7 Tanda – Tanda Prospek/ Customer Bersedia Membeli Barang/ Servis Kita (Buying Frame)

Mengenai Penulis

Mohd Rizal Bin Abd Rashid merupakan Guru Komunikasi Berpengaruh Malaysia yang berpengalaman selama 20 tahun dalam bidang komunikasi berpengaruh.

Beliau mempunyai kepakaran dalam komunikasi berpengaruh dan telah mengendalikan banyak bengkel serta seminar serta melatih ribuan bisnes owner, usahawan dan professional dalam dan luar negara fokus kepada komunikasi berpengaruh dan body language.

}

26 Aug 2020

Salam semua. Dah lama rasanya tak menulis dan berkongsi di blog Rizal Rashid ini. Alhamdulillah Hari ini diebri sedikit kesempatan dan saya nak berkongsi tentang ‘7 Tanda – Tanda Prospek/ Customer Bersedia Membeli Barang/ Servis Kita ( Buying Frame )‘ semoga artikel ini membantu anda memahami buying frame customer atau pelanggan anda dengan lebih baik..

  • Reply, Response dengan kadar yang CEPAT. (Online Business)

Dalam online bisnes, respond dari customer adalah sangat penting. Tidak kisah sama ada DM, PM atau Komen cepat sahaja mereka respon atau menunjukkan effort yang bagus. Ini secara langsungnya menunjukkan pelanggan bersedia membeli barang/servis kita. Tapi jangan judge juga mereka yang reply lambat. Point disini adalah untuk melihat effort mereka terhadap setiap pertanyaan dan soalan kita. Dari situ kita boleh tahu mereka betul-betul serius atau sekadar survey harga.

  • Sentiasa “Follow up” dengan update terbaru sama ada  servis/barang yang dikehendaki.

Kerap bertanya mengenai keluaran baru ( new release ) atau ‘hot sale’ ‘Exclusive sale’ yang akan dikeluarkan , mahupun suggestion. Ini tanda yang kedua. Apabila customer sendiri yang keep follow up anda sebagai penjual, itu tandanya pelanggan ini memang serius dan ini boleh dikatakan juga sebagai ‘raving fan’. so jaga mereka elok-elok, insya Allah setiap kalu ada produk / servis baru, mereka pasti takkan lepaskannya.

  • Tidak mengaplikasikan konsep “ Direct Bargaining “

Pelanggan yang memiliki potensi seperti ini, sudah pasti tidak akan melakukan tawar menawar. Mereka akan terus  ‘Grab it’ dan ini juga antara tanda-tanda awal untuk dapat kesan ‘buyng frame’. Kita letak harga A, mereka terus setuju dan terus nak bank-in atau buat pembayaran. So anda kena pastikan sedia dengan ayat closing dengan baik.

  • Meringankan sedikit “work load“ penjual/agent ( Trim The Load )

Pelanggan yang tidak ‘Push’ penjual, mengenai Pos misalnya, “Pos harini juga”, “Nombor tracking mana?” ‘Betul ke produk ni berkesan?‘ tidak sabar dan seumpama dengannya. Tiada sebarang isu seperti ini. Pelanggan tersebut lebih selesa mengikut kesesuaian penjual tersebut. Biasanya jika mereka serius nak membeli mereka akan sabar dan sedaya upaya untuk memudahkan urusan peniaga. Nothing to lose sbb mereka memang serius nak dapatkan barang yang dijual.

Baca juga artikel lain: AWAK PUJI-PUJI SAYA NI, NAK APA-APA KE

  • Sedia menerima pandangan/alternatif dari penjual

Pelanggan yang sangat memahami keadaan penjual, jika barang yang mereka nak  ‘Out Of Stock’ dan mereka dapat menerima alternatif atau cadangan kita sebagai penjual untuk membeli barang/servis yang lain juga antara tanda yang kita boleh ambil kira. Ada sesetengah pelanggan memang sangat particular, kalau nak A, A lah.. kalau takda, memang mereka menolak. So kalau yang bersedia untuk tukar jika barang yang sebenarnya mereka nak habis, maka sediakan ayat closing baik-baik. hehe.

  • Menggunakan Personal Touch

Antara yang penting untuk kita tahu ‘Buying frame’ customer ialah apabila mereka mengenal penjual atau membina Rapport yang baik dengan kita.”Hi sis Shila, nak order 2 botol Serum boleh”? atau Assalamualaikum Kak shima yang cantik, buzy ke? Kita nak order Duck premium shawl boleh”? Memanggil dengan gelaran yang lebih mesra atau nampak mesra seperti ini juga antara tandanya. Tapi bersedia juga untuk menerima rayuan diskaun atau potongan harga juga ya hehehe.

  • Share kepada orang ramai mengenai produk tersebut

Yang ketujuh ialah apabila customer / pembeli sendiri yang war warkan tentang benefits atau keistimewaan produk tersebut,misalnya share di laman Facebook atau di media social yang lain. Bukan sahaja pelanggan tersebut sahaja yang berminat beli, malah mengajak orang ramai juga untuk turut serta beli. Ini secara tidak langsung telah menjadikan pelanggan anda sebagai ‘Duta’ kepada produk anda. Best kan kalau macam ni?

Itu sahaja artikel untuk hari ini. Semoga bermanfaat dan anda boleh kongsikan artikel ini kepada yang lain ya. Nantikan posting saya yang seterusnya, dan jangan lupa join Telegram Channel saya untuk lebih banyak perkongsian ‘komunikasi berpengaruh’.

telegram channel

Anda Mungkin Meminati Tajuk Tajuk Ini…

No Results Found

The page you requested could not be found. Try refining your search, or use the navigation above to locate the post.

Apa Pendapat Anda Tentang Artikel Saya Ini? Berikan Komen Anda

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *