“KALAU DULU, SAYA SANGAT MALU DAN BLURR BILA BERCAKAP DENGAN ORANG YANG BARU SAYA JUMPA, TAPI SEKARANG, TAK LAGI BILA SAYA AMALKAN………………

malu bercakap dengan orang baru

Mengenai Penulis

Mohd Rizal Bin Abd Rashid merupakan Guru Komunikasi Berpengaruh Malaysia yang berpengalaman selama 20 tahun dalam bidang komunikasi berpengaruh.

Beliau mempunyai kepakaran dalam komunikasi berpengaruh dan telah mengendalikan banyak bengkel serta seminar serta melatih ribuan bisnes owner, usahawan dan professional dalam dan luar negara fokus kepada komunikasi berpengaruh dan body language.

}

24 Mar 2017

Hai semua, Topik hari ni mesti biasa anda lalui iaitu bagaimana nak bercakap dengan orang yang baru kita jumpa, atau first time kita jumpa. Ok, pernah tak anda dengar penyataan seperti ini?

“Ye betul, dulu bila nak bercakap dengan orang yang baru jumpa, macam-macam perasaan ada, malu, gelabah, blurr, tak da idea nak cakap apa, boring, senang kata semua adalah…huhu…”

Amacam semua??

Sapa kat sini senasib macam diatas?

“Saya, tuan. Dah memang biasa macamtu, kadang-kadang tak da idea, krik krik je tak tahu nak borak apa, kadang kala tu kita pulak yang terover, kalau ingat sekali kita pulak yang menyampah dengan diri kita…huhu..”

Hmmm, itu tandanya kena amal petua saya ni, Insyallah akan membantu anda untuk bercakap dan meningkatkan pengaruh dengan orang baru anda jumpa.

“Penting ka tuan?”

Memang penting lah, kita boleh dapat ramai kenalan, perluaskan lagi networking kita terutama sapa yang kat sini bisnes owner dan professional.

Ohhh, begitu ya, memang penting sangat ni, sharelah tuan apa petua tu?”

Ok, mari sini saya share ye, 5 petua yang wajib kita amalkan, sila baca….

 

1- BUATKAN ORANG BERCERITA TENTANG DIRI MEREKA.

Rasa-rasa anda kan, apa cara paling mudah untuk mula berbual dengan orang yang baru anda jumpa?

“Kalau saya, tanya nama, asal mana ka…..”

Ye betul tu. Let’s me explain.

Kan tadi kata tak da point nak mulakan perbualan, payah nak bercakap dengan orang kan. Jangan risau, kalau begitu kita buat sebaliknya, kita buatkan orang yang bercakap dengan kita. Amacam….

Macamana??? Kita buat orang bercerita tentang dirinya. Senang ja, macam yang anda cakap tadi lah, anda tanya nama, asal mana, or lain-lain tentang dirinya.

“Owh, macam tu…senang sangat ye..huhu”

Sebenarnya dengan cara ini anda dapat dua kelebihan, yang pertama anda tak perlu risau lagi bagaimana nak dapat points untuk mulakan perbulan, dan yang kedua anda tunjukkan kepada orang tu yang anda berminat tentang dirinya

Reminder: Kalau tanya soalan tentang diri orang yang baru kita jumpa tu, jangan lebih-lebih sangat, nanti nampak macam kita penyiasat persendirian pula

Faham ka faham ni??

“Ye, saya faham tuan…”

tunjukkan yang kita berminat bercakap dengan mereka

2- TUNJUKKAN YANG KITA BERMINAT DENGAN MEREKA. [tak perlu malu]

Orang akan minat untuk berbual dengan kita bila kita dahulunya menunjukkan minat kita terhadap mereka. Cuba anda bayangkan bila anda berjumpa dengan orang yang tak berminat pun dengan anda, rasa-rasa anda layan di ka tak??

“Hm, buat apa kita nak layan orang macam tu,,,”

 

Kan, saya dah kata, memang fitrah manusia suka kepada siapa yang suka dia. So, tips kedua ni tunjukkan yang kita suka dan minat orang tu.

