AWAK PUJI-PUJI SAYA NI, NAK APA-APA KE

Mengenai Penulis

Mohd Rizal Bin Abd Rashid merupakan Guru Komunikasi Berpengaruh Malaysia yang berpengalaman selama 20 tahun dalam bidang komunikasi berpengaruh.

Beliau mempunyai kepakaran dalam komunikasi berpengaruh dan telah mengendalikan banyak bengkel serta seminar serta melatih ribuan bisnes owner, usahawan dan professional dalam dan luar negara fokus kepada komunikasi berpengaruh dan body language.

}

26 Mar 2020

Hai semua. Tak dinafikan bahawa zaman sekarang ni, memang banyak cabarannya. Anda pernah puji seseorang dan anda dapat respon seperti berikut? “Puji-puji nak apa ni? Ada niat tersirat ke?” Jika ya, kita sekapal! Hahaha. Tak mengapa, biasalah tu. Ada yang suka, ada yang kurang selesa. Tapi anda nak tahu ke bagaimana caranya untuk memuji agar nampak keikhlasannya di situ? Nak jawapan? Baca artikel ni sampai habis, ok?

 

  1. Berikan senyuman ikhlas

 

Satu senyuman akan memberikan dua senyuman. Tak percaya? Jangan buat. Hehe. Selalunya bila kita senyum pada seseorang, dia akan balas kembali senyuman kita. Tapi andai kata anda dah senyum, dia masih bermasam muka, tidak mengapa. Sekurang-kurangnya, anda sudah mencuba. Memang pada mulanya, malu sikit la. Tapi lama-kelamaan, anda akan terbiasa. Ingatlah, semakin ramai kita berjumpa dengan orang yang tak mahu, semakin dekat kita dengan orang yang mahu. Maksudnya kalau kita selalu menerima rejection, sebenarnya semakin dekat kita dengan orang yang nak produk atau servis kita.

 

Bercakap dengan senyum dan tanpa senyum adalah 2 perkara yang sangat berbeza. Apabila kita bercakap sambil senyum akan meningkatkan keyakinan dan kredibiliti anda. Senyum ada dua jenis; fake smile dan true smile. Fake smile hanya mengaktifkan otot di tepi mulut iaitu zygomaticus major muscle. True smile pula mengaktifkan otot di tepi mulut dan juga mata iaitu zygomaticus major muscle dan orbicularis oculi. Jangan pening-pening. Siapa yang dah masuk kelas komunikasi (kelas saya), mesti tahu. Hehe.

 

  1. Buat eye contact

 

Dari mata turun ke hati. Ya ke? Mungkin juga, tapi tak semestinya. Seringkali, membuat hubungan mata atau eye contact ini akan menyebabkan pihak penerima mesej merasakan bahawa diri mereka turut serta dalam perbualan itu. Secara amnya, manusia sukakan perhatian. Satu lagi, dengan adanya hubungan mata, anda akan dapat mengawal pihak penerima secara tidak langsung. Bak kata orang putih, take control.

 

Kalau yang pemalu sangat tu, macam mana pula? Tak mengapa, saya faham. Mulakan dengan melihat kawasan atas mata iaitu kening ke dahi atau kawasan bawah mata iaitu hidung ke mulut. Sekiranya anda tidak melakukan hubungan mata walau sedikit pun, besar kemungkinan pihak penerima akan menganggap anda tidak berminat, tidak memberikan perhatian kepadanya, atau lebih teruk lagi, tidak menghormatinya. Haa, bahaya bukan?

Baca lebih lanjut tentang teknik eyes contact buat mereka yang malu-malu kucing tu, klik sini —> Teknik Eyes Contact

 

 

  1. Bina rapport

 

Rapport ni apa benda pula? Tua kerepot ke? Hahaha. Aduhai. Sudah semestinya bukan. Rapport (baca: repo) ini merupakan jambatan ke hati awak. Eh, bukan. Jambatan antara penyampai mesej dengan penerima mesej. Sebagai contoh, anda boleh bertanya kepada audience, “Siapa dari sini berasal dari Sabah?” Mereka yang berasal dari Sabah bukan sahaja mengangkat tangan, malah mereka akan berasa mereka ada kaitan dengan anda. Hebat, bukan?

 

Di Malaysia, kalau nak mulakan perbualan, biasanya anda boleh bertanyakan soalan mengenai cuaca dan makanan. Misalnya, “Cantik kan cuaca hari ni? Tak panas dan tak hujan. Sidai baju ok, nak bersiar-siar pun ok.” Atau “Awak dah makan? Oh, dah makan nasi goreng. Saya pun suka nasi goreng juga.” Nampak ke nampak, pada contoh kedua, anda menyatakan bahawa anda juga sukakan nasi goreng sepertinya. Apabila kita menyatakan persamaan, penerima mesej akan menjadi lebih terbuka kerana dirinya berasa terhubung atau connected dengan penyampai mesej.

 

Saya nak bagi bonus kepada anda. Saya ada video berkaitan Rapport dengan 2 teknik yang anda boleh apply terus. Nak ke nak? Kalau berminat boleh tonton video saya itu di link berikut:-

 

KLIK —->> Video Rapport 

 

Itulah 3 langkah yang sebaiknya dilakukan sebelum memberikan pujian kepada seseorang. Bukan apa. Sekarang, semakin ramai yang berhati-hati sebagai langkah berjaga-jaga. Kalau tiba-tiba terus puji, orang akan menganggap anda ni pelik ataupun nak menggatal. Bahaya tu. Sebab itulah dalam artikel ini menceritakan apakah yang perlu dilakukan sebelum memberikan pujian.

 

Bila orang dah selesa dengan anda, mereka pun akan lebih terbuka untuk menceritakan perihal dirinya. Apabila sudah sampai ke tahap ini, maka akan lebih mudahlah untuk anda berkomunikasi. Sekiranya anda menjalankan perniagaan, apa lagi, rebutlah peluang ini untuk memenangi hati pelanggan dengan memberikan pujian kepadanya. Biasanya, bila orang kena puji ni, bahagia dia lain macam. Sedar tak sedar, dah terbeli. Hahaha.

 

Dah nampak kan betapa hebatnya kuasa pujian? Apa lagi? Kongsikan artikel ini di wall anda dengan menekan butang share. Terima kasih dan semoga bermanfaat.

 

Yang nak dapatkan lebih banyak tips komunikasi, anda boleh terus ke channel Telegram saya. Klik je pada gambar di bawah ya! 

 

[.$?*|{}() 0=”%91″ _i=”1″ _address=”1″ /][^; _i=”2″ _address=”2″ /][1 _i=”3″ _address=”3″ /]

Anda Mungkin Meminati Tajuk Tajuk Ini…

Apa Pendapat Anda Tentang Artikel Saya Ini? Berikan Komen Anda

0 Comments