fbpx

Assalamualaikum semua, semoga sihat selalu. Hari ini saya nak berkongsi lagi tentang ilmu komunikasi yang kali ini  sangat berguna untuk majikan, atau mereka yang ada staff dibawah mereka. Komunikasi yang baik akan membantu perkembangan syarikat atau organisasi menjadi lebih laju dan mutu. Jom kita baca artikel ini. Semoga bermanfaat ya!

pujian

  1. Berikan pujian (gunakan teknik kritik yang betul)

Dalam dunia tidak ada manusia sempurna, setuju? Begitu juga di tempat kerja, pasti akan ada staff yang cemerlang dan bagus kerjanya namun tidak kurang juga pasti ada yang tidak ‘perform’ dan perlukan penambahbaikan. Kadang-kadang kita lupa mereka manusia biasa, ada kelemahan dan kekurangan di mana-mana, bila ‘result’ tak seperti yang dijangka, sebagai majikan mesti kita rasa tak puas hati, kita marah, kita hukum, betul ke betul?

 

‘Jadi apa perlu kita buat sebenarnya?’

 

Jawapannya PUJI, sebab manusia sukakan pujian.

Ya tuan-tuan dan puan-puan, walaupun mereka tak ‘perform’, tetap perlu puji sebab manusia sukakan pujian, kemudian baru kritik. Kritik juga perlu ada seni. Saya selalu share dalam program saya teknik menegur atau mengkritik. Peserta selalu tanya berapa kali puji baru kritik? Jawapannya terpulang dan tak kisah berapa kali, 3 kali? 5 kali? 10 kali? Terpulang mengikut kesesuaian. Apa yang penting ialah selepas puji, buang perkataan “TAPI” untuk mengkritik.

Sebagai contoh, kita selalu cakap macam ni : “saya suka awak kerja di sini, siap kerja ‘on-time’, pakaian ‘smart’, tempat kerja kemas. TAPI awak ada isu kehadiran, lewat datang kerja atau “TAPI kalau awak datang kerja before-time is better”. Tuan puan, sebenarnya perkataan TAPI itu dah mematikan emosi positif dari pujian tadi dan dia ‘block’ terus dari mendengar ayat yang seterusnya, kalau dengar pun dengan emosi tak bagus, kelak hasilnya juga tak bagus.

Apa kata, tuan puan cuba gantikan perkataan TAPI dengan “DAN, AWAK AKAN LEBIH BAIK/PERFORM JIKA….”. Contohnya,

 

“saya suka awak kerja di sini, datang kerja ‘on-time’, pakaian smart, tempat kerja kemas. DAN SAYA YAKIN, AWAK AKAN LEBIH PERFORM bila awak datang kerja before-time, sebab sekian sekian sekian….’

 

Pasti tuan puan, staff kita tak rasa dikritik tuan puan.

Jangan terus percaya tuan puan, sebab belum buat. Buat dulu, cuba try test.

Dan saya cuma nak beritahu, teknik ni dah terbukti ‘improve’ kualiti kerja staff ramai majikan di luar sana tanpa staff terasa hati dengan kritikan majikan, hehe. Jadi jangan percaya, buat je.

 

kata-kata positif

  1. Gunakan kata-kata yang betul & positif

Elak dari menggunakan perkataan-perkataan negatif dan tidak bermoral ketika berkomunikasi dengan staff, seperti lembab, malas, leceh, bosan dan sebagainya, apatah lagi melebel staf dengan perkatan-perkatan yang negatif. Guru saya Ustaz Muhammad bin Abdullah pernah berkata, “perut kita lebih bijak dari telinga”. Sebab sekiranya makanan tak baik masuk dalam perut, ia akan buang tetapi jika perkataan tak baik masuk dalam telinga dia akan terus salur ke otak dan simpan.

Akibatnya kita secara tak sengaja telah meng’install’ perkataan dan nilai negatif dalam minda dan fikiran staff kita. Perbanyakkan perkataan-perkatan positif serta motivasi. Hal ini supaya staff kita sentiasa positif dan sentiasa berada dalam mood kerja yang baik serta bagus dan produktiviti staff juga meningkat. Siapa yang untung?? Bossss laaaah.

 

BACA JUGA : BAGAIMANA KEBERANIAN SAYA DIBENTUK (KISAH SAYA)

 

nilai yg baik

  1. Majikan Berikan nilai yang baik kepada staff ketika berkomunikasi

 

Sebagai majikan, pernah tak kita tanya staff kita selain wang (gaji), apa yang mereka mahu atau apa ‘expectation’ mereka bekerja dengan kita untuk beberapa tempoh masa?

 

Pembaca sekalian, ketika kita tanya apa yang mereka mahu atau ‘expectation’ mereka yang ingin bekerja sebagai staff kita, sebenarnya kita sedang tanya nilai yang mereka mahu ada dalam diri mereka sepanjang bekerja bersama kita, dan kita sebenarnya boleh serapkan nilai-nilai tersebut ketika berkomunikasi dengan mereka. Banyak teknik menambah nilai atau value melalui komunikasi yang saya share dalam kelas saya.

 

Adalah satu bonus kepada majikan jika mempunyai staff yang sama nilai atau ‘value’ dengan majikan. Perjalanan kerja dan urusan menjadi mudah dan hala tuju syarikat akan seiring antara majikan dan staff, dan paling best adalah produktiviti serta ‘income’ syarikat akan meningkat dengan mudah dan cepat sebab staff dapat atau ada value yang mereka mahu. Faham ke faham ni?

 

Semoga perkongsian hari ini memberi manfaat buat anda. Yang nak belajar bersama saya, boleh hadir ke seminar NECS 2018 di Maeps Serdang pada 9 Disember 2018 ini.

Anda akan didedahkan dengan teknik nak ‘UPGRADE’ skill dan ilmu komunikasi anda menjadi lebih Efektif dan berpengaruh terutama buat leader & bos yang ada ramai team @ staff! Klik pada gambar di bawah untuk daftar atau terus ke > http://seminarnecs.com

 

Semoga anda dapat sesuatu bermanfaat daripada perkongsian ini. Jangan lupa tinggalkan sebarang komen dibawah.

ikuti saya di media social:-

| FACEBOOK | YOUTUBE | INSTAGRAM | TWITTER | LINKEDIN |

​Dapatkan tips komunikasi terkini daripada saya.