 

Cara yang paling mudah nak buat adalah bila bercakap, jaga eye contact kita, pandang mukanya, jangan nak main pandang-pandang tempat lain.

 

Tumpukan perhatian apa yang dicakap oleh mereka, cube faham dan rasa mesej yang disampaikan, supaya kita pun boleh berikan respond yang terbaik.

 

Memberi respon adalah sangat penting untuk menunjukkan minat kita terhadap mereka sebagai contoh:

 

Mereka cerita “Saya ada buat butik di Puchong, macam-macam jenama ada….”

 

Kita pun segera respon “Wow, hebat. Butik di Puchong tu area mana ye? Dari sini nak ke sana berapa jauh? Jenama apa yang ada?

 

Dengan respon sebegini, mereka merasakan kita berminat dan ingin tahu lagi mengenai mereka. Dengan petua yang kedua ini, pasti anda dan mereka akan lebih rapat.

 

3- JANGAN ASYIK BERCAKAP TENTANG DIRI KITA KECUALI APABILA DITANYA.

Awas, jangan asyik berbual tentang kita ja, nanti dilihat nak menunjuk, orang pun akan menyampah dengan kita….

 

Kecuali bila mereka tanya tentang kita, masa tu lah kita nak share, tu pun jangan lebih-lebih sampai buka jati diri sendiri….

 

Sebenarnya orang lebih suka kepada orang yang low profil, tak suka nak “jual-jual diri” tapi mudah mesra dengan orang….

 

ARTIKEL BERKAITAN : TEKNIK NAK BUAT ORANG SUKA BERCAKAP DENGAN KITA

 

4- JIKA TAK SETUJU TENTANG SESUATU ANGGUK ANGGUK SAJA ATAU REPLY , ” OOO “… ” AHAAA”

Biasalah manusia, tak semua orang sama gaya fikirnya, lain orang lain pendapat….

Mungkin dalam perbualan tu mereka ada share pendapat, ada yang sama dengan kita, kita setuju, da nada juga yang tak selari dengan kita kan…

Kalau kita tak setuju dengan mereka, jangan cepat melatah, dengar dulu dan fahami apa yang sebenarnya yang nak disampaikan. Jangan cepat jump to conclusion.

 

Habis-kita tak setuju pun, angguk angguk saja atau reply “oooo”….”ahaaaaa”…….tak perlu nak respon apa-apa….

 

Maklumlah tak kan baru jumpa baru kenal dah nak bertikam lidah…. Bersatu atas titik persamaan, elak daripada mencari titik perbezaan…..

biar orang tak tahu jangan kita buat buat tahu

5- BIAR ORANG TAK TAHU SIAPA KITA, JANGAN ORANG TAHU YANG KITA TAK TAHU APA-APA.

Petua paling last, bila bercakap dengan orang yang baru kita jumpa, jangan mengaharap untuk mereka kenal siapa anda, tapi paling kurang mereka ingat siapa anda…..

“Tuan, bagaimana nak orang ingat siapa kita???”

Very simple, tapi kadang-kadang payah kita nak buat, iaitu layan mereka dengan baik dan bantu mereka…

Orang akan ingat kita bila kita bantu mereka, sebagai contoh paling kurang kita berikan suggestion idea dengan apa yang mereka sedang buat bila diminta.

Semoga bermanfaat dan dapat halang perasaan nervous dan malu anda tu. anda dapat sesuatu? jika ya, sila komen dibawah ok.

ikuti saya di media social untuk lebih info & tips mengenai komunikasi:-

| FACEBOOK | YOUTUBE | INSTAGRAM | TWITTER | LINKEDIN |

Join Telegram Channel saya, banyak perkongsian tips & video komunikasi berpengaruh kat situ, klik pada gambar dibawah untuk join ok:-

Anda Mungkin Meminati Tajuk Tajuk Ini…

Peranan trainer dan Fasilitator

Peranan trainer dan Fasilitator

Trainer dan fasilitator adalah dua peranan penting dalam bidang Latihan ( training ), khususnya dalam adult learning....

Apa Pendapat Anda Tentang Artikel Saya Ini? Berikan Komen Anda

0 Comments