TAK PERNAH GEMURUH ATAS PENTAS? JANGAN BACA!

gemuruh

Mengenai Penulis

Mohd Rizal Bin Abd Rashid merupakan Guru Komunikasi Berpengaruh Malaysia yang berpengalaman selama 20 tahun dalam bidang komunikasi berpengaruh.

Beliau mempunyai kepakaran dalam komunikasi berpengaruh dan telah mengendalikan banyak bengkel serta seminar serta melatih ribuan bisnes owner, usahawan dan professional dalam dan luar negara fokus kepada komunikasi berpengaruh dan body language.

}

9 Feb 2021

Hi, selamat kembali ke blog saya. Hari ini saya akan kongsikan tentang ‘Gemuruh’. Siapa je yang tak pernah gemuruh kat atas pentas, kan? Selalunya kita tengok, orang yang selalu berucap atas pentas ni, nampak steady je, macam tak ada apa-apa yang membuatkan mereka gemuruh pun. Nak tahu ke apa rahsianya? Kalau dah tahu, jangan baca tau. Hehe. Ini saya kongsikan 3 tips bagaimana anda boleh control gemuruh anda.

1. Familiarise your topic

Untuk point pertama ini, anda perlu biasakan topik anda. Anda kena tahu dan faham terlebih dahulu mengenai topik yang ingin disampaikan. Kalau anda sendiri pun blur, macam mana pendengar nak faham? Betul ke sangat betul? Jadi, ambil masa untuk baca, faham serta ingat tentang perkara ataupun topik yang ingin dikongsikan itu. Bak kata pepatah, ‘practice makes perfect’. Gitu. So, apabila anda faham betul apa topik yang anda nak sampaikan, sekiranya ada yang bertanya soalan pun anda akan yakin untuk menjawab & ini secara tidak langsung dapat kawa gemuruh anda.

2. Familiarise your audience

Kenali siapa pendengar atau penonton anda. Antara aspek yang boleh diambil kira ialah jantina, umur, pekerjaan, latar belakang pendidikan, tempat tinggal dan sebagainya. Hal ini adalah penting supaya pemahaman mereka adalah selari dengan apa yang anda cuba sampaikan. Jangan sampai terjadinya insiden ‘seperti ayam dengan itik’. Bahaya tu.

Apa yang saya amalkan, sebelum program berlangsung saya akan ‘mingle around’ bersama para peserta. Berborak ringkas dan berkenalan. Mereka akan rasa selasa dan apabila anda dipanggil dan naik kepentas, insya Allah gemuruh tu dah hilang sedikit sebab anda dah tahu siapa yang berada dihadapan ini.

3. Familiarise your venue

Pastikan anda tahu di manakah tempat yang anda bakal memberikan ucapan. Sekiranya tidak pernah ke kawasan tersebut, adalah sebaiknya datang sehari awal bagi memastikan tempatnya adalah betul. Setibanya di sana, kita dapat membuat rehearsal untuk meningkatkan keyakinan diri. Di samping itu, kita juga dapat berehat dan mengambil masa. Tidaklah nanti terburu-buru dan tergesa-gesa sebelum memberikan ucapan.

Selesai sudah 3 perkongsian bagi mengurangkan rasa gemuruh di atas pentas. Ingin bantu lebih ramai untuk mengatasi rasa gemuruh? Silakan share posting ini. Semoga bermanfaat, ya!

Baca juga antara artikel lain yang bermanfaat di blog saya ini.

ikuti saya di sosial media untuk lebih banyak tips dan perkongsian. Imbas QR code atau tekan pada gambar.

Anda Mungkin Meminati Tajuk Tajuk Ini…

Apa Pendapat Anda Tentang Artikel Saya Ini? Berikan Komen Anda

2 Comments

  1. mohamad taufik bin ali

    good

    Reply
    • Rizal Rashid

      Terima Kasih Tuan Taufik

      Reply

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *