Jangan buat 3 perkara ini semasa mengajar di platform online

rizal rashid

Mengenai Penulis

Mohd Rizal Bin Abd Rashid merupakan Guru Komunikasi Berpengaruh Malaysia yang berpengalaman selama 20 tahun dalam bidang komunikasi berpengaruh.

Beliau mempunyai kepakaran dalam komunikasi berpengaruh dan telah mengendalikan banyak bengkel serta seminar serta melatih ribuan bisnes owner, usahawan dan professional dalam dan luar negara fokus kepada komunikasi berpengaruh dan body language.

}

22 Jan 2021

Hai dan selamat kembali ke blog Rizal Rashid. Untuk perkongsian kali ini, kita akan bincangkan tentang 3 perkara yang kita tak boleh lakukan semasa mengajar di platform online. Dalam waktu new normal dan pembelajaran secara online ini sangat lah perlu untuk berhati-hati.  Semoga artikel ini bermanfaat dan selamat membaca!

  1. Jangan biarkan pelajar anda rasa tidak dialu alu kan di dalam kelas anda.

Bila kita mengajar di online platform, orang dapat rasakan yang kita dialu alukan atau sebaliknya. Justeru elakkan daripada berasa marah sebelum atau semasa online session. Jika perasaan itu timbul semasa tempoh pengajaran, alihakan topik agar perasaan marah tidak berpanjangan. Kita juga boleh menyebut beberapa nama pelajar kita agar mereka dapat rasakan kehadiran mereka dirasai.

Menyebut nama juga merupakan antara teknik ‘Grab & hold Attention’ yang sangat powerful. Pelajar/audiens di dalam online akan rasa dihargai, rasa dialu alukan apabila nama mereka disebut oleh kita. Tak percaya? Cubalah.

  1. Jangan samakan situasi kita dengan pelajar / audiens kita atau membandingkan situasi pelajar ‘a’ dengan pelajar yang lainnya.

Kenapa saya boleh online awak tak boleh?

Razak boleh attend, tapi kenapa awak tak boleh… awak ni banyak alasan..

” Sila buka kamera awak Idayu sewaktu saya sedang mengajar macam kawan awak yang lain buat ya”

 

Ya saya faham, sebagai pendidik kita nak mendisiplinkan pelajar / audiens kita. Tetapi kita juga kena faham, ada sesetengah pelajar kita tidak mempunyai laptop atau smartphone di rumah. Jika ada pun mungkin mereka terpaksa bergilir gilir dengan adik beradik atau ibu ayah mereka.

Dan salah satu cara untuk menegur dengan betul adalah dengan menegur secara berdepan atau one to one. Panggil atau adakan video call khas bersama pelajar/audiens tersebut dan tanya apa masalah dan cuba tegur dan beri solusi. Konsepnya mudah,

Nak puji,pujilah didepan ramai orang. Apabila nak tegur, tegur lah one to one dan bukan dihadapan ramai orang.

  1. Jangan melabel pelajar/audiens kita dengan label yang negative.

Jika pelajar kita tak siap tugasan yang kita berikan, elakkan dari melabelkan mereka pemalas atau seumpamanya. Kerana kita tidak tahu apakah kekangan yang dihadapinya. Jika kita berhadapan, mungkin mereka boleh memberitahu kita keadaan sebenar. Namun dengan kekangan online, pelajar pelajar kita lebih suka mendiamkan diri.

Maka carilah solusi untuk selesaikan permasalahan ini. Kita pun sedia faham, apa yang kita cakap itu adalah satu doa so berjaga-jaga dengan lisan kita. Labelkan anak murid/audiens kita dengan panggilan yang baik-baik sahaja.

Itu sahaja untuk artikel kali ini, semoga ianya membantu anda untuk bersedia didalam sesi kelas online. Nak baca lebih banyak tips dan perkongsian boleh ke sosial media saya. Dibawah ini artikel-artikel sebelum ini yang sesuai untuk anda baca

Imbas QR Code untuk ikuti Rizal Rashid di sosial media

Anda Mungkin Meminati Tajuk Tajuk Ini…

No Results Found

The page you requested could not be found. Try refining your search, or use the navigation above to locate the post.

Apa Pendapat Anda Tentang Artikel Saya Ini? Berikan Komen Anda

3 Comments

  1. Aminuddin

    Alhamdulillah, Belajar sesuatu…

    • Rizal Rashid

      Alhamdulillah semoga bermanfaat ya Tuan

  2. Ikhwan

    Terima kasih, sedang implemen apa yang tuan Rizal ajarkan.