Kisah kejayaan- Buat terbaik sekarang!

Rahsia berjaya adalah buat yang terbaik apa yang kita lakukan sekarang

Mengenai Penulis

Mohd Rizal Bin Abd Rashid merupakan Guru Komunikasi Berpengaruh Malaysia yang berpengalaman selama 20 tahun dalam bidang komunikasi berpengaruh.

Beliau mempunyai kepakaran dalam komunikasi berpengaruh dan telah mengendalikan banyak bengkel serta seminar serta melatih ribuan bisnes owner, usahawan dan professional dalam dan luar negara fokus kepada komunikasi berpengaruh dan body language.

}

8 Nov 2017

Rahsia berjaya adalah buat yang terbaik apa yang kita lakukan sekarang

===================

Untuk berjaya kita perlu buat apa yang kita suka ?

Tak.

Untuk berjaya kita perlu buat perkara yang kita buat sekarang dengan cara luarbiasa walaupun perkara tersebut kita tak suka atau belum suka.
 .
 .
Back to tahun 2000, saya minat jadi cikgu sebab keluarga saya kebanyakkannya cikgu sampaikan balik kampung antara soalan yang akan ditanya..
 .
” kau mengajar dekat mana sekarang..? “
 .
 .
Bayangkan la kalau soalannya macam ni..maksudnya rata rata family punya background semuanya cikgu.
 .
.
Dan kita pun selalu dengar, kalau kita dikelilingi oleh sesuatu kita akan terpengaruh dengan apa yang berada disekeliling kita.
 .
jadi sama juga dengan saya. Masa dulu saya memang bercita cita nak jadi cikgu.
 .
Tapi bila lepas Diploma apply jadi cikgu.. tak ada rezeki
.
Masa apply UPU semua pilih course pendidikan..tak ada rezeki..
 .
Lepas Degree apply jadi tutor …tak ada rezeki
 .
Beberapa tahun lepas kerja, dapat offer untuk Skim Tenaga Pengajar Muda a.k.a TPM (Skim ni untuk jadi Pensyarah under universiti yang offer)…tapi akhirnya tak ada rezeki juga..
 .
 .
Frust..kecewa..semua perasaan ada. bayangkan apa yang kita cita citakan tu semua tak dapat..
 .
 .
Dan akhirnya saya kata..
” Emm karier pendidik ni bukan untuk aku…”
Dan akhirnya doa yang saya selalu baca untuk menjadi seorang pendidik dilupakan begitu saja..
.
.
Akhirnya saya explore my new talent, iaitu pengacara majlis.
Daripada majlis kecik..majlis pembukaan mesyuarat ..mesyuarat agung tahunan…majlis kawin ..majlis kawan kawan sampailah ke majlis peringkat jabatan..kemudian di peringkat kementerian…dan seterusnya ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa..
.
.
Alhamdulillah..saya jadi kepercayaan majikan masa tu. Asal ada event saja CEO akan petik nama saya. Asal ada majlis keraian saja Ketua Setiausaha Kementerian (KSU) petik nama saya..sehinggalah ke peringkat YB Menteri..Alhamdulillah syukur sangat.
 .
Daripada majlis yang dirasmikan oleh ketua jabatan sehinggalah majlis yang dirasmikan oleh YB Menteri ke majlis YAB Perdana Menteri dan menteri menteri kabinet sehnggalah DYTM Tengku Mahkota Pahang.
Alhamdulillah syukur.
.
Dan akhirnya saya kata dengan diri saya..” emm mungkin rezeki saya di industri mengacara….bukan menjadi pendidik..”
.
.
Hari berganti hari, minggu berganti minggu, tahun berganti tahun..saya terus menjadi pengacara majlis, sebab lazimnya kalau di organisasi, once dah pernah jadi emcee, jawabnya tetap dan berpencenlah kan??? hehe…
Dan dari situlah saya start jadi emcee freelance walaupun sebenarnya bukan minat saya, tapi memandangkan boleh jadi side income..why not kan..
.
.
Antara sebab yang saya rasa pengacara majlis ni tidak menjadi passion saya sebabnya masa tu , emceeing ni jadi kerja tambahan pula sedangkan ada lagi kerja kerja lain.
Kalau event di jabatan tiada bayaran pun. Kalau ada pun token atau ucapan “Terima kasih ya..”
Tapi walaupun tiada bayaran atau bayaran hanya sedikit, saya buat the best. Sebab saya percaya, kalau kita tak best..free pun orang tak nak..
Prinsip saya, kita mesti buat the best apa yang kita buat sekarang sebabnya kalau kita buat the best sebenarnya ianya bukan untuk boss kita atau majikan kita..ianya sebanarnya untuk kita..
.
.
Dan masa tu saya explore bidang pengacaraan majlis. Pergi kursus, seminar dan seumpamanya. Ada yang under majikan tapi tak kurang juga pakai duit sendiri.
.
.
Nak dipendekkan cerita, satu hari ada orang PM tepi di media sosial saya tanya pasal emcee..
saya bagi tips..
kemudian ada lagi yang tanya pasal emcee
saya layan..
dan saya enjoy kongsi pasal emceeing and lastly ada yang cadangkan buat kelas..
.
.
Dan akhirnya saya decide buat kelas..
My first class untuk share pasal emceeing adalah di Kajang..masa tu tahun 2013 kot..tak ingat dah..masa tu berapa ketul je yang join..rasanya tak sampai sepuluh..hehe..tapi fullfillment dia memang susah nak cakap..lebih enjoy daripada mengacarakan majlis..
kemudian next class 15 orang..then next 30 orang then lastly sampai ke 150 orang.. dan akhirnya timbullah idea untuk organize seminar yang lebih besar dan alhamdulillah Seminar NECS kita target 1500.. yang datang 1800 orang..
dan feeling dia…perghhh…puass…this is it…seriously i feel great bila share depan 1800 orang especially event yang kita organize sendiri..
.
.
Dan akhirnya masa tu baru saya perasan….saya sebenarnya adalah seorang pendidik..
.
.
.
That’s why, saya selalu share dekat peserat peserta program saya.
.
” Kadang kadang kita doa untuk minta A, Allah bagi A..alhamdulillah syukur kita..”
” Tapi kadang kadang kita doa minta A, Allah bagi B..sebab B tu terbaik untuk kita..”
” Dan kadang kadang kita doa untuk minta A, Allah bagi C…jalan untuk dapat A..”
.
” Dan saya rasa, Allah sebenarnya bagi saya C untuk saya dapat apa yang saya nakkan..
cuma syaratnya kita mesti buat the best apa yang kita buat sekarang walaupun kita tidak suka..”
.
.
” Itulah rahsia untuk berjaya..”
.
Jika ada yang nak ikuti perkongsian saya mengenai Emcee & pengacaraan majlis boleh terus ke webiste rasmi VIP EMCEE ACADEMY.
.
Saya banyak berkongsi tips dan ilmu pengacaraan majlis disitu.
.

Anda Mungkin Meminati Tajuk Tajuk Ini…

Peranan trainer dan Fasilitator

Peranan trainer dan Fasilitator

Trainer dan fasilitator adalah dua peranan penting dalam bidang Latihan ( training ), khususnya dalam adult learning....

Apa Pendapat Anda Tentang Artikel Saya Ini? Berikan Komen Anda

0 Comments