6 Step closed Sale melalui phone

​​Jadi yang terawal untuk dapatkan
artikel - artikel terbaru!

Isikan butiran anda dibawah untuk dapatkan artikel dan tips tips berkaitan komunikasi dengan PERCUMA.

Mengenai Penulis

Mohd Rizal Bin Abd Rashid merupakan Guru Komunikasi Berpengaruh Malaysia yang berpengalaman selama 20 tahun dalam bidang komunikasi berpengaruh.

Beliau mempunyai kepakaran dalam komunikasi berpengaruh dan telah mengendalikan banyak bengkel serta seminar serta melatih ribuan bisnes owner, usahawan dan professional dalam dan luar negara fokus kepada komunikasi berpengaruh dan body language.

}

6 Nov 2017

[et_social_follow icon_style=”slide” icon_shape=”circle” icons_location=”top” col_number=”auto” counts=”true” counts_num=”0″ total=”true” outer_color=”dark” network_names=”true”]

6 Step skrip closing melalui panggilan telefon ( ini adalah apa yang kami praktikkan )

Hai semua. Salam sejahtera. untuk perkongsian hari ini, kami dedahkan ‘Skrip Closing Telefon’ yang kami sendiri gunakan untuk closed program dari ratusan ringgit hinggalah ke ribuan ringgit. ini adalah 100% PROVEN!

 

Sebelum tu, boleh juga SHARE artikel ini kat kawan-kawan atau FACEBOOK anda ya. Semoga ramai mendapat manfaat dari perkongsian ini.

 

Jom kita mulakan!

  1. Perkenalkan nama dan syarikat kita.

    ini adalah basic ketika membuat panggilan. ini penting supaya customer atau pelanggan kenal siapa yang sedang hubungi mereka. Ada pelbagai mazhab dalam teknik menyampaikan mesej ini.

Ada yang menyebut tanpa ‘sdn bhd’ ada juga yang tidak menyebut nama. ianya terpulang kepada anda selagi tidak lari dengan matlamat asal untuk menyampaikan maklumat kita sebagai caller.

Contoh:-

“ Assalamualaikum wbkth , saya Rizal Rashid dari Neuronworks International Sdn Bhd “

 

tanya nama pemanggil

  1. Tanya nama pemanggil.

    Teknik ini kita gunakan untuk kenal nama mereka. Kerana dengan menyebut nama, kadar kepercayaan atau convincing level akan meningkat. Yelah kita menyebut nama mereka dengan betul dan jelas.

Cuba buat panggilan dengan menyebut ‘Tuan berminat ke?’ dan dengan ‘Tuan Hakim berminat ke’.. Beza bukan? So ambil nama mereka, catat dan sebut nama mereka!

Contoh:-

“ Sebelum tu boleh saya tahu siapa yang bercakap ? “

 

  1. Tujuan panggilan dibuat dan berikan jangka masa perbualan.

    Antara skrip yang kami gunakan juga ialah memberi ‘time promise’ supaya mereka selesa dan tidak rasa perbulan ini lama (walaupun kadang kala melebihi masa tersebut) dan mereka tidak merasa tergangu waktu mereka.

Selain itu, memaklumkan hajat atau asbab call ini dibuat juga penting supaya mereka tahu kenapa kita hubungi mereka. (ada pelbagai mazhab juga ni, mengikut industri dan produk anda)

Contoh:-

“ Maafkan saya tuan/puan, sebenarnya kami buat panggilan untuk memberitahu tentang program komunikasi dan pengucapan awam. Boleh saya ambil masa tuan / puan 3 minit.

  1. Tanya profession ( supaya kita akan bercakap berdasarkan perspektif prospek )

    Closing yang berkesan dan convincing ialah apabila kita bercakap dalam perspektif customer. Sebagai contoh kami menggunakan praktis bertanya ‘Profession’ customer untuk di hubung kait kan dengan program yang di tawarkan. Ia nya mungkin berbeza mengikut industri atau bisnes anda.

Contoh:-

“ boleh saya tahu profession tuan / puan “

 

BACA: 6 cara yang ibubapa perlu buat semasa bercakap dengan anak-anak supaya lebih bonding

  1. Nyatakan yang program / produk kita sesuai dengan mereka (based on profession) dan kemudian nyatakan apakah faedah yang mereka bakal terima.

Selepas kita tahu profession mereka, maka lebih mudah untuk kita promote atau berikan benefit sesuai dengan profession mereka.

Contoh seperti ini, anda menjual produk skincare, anda menghubungi Cikpuan B dan bertanya soalan profession dan CikPuan B merupakan seorang nurse yang sibuk, so mungkin anda boleh maklumkan bahawa produk anda mudah digunakan, cepat tapi kesan yang efektif.

Contoh :-

( kita ambil contoh profession doctor )

“ Program / produk ini sangat sesuai dengan profession tuan / puan sebagai seorang doctor sebabnya antara benefit program / produk ini ….

  1. Closing question

    Closing question boleh juga menjadi Call to action (CTA). Closing Question yang baik ialah apabila kita tangkap customer dengan soalan-soalan atau offer yang mereka tidak akan lepaskan.

Contoh:-

“ Tuan / puan berminat ? jika berminat kami ada offer untuk tuan / puan ?

 

Terima Kasih semua kerana sudi meluangkan masa membaca artikel ini. Skrip closing ini adalah apa yang kami praktiskan dan memang digunakan.

Tetapi saya yakin dan percaya, berlainan industri akan punyai berlainan cara dan teknik, tetapi mana yang mungkin anda boleh guna pakai, you can used and adjust!

Apa pun selamat maju jaya !

ikuti saya di media social untuk lebih info & tips mengenai komunikasi:-

| FACEBOOK | YOUTUBE | INSTAGRAM | TWITTER | LINKEDIN |

Join Telegram Channel saya, banyak perkongsian tips & video komunikasi berpengaruh kat situ, klik pada gambar dibawah untuk join ok:-

Anda Mungkin Meminati Tajuk Tajuk Ini…

Apa Pendapat Anda Tentang Artikel Saya Ini? Berikan Komen Anda

0 Comments