1. Tidak menghormati tetamu yang datang Apabila tetamu bertandang ke rumah kita, sambutlah mereka dengan tangan yang terbuka. Ajak mereka untuk duduk di sofa, kerusi atau tempat yang selesa. Hidangkan juadah hari raya seperti kuih-muih dan makanan tradisional. Elakkan daripada terlalu asyik bermain dengan telefon bimbit sehingga tetamu berasa kehadirannya seperti tidak dirai. Selain itu, rajin-rajinkanlah diri untuk keluar ke ruang tamu bagi beramah mesra dengan tetamu. Tidak baik jika hanya terperap di bilik sahaja. Nanti akan dilabel sombong pula.