Hai semua.. Sebagai pemimpin, leader atau bos, komunikasi adalah satu tools yang akan membantu meningkatkan kredibiliti kita.
Pernah tak anda mendengar ucapan seorang pemimpin yang lancar, memberi inspirasi dan berkarisma ?
Mesti kita nak jadi seperti mereka bukan?
Disini saya akan kongsikan 5 cara meningkatkan kredibiliti sebagai pemimpin dalam konteks komunikasi, supaya bila staf anda, orang bawahan anda atau sesiapa sahaja yang mendengar kata kata anda akan berasa senang, terinspirasi dan terpengaruh dengan anda.
-
Bercakap Bahasa mereka
Setiap orang bercakap atau berkomunikasi menggunakan gaya bahasa mereka.
Jadi bila kita bercakap atau berkomunikasi dengan gaya bahasa mereka atau laras bahasa mereka mereka akan mudah faham.
Contoh, jika orang muda, antara gaya bahasa mereka adalah :
“PM tepi”
“ Jangan kata abang tak payung “
“ Membawang” dan seumpamanya.
Jadi kita boleh gunakan gaya bahasa ini supaya mereka rasa kita adalah sebahagian daripada mereka.
Jika kita bercakap di hadapan ahli akademik, gaya bahasa kita adalah tentang kajian atau research. “ Menurut kajian ………………. “
Kerana jika kita bercakap dengan bukti golongan ini lebih mudah terpengaruh dan percayalah, jika kita quote satu satu kajian, mereka akan terus google dan jika ianya tepat, kredibiliti anda akan meningkat di mata mereka.
Jika kita bercakap dihadapan eksekutif berumur 20 – 30 tahun, kita bercakap soal nak bina kehidupan, nak bina kebebasan kewangan nak dapatkan passive income. Ini kerana di usia ini, golongan ini sedang struggle tentang perkara perkara di atas.
-
Tanya Soalan Provokatif
Soalan adalah satu cara komunikasi yang berkesan. Soalan yang betul akan mengarah kepada jawapan yang betul.
Sebagai seorang ketua, soalan provokatif adalah penting. Ia bertujuan untuk membawa perspektif luar.
Ianya juga adalah tambah nilai kepada perbincangan dan mendorong pemikiran untuk mencetuskan idea.
Sebagai contoh,
Seorang eksekutif yang mempunyai kredibiliti memberikan cadangan untuk satu projek. Selepas pembentangan kita tanya soalan provokatif seperti :
- “ Apa jaminan anda yang projek ini siap tepat pada masanya ? “
- “ Berdasarkan perancangan, ianya memang bagus.. sekiranya team anda tak deliver seperti jadual, apa yang anda akan lakukan ?
- Bagaimana untuk pastikan tanggungjawab ni anda akan siapkan dan bukan janji janji untuk mendapat kelulusan ? Saya nak jaminan dan apa akibat yang anda sanggup tanggung jika projek ini tergendala?
- “ Jika berlakunya kos tambahan dan diluar kemampuan pihak syarikat , bagaimana nak teruskan projek ini ? “
Ini antara soalan provokatif yang boleh ditanya.
Saya akan kongsikan dalam satu artikel yang lain tentang contoh contoh soalan provokatif.
-
Position diri anda sebagai pakar.
Kita sebagai ketua mungkin hire seorang professional. Contohnya peguam untuk mendapatkan pandangan dari sudut perundangan. Walaubagaimanapun, kita tidak semestinya bersetuju dengan pandangan pandangan orang professional ( sekiranya ianya bercanggah dengan kita ). Ianya menunjukkan bahawa kita mempunyai pendirian dan sekaligus ianya sedang position diri kita sebagai seorang pakar dalam organisasi kita.
Selain daripada itu, anda perlu hadir ke persidangan atau conference tempatan. Turut serta dalam persidangan antarabangsa, terbitkan artikel, tulis buku dan share tentang pandangan anda ( dalam bidang anda ) di media sosial adalah satu aktiviti yang akan menaikkan kredibiliti anda sebagai seorang pakar.
Jika kita dianggap pakar, apa pun yang kita utarakan akan lebih mudah didengari.
ARTIKEL BERKAITAN : ‘3K’ UNTUK MAINTAIN DAN IMPROVE MOTIVASI DIRI
-
Banyakkan mendengar
Salah seorang guru saya Mr Mitch Carson pernah memberitahu, “ Tuhan ciptakan kita dua telinga dan satu mulut untuk kita sedar bahawa kita perlu banyak mendengar daripada bercakap “
Ya memang tepat, sebagai seorang ketua, mendengar adalah punca kita faham situasi. Bila kita faham situasi kita tidak bertindak membabi buta. Dan bila kita faham situasi jangan lupa ulang dan beritahu situasi yang anda fahami itu kepada anak buah anda supaya mereka tahu yang anda faham keseluruhan masalah yang sedang berlaku.
Selepas itu barulah kita berikan solusi.
Sama juga bila kita bercakap dihadapan audien. Jika ada audien yang bertanya, pastikan kita ulang soalan mereka dulu dan kemudian baru respon soalan tersebut.
-
Simpan Rahsia
Sebagai ketua, kita tidak lari daripada menerima dan mendengar keluhan keluhan daripada staff atau orang bawahan kita. Seperti yang saya katakan di perenggan yang sebelumnya, sebagai seorang ketua kita perlu banyakkan mendengar.
Jadi sekiranya staff atau orang bawahan kita menyampaikan sesuatu kepada kita kita perlu menghargainya kerana mereka mempercayai kita.
Walaubagaimanapun berhati hati sekiranya mereka memberitahu tentang buruk orang lain. Ini kerana mungkin mereka hanya nampak kelemahan orang lain tanpa melihat kelemahan diri mereka. Dan lumrahnya, manusia hanya memberitahu yang baik baik sahaja tentang diri mereka.
Kesimpulannya, sebagi seorang ketua, salahsatu cara untuk meningkatkan kredibiliti adalah dengan komunikasi. Kerana kunci seorang pemimpin yang berjaya adalah komunikasi.
Semoga anda dapat sesuatu dari perkongsian dalam artikel hari ini dan memberi inspirasi untuk merubah menjadi yang lebih baik!
Jom ikuti saya di social media:-
TEKAN – | FACEBOOK | TWITTER | YOUTUBE | INSTAGRAM | LINKEDIN|
Article yang bagus, saya suka baris yang position kan diri anda sebagai pakar, dan orang akn lebih mudah faham, great.
Alhamdulillah terima kasih Tuan yang budiman
Alhamdulillah satu perkongsian yg bagus ????????????
Terima Kasih Tuan
Bagus sekali.Semoga ianya memberi imoak positive dalam diri saya.
Insya Allah, terus sebarkan positif! insya Allah mendapat manfaat
ilmu yg sgt membantu.terima kasih.
Alhamdulillah sama-sama sebar luaskan kebaikan Tuan
Alhamdulillah. Ilmu yg sgt bermanfaat
Alhamdulillah semoga manfaatkan sebaiknya
Very interested to join your seminar, pls revert the process
insya Allah boleh hubungi team saya di talian 019 885 7600 ya. ada program terdekat ni