PERUTUSAN KHAS AIDILFITRI 2018

Selamat hari raya

​​Jadi yang terawal untuk dapatkan
artikel - artikel terbaru!

Isikan butiran anda dibawah untuk dapatkan artikel dan tips tips berkaitan komunikasi dengan PERCUMA.

Mengenai Penulis

Mohd Rizal Bin Abd Rashid merupakan Guru Komunikasi Berpengaruh Malaysia yang berpengalaman selama 20 tahun dalam bidang komunikasi berpengaruh.

Beliau mempunyai kepakaran dalam komunikasi berpengaruh dan telah mengendalikan banyak bengkel serta seminar serta melatih ribuan bisnes owner, usahawan dan professional dalam dan luar negara fokus kepada komunikasi berpengaruh dan body language.

}

12 Jun 2018

[et_social_follow icon_style=”slide” icon_shape=”circle” icons_location=”top” col_number=”auto” counts=”true” counts_num=”0″ total=”true” outer_color=”dark” network_names=”true”]

Assalamualaikum semua pembaca.

Mungkin ada yang baca artikel ini sedang enak makan ketupat dan rendang ayam bersama keluarga dan sanak saudara tercinta. Alhamdulillah Selamat Hari Raya saya dan seluruh team Neuronworks International ucapkan kepada semua follower dan pengikut saya di semua social media yang tidak pernah jemu belajar dan mendapatkan tips komunikasi dari saya.

 

Dikesempatan ini juga, saya ingin memberikan sedikit perutusan disamping nasihat sempena Aidilfitri kali ini. Semoga nasihat dan perutusan ini sedikit sebanyak menambah keharmonian komunikasi kita bersama sanak saudara disamping menambah kecerian dan kerahmatan dibulan yang mulia ini.

 

======
PERUTUSAN AIDILFITRI 2018
======

” Assalamualaikum semua, sempena Aidilfitiri kali ini, elakkan ‘2 M’ ini semasa Berhari Raya.

M yang pertama (01) ialah..

‘Membanding banding’

M yang kedua (02) ialah..

‘Membawang’ tentang buruk orang lain

 

M yang pertama ialah ‘membanding banding

Orang tak suka dibanding banding terutama jika kita dibandingkan dengan orang yang lebih tinggi daripada kita.

Maka, ketika berhari raya, sembanglah tentang masa silam atau kenangan lalu dan jauhkan dari membanding banding kan tidak kira la kereta ke, kerjaya ke, gaji ke, jumlah anak ke dan lain-lain.

 

M yang kedua ialah ‘Membawang’ tentang buruk orang lain

Cuba bayangkan, kalau orang cakap atau bercerita tentang buruk kita, amacam ??? Suka ??

Tak suka kan ? Jadi sudah sudahlah cakap atau bercerita tentang buruk orang lain. Fokus kepada matlamat asal

berhari raya dan berkunjung kunjungan ini.

 

Justeru sempena hari baik bulan baik ini berkatalah yang baik baik walaupun kita belum baik…

sekurang kurang nya ianya sudah mengurangkan yang buruk buruk.

 

Dan dalam kesempatan ini … Saya ingin memohon kemaafan sekiranya terdapat kekurangan dan keterlanjuran disepanjang saya memberikan tips komunikasi dan sepanjang anda yang hadir ke program atau seminar seminar anjuran kami.

 

Hati hati memandu ketika pulang ke kampung halaman..

Make sure pintu rumah dikunci rapi semasa ketiadaan anda.

Dan pastikan juga peralatan elektrik rumah anda berada dalam keadaan selamat.  ”

-Tamat-

DUA M MEROSAKKAN HARI RAYA

=====

Semoga nasihat ini memberi manfaat sebaiknya kepada anda semua para pembaca. Saya insya Allah akan pulang beraya di Kampung halaman di negeri Sabah dibawah bayu, Alhamdulillah.

Anda beraya di mana tahun ini?

Kepada yang nak tonton video ucapan raya saya boleh terus ke Youtube Channel saya atau KLIK link dibawah ini:-

 

KLIK >>  UCAPAN RAYA 2018

 

Semoga bermanfaat ya!

Tonton juga Tips raya dari saya di : [VIDEO] LIVE di RTM – Adab bertandang di Hari Raya

Anda Mungkin Meminati Tajuk Tajuk Ini…

Apa Pendapat Anda Tentang Artikel Saya Ini? Berikan Komen Anda

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *