dunia Yang Harus Dipraktikkan

Mengenai Penulis

Mohd Rizal Bin Abd Rashid merupakan Guru Komunikasi Berpengaruh Malaysia yang berpengalaman selama 20 tahun dalam bidang komunikasi berpengaruh.

Beliau mempunyai kepakaran dalam komunikasi berpengaruh dan telah mengendalikan banyak bengkel serta seminar serta melatih ribuan bisnes owner, usahawan dan professional dalam dan luar negara fokus kepada komunikasi berpengaruh dan body language.

}

23 Nov 2018

Hai semua, hari ini saya nak berkongsi tips dari Mentor saya, seorang Juara Dunia Public Speaking 2014, Mr Dananaya mengenai tips dalam pengucapan awam atau apabila kita bercakap diatas pentas. Ada 3 tips yang sangat bermanfaat yang boleh kita gunakan dan manfaatkan. Jangan lupa Praktikkan tau.

 

Selamat membaca!

 

1 – Have a very concise message – Mesej yang jelas dan tepat

 

Sangat penting sebagai seorang speaker adalah untuk memberikan mesej yang jelas dan padat dan sesuai dengan audiens yang mendengar. Sebagai Contoh, jika anda bercakap dengan pelajar, pastikan mesej anda jelas dan tepat pada audiens yang betul.

 

Pesan Dananjaya,

‘..kalau anda tak mampu menulis mesej dalam 10 patah perkataan, itu bukan mesej..’

 

So bina mesej yang jelas dan betul, dan sampaikan hingga anda mahir dan expert dalam mesej dan topiktersebut.

 

2 – Have an Attention-grabber Opening – pembuka bicara yang menarik perhatian.

Sebagai sebagai world class speaker yang baik dan dibaik, anda perlu ada ‘Attention Grabber’. Kalau dulu mungkin audiens yang akan focus pada anda sebagai speaker, tapi masa kini, tangungjawab itu telah berubah dan perhatian audiens kini di tangan speaker untuk pastikan mereka focus.

 

Anatara tips yang boleh digunkan untuk pembuka bicara atau opening yang dapat menarik perhatian audiens ialah menggunakan kaedah ‘cerita’ yang akan buatkan mereka memberi perhatian atau dalam 1st 45 saat adalah dengan ‘framing central problem’ yang memang berkaitan dengan masalah audiens dan dengan topik  anda akan membuatkan mereka focus dan beri perhatian kepada penyampaian anda sebagai seorang speaker.

 

Antara tips lain juga, beliau suruh gunakan soalan ketika opening.

‘.. Ask a Rhetorical Question..’

Soalan yang betul juga akan juga buat audiens memberi fokus yang baik kepada speaker.

 

BACA JUGA : 3 Cara Bina Hubungan Komunikasi Yang Baik Antara Majikan & Staff

 

3 – Ended on the high – Akhiri talk / ucapan / speech anda dengan ‘high’

Ramai speaker akhiri ucapan dengan slow atau tidak pada ‘energy’ yang sepatutnya. Bila mula dengan content yang sangat bertenaga dan penuh energy, tapi bila part ‘last’ atau penutup kita low plak. So pesan Dananjaya, akhirilah ucapan dengan ‘high pitch’ (bukan suara high pitch, menjerit ) supaya audiens sentiasa ingat dan nak dengar lagi talk atau penyampaian anda.

 

Antara tips lain ialah ‘take-home’ iaitu akhiri ucapan dengan tips yang dapat mereka bawa balik dan ingat point-point penting dalam mesej atau talk. Apabila mereka ingat dan pasti memberi manfaat buat mereka.

 

Saya banyak belajar dengan Dananjaya ketika berguru di Sri Lanka tempoh hari dan saya sangat yakin ilmu dia pasti beri manfaat buat anda yang dengar.

 

Saya nak jemput anda ke program SPEAK2019: Speak With Confidence dimana saya akan berkongsi strategi dan teknik dalam komunikasi yang saya dapat ketika berguru dengan Mr Dananjaya dan ramai lagi! Kalau anda nak turut serta daftarkan diri di >> www.speak2019.com atau tekan pada gambar dibawah.

Anda Mungkin Meminati Tajuk Tajuk Ini…

Apa Pendapat Anda Tentang Artikel Saya Ini? Berikan Komen Anda

4 Comments

  1. siti huzaimah

    terima kasih team Rizal Rashid. Tips ini sangat baik. Mohon untuk saya aplikasikan tips bermanfaat ini untuk saya jadi guru yang lebih cemerlang dalam mengendalikan program untuk anak murid di sekolah.

    • Rizal Rashid

      Alhamdulillah sama-sama, gunakan ilmu ini sebaiknya ya

  2. Kak Zan

    Saya amat berterima kasih kpd Tuan Rizal kerana tahun ini saya sebagai seorang pengurus tadika telah diberi kekuatan oleh Allah berucap dimajlis secara santai ..tidak sedikit pun ada perasaan gugup dan malu atas asbab ilmu2 yang dikongsikan oleh TN Rizal.Walaupun saya tak mampu mnghadiri kelas Tn Rizal secara rasmi. Saya selalu mengikuti Ig dan fb Tuan. Melalui ig dan fb tuan ini lah saya belajar bagaimana utk membuat pengucapan yang betul.
    Terima kasih Tuan Rizal.
    Saya doakn agar Tuan Rizal sentiasa dirahmati Allah taala.

    • Rizal Rashid

      Alhamduliillah Kak Zan. Tahniah diucapkan. Insya Allah, selepas ini kena biasakan berucap, lama-lama akan lebih bekredibiliti. Ibu bapa pun akan suka nanti dan selesa dengan cikpuan. Tahniah diucapkan.