4 cara manusia memproses maklumat

​​Jadi yang terawal untuk dapatkan
artikel - artikel terbaru!

Isikan butiran anda dibawah untuk dapatkan artikel dan tips tips berkaitan komunikasi dengan PERCUMA.

Mengenai Penulis

Mohd Rizal Bin Abd Rashid merupakan Guru Komunikasi Berpengaruh Malaysia yang berpengalaman selama 20 tahun dalam bidang komunikasi berpengaruh.

Beliau mempunyai kepakaran dalam komunikasi berpengaruh dan telah mengendalikan banyak bengkel serta seminar serta melatih ribuan bisnes owner, usahawan dan professional dalam dan luar negara fokus kepada komunikasi berpengaruh dan body language.

}

26 Jun 2015

[et_social_follow icon_style=”slide” icon_shape=”circle” icons_location=”top” col_number=”auto” counts=”true” counts_num=”0″ total=”true” outer_color=”dark” network_names=”true”]

Pernah tak anda jumpa orang , bila nak beritahu atau terangkan sesuatu,

1. Kita BERITAHU / CAKAP sahaja mereka dah faham. atau;

2. Kita beritahu / cakap mereka tak faham, tapi tunjuk GAMBAR baru mereka faham. atau ;

3. Kita beritahu / cakap mereka tak faham, tunjuk gambar pun tak faham, kena BUAT / PRAKTIKAL baru mereka faham. atau ;

4. Ada juga yang perlu diterangkan secara berstruktur seperti mengikut turutan nombor, baru mudah mereka faham. Atau pun mereka gemarkan fakta.

 

Jika anda perasan, setiap manusia mempunyai cara memproses maklumat atau sensori yang berbeza beza.

Jika nombor 1, mereka adalah terdiri daripada golongan AUDITORI ( Mereka mempunyai kepekaan pada pendengaran dan percakapan atau lebih mudah mereka suka pada bunyi )

Nombor 2 adalah golongan VISUAL ( Mereka mempunyai kepekaan pada penglihatan, atau lebih mudah mereka suka gambar, imej, grafik dan seumpamanya )

Nombor 3 adalah golongan KINESTETIK ( Mereka yang cenderung pada pergerakan fizikal dan latihan amali berbanding melihat atau mendengar )

Nombor 4 adalah golongan DIGITAL ( Mereka yang mudah dengan arahan berbentuk struktur atau Nombor, dan juga Fakta atau kajian )

 

Kesimpulannya:

Semua manusia mempunyai kesemua sensori ini, cuma yang mana lebih cenderung. Jika kita cenderung dengan Visual, adalah lebih mudah untuk kita mempelajari sesuatu dengan melihat gambar, video atau imej berbanding belajar melalui audio atau dengan cara mendengar.

Namun tiada yang terbaik antara sensori sensori ini. Kelebihannya, bila kita faham sensori kita (Samada kita Auditori, Visual, Kinestetik atau Digital), lebih mudah kita mempelajari sesuatu.

* Kita boleh tingkatkan sensori kita yang minor dengan selalu menggunakannya

 

Allahua’lam

 

Anda Mungkin Meminati Tajuk Tajuk Ini…

Step Dalam Public Speaking

Step Dalam Public Speaking

Hai semua, Terima kasih kerana terus membaca artikel-artikel dalam website saya. Ada 6 Step dalam Public Speaking atau...

Apa Pendapat Anda Tentang Artikel Saya Ini? Berikan Komen Anda

0 Comments