3 ‘F’ yang WAJIB kita waspada supaya maintain positif.

​​Jadi yang terawal untuk dapatkan
artikel - artikel terbaru!

Isikan butiran anda dibawah untuk dapatkan artikel dan tips tips berkaitan komunikasi dengan PERCUMA.

Mengenai Penulis

Mohd Rizal Bin Abd Rashid merupakan Guru Komunikasi Berpengaruh Malaysia yang berpengalaman selama 20 tahun dalam bidang komunikasi berpengaruh.

Beliau mempunyai kepakaran dalam komunikasi berpengaruh dan telah mengendalikan banyak bengkel serta seminar serta melatih ribuan bisnes owner, usahawan dan professional dalam dan luar negara fokus kepada komunikasi berpengaruh dan body language.

}

30 Jul 2018

Assalamualaikum pembaca sekalian, Kadang-kadang kita mudah terpengaruh dengan sesuatu yang kita sendiri tak mahu terpengaruh. Fikiran kita yang mulanya Positif kita akan tiba-tiba berubah atau mudah untuk berubah..

Contohnya kita tak nak dan tak suka tidur siang, tapi kita kerap dan susah nak elak tidur siang, atau contoh lain kita tak suka orang share perkara dan cerita tak sahih tapi ada ketikanya kita teruja nak buat perkara tu. Pernah ke?

Jadi saya nak share dengan anda, ada 3 ‘F’ yang perlu kita waspada supaya jiwa kita kental dan maintain positif.

3F Facebook social media

1. FACEBOOK (POSITIF VS NEGATIF)

Waspada posting positif atau negatif. Posting dosa atau pahala. Komen mengeji atau membina. Samada kita mengawal facebook atau facebook mengawal kita. Salah seorang mentor saya pesan, apa yang keluar dari mulut dan tindakan kita akan mempengaruhi hidup kita semula. Jadi hati-hati dengan apa yang kita komen, share dan post di Facebook, lebih parah kalau kita taip ramai yang like dan mengaminkan.

Contoh kita taip : “bosannya hari ni”, ramai pula yang like, setuju dan suka dengan status kita tentang keadaan kita ketika itu, itulah tanda orang sedang mendoakan kita. Jadi, jika buruk yang post dan share, maka negatiflah hidup kita dan jika hal positif yang kita post dan share, insyaAllah tuan-puan positif juga hidup kita. Begitu juga dengan komen, jika kecaman dan ayat negatif yang kita tulis, hanya akan menjatuhkan pandangan baik orang lain pada kita dan yang tak kenal pula akan kenal kita sebagai orang yang negatif.

 

kawan friends

2. FRIENDS

Waspada juga dengan kawan kawan, kerana kawan adalah cerminan kita. Kalau mereka orang yang baik, soleh dan positif, in sha Allah kita juga sama. Anda kenal Chester Bennington? Vokalis kumpulan Linkin park yang mati kerana bunuh diri akibat kemurungan. Mengapa beliau ada ‘tendency’ untuk bunuh diri? Rupanya salah seorang dari kawan beliau juga ada sejarah yang sama iaitu mati kerana bunuh diri.

Sebenarnya pembaca sekalian, 60% hidup kita dipengaruhi oleh orang di sekeliling kita. Ada satu perumpamaan, “kita akan wangi kalau berkawan dengan penjual minyak wangi walaupun kita tak membeli, dan kita akan ada kesan hitam kalau kita berkawan dengan penempa besi walaupun kita tak tolong dia atau sentuh peralatannya.” Cukup dengan berada bersamanya kita akan terkesan dengan persekitarannya. Jadi tuan/puan, waspada dengan kawan-kawan.

ARTIKEL LAIN YANG MENARIK : KISAH SAYA BAGAIMANA ‘KEBERANIAN’ DIRI DIBENTUK!

filem 3f rizal rashid

3. FILEM

Waspada akan filem yang ditonton. Kerana berhibur itu tidak salah. Kerana hiburan ibarat garam, namun jika berlebihan akan memudaratkan kesihatan. Dan filem yang ditonton atau diterbitkan biarlah memberi inspirasi atau membina jiwa, bukan sebaliknya.

Ada satu kajian yang saya nak kongsikan, kajian psikologi BOBODOLL oleh Albert Bandura di Standford University bahawa apa yang kita tonton mempengaruhi minda dan sikap kita. Dipertontonkan tingkahlaku agresif kepada kanak-kanak dengan memukul dan mengasari Bobo Doll, sebaik sahaja Bobo Doll tersebut diberikan kepada kanak-kanak tersebut, tingkahlaku yang sama diperlakukan seperti yang telah dipertontonkan sebentar tadi.

TIdak salah untuk menonton filem dan berhibur, namun usah berlebihan dan filem yang dipilh adalah filem-filem yang bagus isinya.

 

Semoga anda dapat sesuatu bermanfaat daripada perkongsian ini. Jangan lupa tinggalkan sebarang komen dibawah.

 

 

ikuti saya di media social untuk lebih info & tips mengenai komunikasi:-

| FACEBOOK | YOUTUBE | INSTAGRAM | TWITTER | LINKEDIN |

 

Anda Mungkin Meminati Tajuk Tajuk Ini…

Apa Pendapat Anda Tentang Artikel Saya Ini? Berikan Komen Anda

2 Comments

  1. syzry

    Satu perkongsian ilmu yang menarik dan bermanfaat. Terima kasih Tuan Rizal Rashid.

    Reply
    • admin

      Alhamdulillah sama-sama semoga mendapat manfaat ya

      Reply

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Bermanfaat? Kongsikan

Kongsikan kepada rakan anda!