Pada artikel lepas, saya ada kongsikan tentang 7 tanda – tanda prospek bersedia untuk membeli servis atau produk kita. Dan pada artikel kali ini, saya akan kongsikan apa yang perlu kita buat selepas kita lihat tanda-tanda prospek bersedia membeli produk atau servis anda..
Masa saya join satu MLM dulu, pernah sekali tu saya terangkan tentang satu produk knowledge. Apabila orang tu tanya harga, saya pun jawab ‘..nanti dulu tuan, saya tak habis explain lagi..‘
Dan selepas saya share tentang produk tu sehingga habis baru lah saya explain tentang harga.. Mujurlah dia jadi beli.. kalau dia nak cepat tadi mesti dia tak jadi beli. Pernah tak anda alami situasi diatas especially kepada para perniaga yang sedang buat closing?
Apa silap saya dalam situasi di atas?
Silapnya adalah, mereka (pembeli) sudah bersedia untuk membeli dan membuat keputusan, tapi saya yang hold the energy. Silap haribulan boleh makan diri atau mereka tak jadi beli..
Jadi kepada peniaga peniaga yang berada di luar sana bila orang dah Tanya harga atau Tanya tentang bagaimana method pembayaran / cara pembayaran macam ayat seperti ini “boleh bayar pakai kad kredit atau debit kad ke?”
Anda terus saja jawab soalan tentang harga atau dengan kata lain, “ Just close the deal” secepat mungkin.
Artikel lepas : 7 tanda tanda Customer Bersedia Membeli Barang/ Servis Kita atau mereka sudah berada dalam Buying Frame
Tapi ada kalanya pelanggan kita masih 50 – 50…. itu adalah apa yang saya kongsikan dalam posting lepas (7 tanda tanda Customer Bersedia Membeli Barang/ Servis Kita atau mereka sudah berada dalam Buying Frame). So adakah kita terus nak Tanya soalan ‘closing’?
Jawapannya boleh ‘YA‘, dan boleh ‘TIDAK‘.
Kalau anda Tanya saya, saya akan berikan trial closure atau pre-closing question, contohnya : “..Tuan nak beli warna yang mana?..“ “.. tuan nak beli model yang mana ? ..“ “.. puan berminat yang mana satu ? ..”
Then kalau dia pembeli dah beri jawapan trial closure tu dengan 60% more kepada nak membeli… then just close the deal.
Nota : Dalam konteks saya sekarang, yang menjual di pentas/stage, pre closing question atau trial closurenya adalah.. “.. Berapa ramai yang belajar sesuatu ? berapa ramai yang nak belajar lebih banyak lagi ?? ..” atau “.. Berapa ramai yang nak tau next class kami ? ..” Atau “.. Berapa ramai yang nak join kelas ‘Speak to influence’ ? ..“
Ini adalah pre closing question atau trial closure jika anda seorang trainer..
Hopefully rakan rakan belajar sesuatu daripada posting kali ini. Penting sebenarnya untuk tahu tentang closing Question atau trial closure tapi penting juga nak tahu masa dan waktu yang sesuai untuk ditanya. Dalam Closing, experiment itu penting sebab lain pembeli lain gaya dan karenah nya. Jika anda faham physiology pembeli, insya Allah senang anda nak buat jualan.
Dapatkan lebih banyak tips komunikasi dari saya di Telegram saya. Klik pada gambar dibawah.
0 Comments