4 LANGKAH YANG SAYA LAKUKAN SEBELUM MENGAJAR TAK KIRA ONLINE ATAU OFFLINE

Mengenai Penulis

Mohd Rizal Bin Abd Rashid merupakan Guru Komunikasi Berpengaruh Malaysia yang berpengalaman selama 20 tahun dalam bidang komunikasi berpengaruh.

Beliau mempunyai kepakaran dalam komunikasi berpengaruh dan telah mengendalikan banyak bengkel serta seminar serta melatih ribuan bisnes owner, usahawan dan professional dalam dan luar negara fokus kepada komunikasi berpengaruh dan body language.

}

20 Jan 2021

 Selamat kembali ke blog Rizal Rashid. Banyak tips dan perkongsian mengenai komunikasi berpengaruh, public speaking, tips komunikasi parenting, komunikasi tempat kerja dan sebagainya di blog saya ini. Untuk artikel kali ini, saya akan kongsikan 4 langkah yang saya selalu lakukan sebelum mengajar atau bercakap dihadapan.

Amalan ini saya lakukan sebelum event atau kelas berlangsung. Saya akan duduk relax. Saya akan tarik nafas perlahan lahan dan hembuskan perlahan lahan. Setelah 3 – 5 kali saya Tarik dan hembus nafas perlahan lahan dan pastikan saya dalam keadaan tenang saya akan teruskan dengan 4 langkah ini.

  1. Baca Fatihah dan Hadiahkan kepada Nabi SAW.

Baca fatihah dengan kelajuan sederhana dan apa yang paling penting, kita tak sedekahkan tapi kita niat HADIAHKAN kepada Nabi SAW.

baca alfatihah

  1. Baca Fatihah dan sedekahkan kepada peserta, penonton atau pelajar.

Kita baca Fatihah dengan kelajuan sederhana. Dan kita niat sedekahkan kepada semua peserta, pelajar dan juga audien yang akan mendengar perkongsian kita.

Kita bayangkan mereka terseyum dan faham apa yang kita sampaikan.

Dan pada masa yang sama juga saya akan sedekahkan fatihah ini kepada alat bantu mengajar saya seperti projector, laptop, mikrofon dan juga semua yang berada di sekeliling saya.

Saya seolah olah mengalirkan energy Fatihah itu kepada peralatan peralatan tersebut supaya perjalanan kelas kita lancar.

  1. Baca Selawat ke atas Nabi SAW.

Saya akan baca 11 kali selawat ke atas Nabi S.A.W. Dan sebaik baik selawat adalah Selawat Ibrahimiyah.

Selawat Ibrahimiyah ni adalah selawat yang kita baca semasa tahiyat akhir semasa solat. Rujuk gambar.

membaca selawat

Kredit to : https://akuislam.com/blog/ibadah/selawat-ibrahimiyah/

  1. Doa dan berserah pada Allah SWT.

Part ni adalah di mana kita berdoa supaya Allah bantu kita supaya lancarkan lidah kita, permudahkan penerimaan orang dan jauhkan daripada membuka aib sendiri dan aib orang lain.

Untuk sesi ini, kita perlu make sure bahawa apa yang kita cakap tu bukanlah sebab kita ni power. Sebenarnya kitab oleh bercakap ni sebab Allah izin dan pinjamkan ilmu Dia kepada kita dan juga apa yang lebih penting , Allah sedang tutup aib kita.

Bayangkan, kalau Allah buka aib kita….kesalahan kesalahan kita lepas lepas…dosa dosa yang kita buat semasa kita sendirian…agak agak kita berani tak nak tampil ke depan ? Mesti malu kan ?

Jadi kena selalu ingat, kitab oleh bercakap di hadapan orang bukan sebab kita baik atau kita power. Tapi sebab Allah sedang tutup aib kita.

Semoga menjadi asbab kebaikan kepada kita semua.

Kalau anda nak belajar ilmu mengajar di online supaya menjadi lebih efektif dan berimpak, audiens/pelajar suka dan fokus,  saya jemput anda hadir ke program terbaru saya ‘Rahsia Mengajar Di Online‘ yang mana saya bakal kongsikan 5 Modul:-

5 Exclusive Modul yang bakal saya kongsikan:-

[1] – 6 kunci utama untuk menarik perhatian pelajar / audien dalam pembelajaran online.

[2] – Formula kefahaman dalam pembelajaran & penyampaian di online

[3] – 5 Kunci untuk menjadi guru / pensyarah / pendidik / trainer yang dihormati anak didik / audiens

[4] – 3 menthod untuk memudahkan kefahaman pelajar / audien

[5] – 3 “R” yang boleh mengukur anak didik anda faham apa yang anda sampaikan.

Kesemua modul ini akan saya kupas dan terangkan step by step dalam program ini nanti supaya anda mudah faham dan mudah untuk apply kan. Teknik-teknik ini juga merupakan teknik yang saya sendiri gunakan setiap kali kelas online, memang ilmu yang PROVEN sangat praktikal dan insya Allah boleh membantu anda ketika mengajar, talk atau berada di sesi online.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh baca info lengkap disini –> Laman Jualan ‘Rahsia Mengajar Secara Online’

Pendaftaran akan dibuka pada 21 Januari 2021 ini dengan tawaran harga serendah RM49 sahaja. Tapi pendaftaran dibuka selama 6 JAM sahaja. Dari 11 pagi hingga 5 petang. Semoga anda belajar sesuatu dan bermanfaat. Jangan lupa daftar ‘Waiting List‘!

Rahsia Mengajar Di Online

Anda Mungkin Meminati Tajuk Tajuk Ini…

Step Dalam Public Speaking

Step Dalam Public Speaking

Hai semua, Terima kasih kerana terus membaca artikel-artikel dalam website saya. Ada 6 Step dalam Public Speaking atau...

Apa Pendapat Anda Tentang Artikel Saya Ini? Berikan Komen Anda

2 Comments

  1. Shaharil idris

    Amat menarik arrival ini dapat meningkatkan keyakinan diri apabila berhadapan dengan orang ramai.

    Reply
    • Rizal Rashid

      Alhamdulillah terima kasih tuan. Semoga bermanfaat

      Reply

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *