INI TEKNIK NAK BUAT ORANG SUKA BERCAKAP DENGAN KITA [ILMU MAHAL NI]

bercakap berbual

​​Jadi yang terawal untuk dapatkan
artikel - artikel terbaru!

Isikan butiran anda dibawah untuk dapatkan artikel dan tips tips berkaitan komunikasi dengan PERCUMA.

Mengenai Penulis

Mohd Rizal Bin Abd Rashid merupakan Guru Komunikasi Berpengaruh Malaysia yang berpengalaman selama 20 tahun dalam bidang komunikasi berpengaruh.

Beliau mempunyai kepakaran dalam komunikasi berpengaruh dan telah mengendalikan banyak bengkel serta seminar serta melatih ribuan bisnes owner, usahawan dan professional dalam dan luar negara fokus kepada komunikasi berpengaruh dan body language.

}

28 Jun 2017

[et_social_follow icon_style=”slide” icon_shape=”circle” icons_location=”top” col_number=”auto” counts=”true” counts_num=”0″ total=”true” outer_color=”dark” network_names=”true”]

Orang akan suka berbual / bercakap dengan kita bila kita amalkan Teknik SOFTEN, inshaAllah :

 

Berapa ramai antara kita yang pernah jumpa orang yang , kita baru jumpa tapi kita rasa sangat selesa dengannya, kita rasa macam dah lama kenal. Ataupun bila nak salam salam untuk balik tu, alih alih ada lagi topik sambungan. Sampai dekat luar rumah, tak habis habis.

 

Ni saya nak share Teknik SOFTEN supaya orang suka berbual dengan kita.

 

S = Smile

Pastikan kita sentiasa senyum. Sebab bercakap dengan senyum sangat berbeza dengan berakap tanpa senyum

 

O = Open posture

Pastikan body language kita berada dalam keadaan open posture. Bukannya berpeluk tubuh. Kerana open posture menunjukkan kita terbuka dan welcome.

 

F = Forward lean

Bila kita duduk, jangan menyandar. Sebab bila kita menyandar seolah olah kita kurang berminat tentang sesuatu perkara.

 

T = Touch by shaking hands

 

Semasa baru berjumpa, kita akan bersalaman. Justeru masa bersalaman tu, pegang lengan atau bahu orang yang kita sedang bersalaman dengan tangan kiri kita. Ini adalah salahsatu cara untuk masuk ‘personal space’ seseorang.

Kerana bila kita sudah memasuki ‘personal space’ sesorang secara mereka tidak sedar, inshaAllah mereka akan selesa dengan kita.

 

E = Eye contact

Bila kita berbual, pastikan ada eye contact. Namun jangan sampai menenung mata mereka. Nanti salah faham pulak jadinya.

Berapa duration yang sesuai untuk eye contact ni? 3 – 5 saat, kemudian pandang di antara kening mereka , dahi atau batang hidung. Dan seterusnya kembali semula ke anak mata.

Ingat, pandangan yang mempunyai maksud lain akan dapat dirasai oleh orang lain. Jadi, betulkan niat.

ARTIKEL BERKAITAN: Staff lari dari syarikat, Inilah puaka yangmenghantui bos syarikat/

N = Nod when other talks

Masa orang lain bercakap, angguk anggukkan kepala kita tanda kita memberi perhatian. Namun jika ada isu yang kita kurang setuju senyum sahaja. Ingat, angguk kepala disini bukan bermaksud setuju, ianya memberi signal kita sedang memberikan perhatian.

 

Semoga Teknik SOFTEN ini bermanfaat untuk kita semua. Lets Recap:

 

S = Smile

O = Open posture

F = Forward lean.

T = Touch by shaking hands

E = Eye contact

N = Nod when other talks

 

Semoga bermanfaat.

Tinggalkan komen anda dibawah ini ya

Jangan lupa untuk LIKE page RIZAL RASHID untuk dapatkan lebih tips dan teknik dalam komunikasi berpengaruh

 

Anda Mungkin Meminati Tajuk Tajuk Ini…

Apa Pendapat Anda Tentang Artikel Saya Ini? Berikan Komen Anda

0 Comments