3 perkara penting jika anda mengajar online

Mengenai Penulis

Mohd Rizal Bin Abd Rashid merupakan Guru Komunikasi Berpengaruh Malaysia yang berpengalaman selama 20 tahun dalam bidang komunikasi berpengaruh.

Beliau mempunyai kepakaran dalam komunikasi berpengaruh dan telah mengendalikan banyak bengkel serta seminar serta melatih ribuan bisnes owner, usahawan dan professional dalam dan luar negara fokus kepada komunikasi berpengaruh dan body language.

}

15 Jan 2021

Hai Assalamualaikum dan selamat kembali ke blog saya. Semasa PKP (perintah kawalan pergerakan) ini online class adalah satu perkara yang sudah menjadi normal. Saya sendiri banyak anjurkan kelas online yang mana memerlukan saya mengajar secara online dan Alhamdulillah saya mendapat feedback yang baik dari para peserta.

 

Jika anda adalah seorang tenaga pengajar dan mengajar secara online, ada 3 perkara yang kita perlu ambil tahu. Semoga anda belajar sesuatu.


1. Tenaga kita


Untuk point yang pertama ini, anda kena make sure tenaga kita berada di tahap yang baik. Jika anda tanya saya, secara personal saya akan kata saya akan make sure tenaga saya berada di tahap tinggi setiap kali sebelum bermula kelas online.


Antara salahsatu cara untuk menaikkan tenaga kita ketika mengajar di online adalah dengan cara mengajar dengan postur berdiri. Ya, anda perlu berdiri ketika mengajar. Jika sebelum ini anda duduk, cuba anda amalkan berdiri pula, pasti anda akan merasa tenaga yang luar biasa dan berbeza.


2. Audien kita


Kita perlu kenal siapa audien kita. Sebabnya mengajar dengan pelajar sekolah menengah berbeza dengan mahasiswa di universiti. Mahasiswa tahun akhir berbeza dengan mahasiswa belajar pendidikan jarak jauh.  Disamping itu pengajaran kita secara online, maka dengan mengetahui siapa audiens kita akan membuatkan kita lebih fokus untuk sampaikan ilmu dengan lebih tersusun mengikut segmen audiens anda.


3. Konten kita.


Konten kita perlu berstruktur. Bila ianya berstruktur inshaAllah ianya akan lebih mudah difahami. Ini sangat penting. Apabila memasuk kelas online, ia sangat berbeza dengan kelas fizikal atau berdepan. Fokus dan energy pelajar, audiens berbeza-beza. Jadi anda perlu susun konten kita dengan cantik supaya setiap point yang disampaikan audiens boleh tangkap dan dapat di fahami dengan lebih mudah.


Dan sekiranya kita upgrade ketiga tiga point penting ini, inshaAllah kita akan lebih dihormati dan berkredibel ketika mengajar di online. Dah sedia untuk upgrade?


Rizal Rashid
Suka berkongsi ilmu

Jangan lupa ikuti saya di Social media untuk dapatkan tips dan perkongsian menarik dari saya. Imbas QR Code atau tekan pada gambar.

Anda Mungkin Meminati Tajuk Tajuk Ini…

Apa Pendapat Anda Tentang Artikel Saya Ini? Berikan Komen Anda

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *