3 CARA BAGAIMANA TINGKATKAN TAHAP KONFIDEN DIRI PART 3

Mengenai Penulis

Mohd Rizal Bin Abd Rashid merupakan Guru Komunikasi Berpengaruh Malaysia yang berpengalaman selama 20 tahun dalam bidang komunikasi berpengaruh.

Beliau mempunyai kepakaran dalam komunikasi berpengaruh dan telah mengendalikan banyak bengkel serta seminar serta melatih ribuan bisnes owner, usahawan dan professional dalam dan luar negara fokus kepada komunikasi berpengaruh dan body language.

}

12 Jan 2022

Pada artikel yang lepas saya telah kongsikan kepada anda tentang familiar your stage atau platform bagi meningkatkan tahap konfiden kita.

Bagi artikel kali ini pula saya ingin dedahkan kepada anda ada satu lagi yang anda wajib familiar supaya anda kelihatan konfiden , kedengaran konfiden dan rasa konfiden.

Familiar seterusnya adalah familiar with your audiens bermaksud anda perlu kenalpasti siapakah audiens yang berhadapan dengan anda.

familiar with your audiens

Sebagai contoh anda perlu mengenal mereka dari sudut jawatan mereka. Adakah mereka ini Dato, Datin, Tan Sri, Dato Seri ataupun apakah kerja mereka , sama ada mereka ini golongan professional ke atau pemilik bisnes atau pendidik ke atau apa sahaja supaya anda mudah untuk sentiasa memuji serta menyebut nama mereka semasa dalam penyampaian anda.

Selain itu , untuk mengenali audiens kita dengan lebih rapat lagi saya sarankan anda untuk melihat atau buat quick research sedikit latar belakang mereka di social media mereka seperti di facebook atau instagram atau apa sahaja social media yang mereka gunakan supaya anda dapat mengenali audiens anda dengan lebih dekat lagi.

Selalunya jika saya ke social media mereka , saya akan lihat tarikh lahir mereka , tempat asal mereka , apakah perkara yang mereka suka lakukan , apakah pekerjaan mereka , apakah sukan atau permainan yang mereka suka dan lain-lain lagi.

Saya sangat suka mengunakan satu prinsip ini “semakin banyak maklumat yang kita perolehi semakin mudah untuk kita mendekati”.

Jadi sebelum memulakan ucapan atau pembentangan pastikan anda mendapatkan maklumat audiens anda sebanyak mungkin supaya audiens anda berasa sangat selesa dengan anda.

Untuk mengenalpasti audiens dengan lebih dekat lagi saya ingin kongsikan satu lagi teknik yang perlu anda kuasai iaitu mengenalpasti sistem pencerapan maklumat audiens.

sistem pencerapan maklumat audiens

Dengan anda menguasai sistem pencerapan maklumat ini , anda mampu mempengaruhi audiens di peringkat minda separa sedar.

Mungkin anda tertanya-tanya apakah sistem pencerapan maklumat tersebut?

Sistem pencerapan maklumat itu adalah visual , auditori , kinestatik , dan digital.

Setiap audiens mempunyai cara pemprosesan maklumat yang tersendiri. Ada orang banyak memproses maklumat menggunakan visual. Ada orang auditori. Ada orang kinestatik. Ada orang digital.

Jadi untuk mengupas sistem pencerapan maklumat yang lebih detail lagi , saya akan kongsikan di artikel berikutnya.

Sekian.

Saya bawakan Program KHUSUS kepada TRAINER, COACHER, EDUCATOR DAN SPEAKER yang mempunyai masalah seperti diatas, nak tak kalau kami bagitahu anda cara untuk BESARKAN LAGI INCOME ANDA, TAMBAH BAIK SKILL PENGAJARAN DAN KUASAI TEKNIK BAGAIMANA NAK BUAT AUDIENS TERUJA, SUKA DAN AKHIRNYA ANDA DIPANGGIL BERKALI-KALI UNTUK BERIKAN TRAINING KEPADA MEREKA dengan hanya perlu join program terbaru Tuan Rizal Rashid iaitu HIGH INCOME TRAINER. 
Klik pada gambar untuk maklumat lanjut.

Anda Mungkin Meminati Tajuk Tajuk Ini…

Peranan trainer dan Fasilitator

Peranan trainer dan Fasilitator

Trainer dan fasilitator adalah dua peranan penting dalam bidang Latihan ( training ), khususnya dalam adult learning....

Apa Pendapat Anda Tentang Artikel Saya Ini? Berikan Komen Anda

0 Comments