3. Datang berziarah pada waktu yang tidak sesuai Sememangnya kita berasa seronok dan teruja ingin berkunjung ke rumah sanak-saudara dan sahabat handai sepanjang musim perayaan. Namun demikian, kita juga perlu peka terhadap keadaan sekeliling. Jenguk-jenguklah ke luar, lihat-lihatlah waktu di jam tangan atau telefon bimbit. Datang berziarah pada awal pagi atau lewat malam adalah tidak sesuai kerana tuan rumah juga memerlukan privasi dan ingin berehat pada waktu tersebut. Malahan, sekarang kita mempunyai teknologi yang canggih. Apa salahnya jika kita WhatsApp atau telefon terlebih dahulu sebelum bertandang ke rumah? Pastinya tuan rumah akan lebih bersedia menyambut kedatangan tetamu.