Ziarah Silaturrahim (Part 2)

Mengenai Penulis

Mohd Rizal Bin Abd Rashid merupakan Guru Komunikasi Berpengaruh Malaysia yang berpengalaman selama 20 tahun dalam bidang komunikasi berpengaruh.

Beliau mempunyai kepakaran dalam komunikasi berpengaruh dan telah mengendalikan banyak bengkel serta seminar serta melatih ribuan bisnes owner, usahawan dan professional dalam dan luar negara fokus kepada komunikasi berpengaruh dan body language.

}

12 Aug 2015

Sambungan posting lepas..

Part 2
===============
Posting ini adalah sambungan daripada posting beberapa hari lepas, selepas berkongsi di usrah nurani ikim.fm. Perkongsian berkenaan dengan “Ziarah & Silaturrahim” yang tidak sempat saya kongsikan seluruh cerita pada sesi usrah.

Perbualan saya dengan salahseorang Mentor saya beberapa tahun lepas yang mengubah persepsi saya tentang Ziarah secara total.

Ziarah bukan sahaja dapat mengeratkan tali silaturrahim, tapi kita boleh mengambil pengajaran daripada kejadian dan situasi yang berlaku. ( sekiranya kita ingin mengambil iktibar )

—————————
Saya : Apa itu Financial Stability, Secure dan Financial Freedom Datuk?

Datuk : Okay Rizal, dalam dunia ni ada 4 Tahap kewangan individu,

Yang Pertama orang yang Meminta minta. Yang ni kita tak nak.. Nauzubillah..yang ni adalah tahap paling bawah..

Tahap Yang Kedua adalah Financial Stability…orang dalam kategori ini adalah orang yang bekerja, setiap bulan dapat gaji..beli barangan keperluan, bayar belanja bulanan, bayar kereta, bayar itu dan ini habis…tiada simpanan…asal hujung bulan duitnya habis..

Tahap yang tinggi sedikit iaitu yang Ketiga iaitu Financial Secure..orang dalam kategori ini adalah orang yang bekerja…tiap tiap bulan dapat gaji beli barangan keperluan, bayar belanja, bayar rumah, bayar kereta bayar itu dan ini…tapi orang yang berada di tahap ini ada sedikit simpanan…mereka ada aset seperti rumah sewa dan seumpamanya…namun situasi orang pada level ini…” mereka tidak dapat beli apa yang mereka nak, dan mereka tidak dapat pergi, mana yang mereka nak pergi..”

dan Yang Keempat iaitu paling tinggi ialah Financial Freedom…orang orang yang berada dalam kategori ini adalah orang yang ” boleh beli apa yang mereka nak dan boleh pergi mana sahaja yang mereka nak pergi…” orang orang ini adalah orang yang berniaga…

Jadi startlah berniaga..

Saya : Emmm…nak berniaga?..masalahnya saya tiada masa pastu Modal pun saya tak ada Datuk..

Datuk : Rizal,Orang biasa,bila cakap tentang berniaga akan bagi 3 alasan,..
1. Tiada Masa. 2.Tiada Modal. 3.Tiada LUCK

..(senyum sambil meneguk kopi yang dihidangkan beliau menyambung)…

Masa you dengan masa I dalam sehari sama kan? Ada 24jam..tapi I can make millions per year..unless I have 72 hours per day..your reason is acceptable..

Saya : Tapi saya tiada modal..memang tiada modal nak start berniaga Datuk..

Datuk : Emm..dekat ofis tempat you bekerja sekarang ada orang jual kacang tak?

Saya : ada..

Datuk : How much per pack?

Saya : Seringgit satu pack..

Datuk : Kalau you beli & jual balik dekat ofis RM1.20 and after few transaction you boleh convince penjual kacang tu untuk jadi agen dia tanpa perlu membeli lagi dan you hanya tolong jualkan on behalf of dia & you ambil komisyen saja is it make sense & affordable?

Saya: Yes..absolutely..

Datuk : Jadi, apa lagi alasan awak untuk berniaga?

Saya : How to start ?

Datuk : You see…starting a business is not about having a huge amount of money..its about how you utilize yourself & your environment.. Your skills, your expert, your friends etc..

Saya : So then, how to start?

Datuk : What is your passion?

Bersambung…

Anda Mungkin Meminati Tajuk Tajuk Ini…

Apa Pendapat Anda Tentang Artikel Saya Ini? Berikan Komen Anda

0 Comments