Ziarah & Silaturrahim @ Usrah Nurani (Part 1)

​​Jadi yang terawal untuk dapatkan
artikel - artikel terbaru!

Isikan butiran anda dibawah untuk dapatkan artikel dan tips tips berkaitan komunikasi dengan PERCUMA.

Mengenai Penulis

Mohd Rizal Bin Abd Rashid merupakan Guru Komunikasi Berpengaruh Malaysia yang berpengalaman selama 20 tahun dalam bidang komunikasi berpengaruh.

Beliau mempunyai kepakaran dalam komunikasi berpengaruh dan telah mengendalikan banyak bengkel serta seminar serta melatih ribuan bisnes owner, usahawan dan professional dalam dan luar negara fokus kepada komunikasi berpengaruh dan body language.

}

9 Aug 2015

[et_social_follow icon_style=”slide” icon_shape=”circle” icons_location=”top” col_number=”auto” counts=”true” counts_num=”0″ total=”true” outer_color=”dark” network_names=”true”]

“Ziarah dan Silaturrahim” ( Usrah Nurani ikim.fm)

Kisah penuh pertemuan saya bersama salahseorang guru saya dalam bidang perniagaan yang saya kongsikan semasa usrah nurani @ ikim.fm minggu lepas.

Kisah ini saya bahagikan beberapa bahagian kerana perbualan agak panjang.

Semoga memberi manfaat dan memberikan perspektif baru dalam ziarah.

Pengajarannya. Ziarah bukan sahaja merapatkan silaturrahim tapi kita juga dapat mengambil pengajaran daripada situasi, kejadian dan persekitaran yang berlaku untuk menjadi lebih baik. ( sekiranya kita ingin mengambil iktibar)

Allahua’lam

Part 1
================

Beberapa tahun lalu saya berpendapat ziarah hanya satu aktiviti berkunjung ke rumah sanak saudara atau rakan rakan dengan tujuan untuk rapatkan silaturrahim dan mengetahui perkembangan semasa sahaja. Sehinggalah satu hari yang telah mengubah persepsi saya terhadap beberapa perkara.

1. Pandangan terhadap orang berada.
2. Pandangan terhadap berniaga.
3. Pandangan terhadap membaca buku.

Sebelum berjumpa dengan beliau (Mentor), saya mempunyai persepsi buruk terhadap orang berada.

Saya selalu anggap orang kaya sombong dan mereka tak layan orang biasa biasa, ibarat cerita dalam TV yang sesetengahnya menggambarkan begitu.

Sehingga satu hari ( beberapa tahun lepas) kedua ibu bapa saya membawa saya beraya di rumah ibu& ayah saudara (usahawan berjaya). Mulanya saya mengelak, tapi akhirnya saya akur jua.

Setiba di rumah, Datuk & Datin kebetulan mereka hanya berdua dan tiada tetamu ketika itu, kami di sapa dan di layan dengan begitu baik sekali.

Perbualan mulanya antara Bapa dengan Datuk. Kemudian tidak lama dia tanya saya:
————————-
Datuk : Rizal dan Ann buat apa sekarang?

Saya : Owh saya bekerja di Sykt XYZ dan Ann Pensyarah Datuk.

Datuk : Emmm…(Sambil meneguk teh).. Both of you hanya boleh sampai Financial Secure sahaja..

Saya : (Terkebil kebil)… Apa maksud Datuk?

Datuk : Rizal, dalam dunia ni ada 4 tahap kewangan individu,

Pertama iaitu yang paling bawah sekali iaitu orang yang meminta minta. Yang jenis ni kita tak mahu. Nauzubillah..

Tahap kedua yang tinggi sedikit iaitu Financial Stability..

Tahap ketiga iaitu Financial Secure..

Dan yang paling tinggi adalah Financial Freedom..

Saya : Apa tu Financial Stability, Secure dan Financial Freedom Datuk?
————-
…bersambung ke bahagian 2

Anda Mungkin Meminati Tajuk Tajuk Ini…

Step Dalam Public Speaking

Step Dalam Public Speaking

Hai semua, Terima kasih kerana terus membaca artikel-artikel dalam website saya. Ada 6 Step dalam Public Speaking atau...

Apa Pendapat Anda Tentang Artikel Saya Ini? Berikan Komen Anda

0 Comments