Keyakinan Diri Kunci Kejayaan

Keyakinan diri kunci kejayaan

Mengenai Penulis

Mohd Rizal Bin Abd Rashid merupakan Guru Komunikasi Berpengaruh Malaysia yang berpengalaman selama 20 tahun dalam bidang komunikasi berpengaruh.

Beliau mempunyai kepakaran dalam komunikasi berpengaruh dan telah mengendalikan banyak bengkel serta seminar serta melatih ribuan bisnes owner, usahawan dan professional dalam dan luar negara fokus kepada komunikasi berpengaruh dan body language.

}

25 Oct 2022

Keyakinan diri merupakan perkara yang dianggap rumit untuk dijelaskan. Bukan semua dari kita memilikinya. Walau bagaimana pun, ada yang memilikinya sejak dilahirkan.

Ramai yang percaya bahawa keyakinan diri merupakan kualiti yang hanya ada pada kalangan tertentu sahaja. Kualiti ini memberikan banyak kelebihan dalam kehidupan seharian, lebih lagi dalam urusan pekerjaan.

Marcus Garvey pernah berkata:

“..Sekiranya anda tidak mempunyai keyakinan diri, anda adalah dua kali kalah di dalam perlumbaan kehidupan. Dengan keyakinan diri, anda telah menang walaupun sebelum anda bermula..

Kota Rom Tidak Dibina Dalam Sehari

Pasti anda pernah mendengar kata-kata ini kan?

Kota bersejarah yang sangat terkenal ini mengambil masa ratusan tahun untuk dikenali sehingga kini. Ianya bermula cuma dari seketul batu dan kepercayaan bahawa ianya akan berdiri megah satu hari nanti.

Setiap kejayaan bermula dengan sifat mempercayai kebolehan dan potensi diri sendiri. Keyakinan pada diri sendiri bermaksud mengetahui bahawa anda mempunyai potensi dan kualiti untuk berjaya.

Sayangnya dalam zaman yang serba canggih ini asas keyakinan kepada diri semakin meluntur. Ini kerana kita lebih selesa berkomunikasi secara maya dan kurang berinteraksi secara fizikal.

Ada yang aktif bersosial di media sosial, namun apabila di luar mereka lebih selesa untuk tidak berinteraksi dan lebih memilih untuk melakukan hal sendiri.

Seni Keyakinan Diri

Ramai yang menganggap keyakinan merupakan sejenis alat untuk mencapai kejayaan. Namun hakikatnya ia adalah suatu bentuk seni.

Jika ia sejenis alat, maka sesiapa sahaja dengan mudah mampu memilikinya.

Lihat sahaja seseorang yang anda jadikan sebagai inspirasi yang penuh dengan keyakinan dalam kerjaya mereka. Mereka begitu tenang dan membuatkan ia nampak begitu mudah.

Hakikatnya, bagi anda ianya tidak semudah itu untuk bermula. Saat ini anda akan mula berfikir bahawa apa anda nampak begitu mudah sebenarnya adalah mustahil.

Di sinilah ramai yang mula mengangkat bendera putih. Padahal inilah saat anda perlu meletakkan sepenuh keyakinan dan terus melangkah.

Ianya seperti mempelajari cara hayunan bola golf.

Pada permulaan anda akan merasa tidak selesa. Anda merasakan seperti ada sesuatu yang tak kena. Tetapi apabila anda terus berlatih dengan penuh tekad, lama-kelamaan menghayun bola golf akan menjadi kebiasaan.

Sesuai dengan pepatah:

“..Sesuatu perkara tidak menjadi lebih mudah, tetapi anda menjadi lebih mahir..”

Kami nak bongkarkan rahsia bagaimana anda boleh lawan rasa takut, gugup, gementar dan tidak berani untuk bercakap dihadapan team, staf, agen, customer, atau di depan kamera dan tampil lebih berani, berpengaruh, dihormati dan bakal merubah hidup anda menjadi lebih baik.. 

Klik link di gambar untuk info lanjut dan bersedia untuk lihat perubahan pada bisnes anda.

Anda Mungkin Meminati Tajuk Tajuk Ini…

Apa Pendapat Anda Tentang Artikel Saya Ini? Berikan Komen Anda

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published.