ZIARAH SILATURRAHIM (PART 3)

Mengenai Penulis

Mohd Rizal Bin Abd Rashid merupakan Guru Komunikasi Berpengaruh Malaysia yang berpengalaman selama 20 tahun dalam bidang komunikasi berpengaruh.

Beliau mempunyai kepakaran dalam komunikasi berpengaruh dan telah mengendalikan banyak bengkel serta seminar serta melatih ribuan bisnes owner, usahawan dan professional dalam dan luar negara fokus kepada komunikasi berpengaruh dan body language.

}

25 Feb 2016

Sambungan posting lepas,

ZIARAH SILATURRAHIM ( Part terakhir yang agak panjang ) …

.
Posting ini bukan sahaja memberikan mengubah persepsi saya tentang ziarah secara total, bahkan ianya menjawab persoalan..WHY I DO WHAT I DO & I CAN READ ENGLISH BOOK ..

Jom kita recap:
Posting ini adalah daripada posting lepas di mana saya berjumpa dengan Mentor saya yang pertama..

Pertemuan ini antara Turning Point saya.

Pertemuan ini juga yang mengubah persepsi saya tentang :
1. Orang Berada..
2. Berniaga..
3. Membaca..
.
Ikuti perbualan saya dengan mentor saya seterusnya bila saya memberitahu saya tak tau nak start berniaga apa..
=========================
.
Mentor : What is your passion?
.
Saya : Emm..( Confused )
.
Mentor : Okay…apa perkara yang you suka buat & kalau you buat dekat orang lain orang tu tak bayar pun tak apa?
.
Saya : Tak pasti..

Mentor : Okay..let me give you some example..waktu you study dulu, pernah tak jumpa dengan orang yang sangat mahir dalam komputer, excited dengan gadget & sentiasa update dengan brand new model?

Then bayangkan kalau orang tanya dia pasal komputer dia sangat enjoy untuk explain, even dia selalu repair komputer kawan – kawan lain secara percuma.. Pernah dengar tak orang macamni?

Saya : Yaa…pernah dengar & pernah jumpa..

Mentor : Atau you pernah dengar tak orang yang suka memasak..sangat suka memasak, sampaikan dia selalu jamu tetamu dengan masakan dia atau berikan makanan yang dia masak kepada jiran – jiran sebelah..pernah dengar tak orang macamni?

Saya : Owh..pernah..memang saya tahu orangnya.

Mentor : That’s their passion… So, explore your PASSION. Start a business from your passion. Read these books ( Sambil hulurkan buku Rich Dad Poor Dad, Robert Kiyosaki & Buku tulisan Adam Khoo yang saya lupa tajuknya )..

After you read the book then let me know..

Saya : Ermmm..Datuk, saya ni bab baca buku ni lemah sikit especially buku bahasa Inggeris..hehe ( kataku jujur )

Mentor : Rizal..You tahu untuk berjaya bukan mudah kan ?
tapi dengan semudah membaca pun you tak nak, inikan pula nak berniaga..( dengan nada serius ).

Saya : Owh ok Datuk, saya baca.. saya baca ( ..sentap.. )

Mentor : The more you read, the more you explore. The more you explore, the more you understand..

Saya : Okay Datuk, will do will do….And last but not least..Macamana dengan nombor 3. Tiada LUCK?

Mentor : Owhh..Pada saya, saya tak percaya pada LUCK..
I was born in a Miskin Tegar family, You know that right?
If you said, “A” is Lucky because he / she is born in a rich family so that he can start his own business, then how bout me?
Kami tidak kaya, kami hidup dengan hasil laut..kami nelayan..keluarga kami miskin..

Tapi kami percaya pada pendidikan..Ilmu itu penting..The key is Read..Good leader is a great Reader..

Therefore, there is no such thing as LUCK.

========================
Selepas perbualan itu, kami pun pulang. Dan dari saat itu lah saya cuba untuk membaca dan alhamdulillah beberapa hari selepas itu 1st time saya berjaya membaca buku sehingga habis iaitu Buku Rich Dad Poor Dad tulisan Robert Kiyosaki.

Dari situ saya semakin faham apa itu Passion dan Kenapa kita tidak dapat buat apa yang orang lain boleh buat.

Perbualan ini adalah perbualan saya dengan salahseorang mentor saya pada 28 / 9 / 2009 di Kota Kinabalu, Sabah.

Menjelang Aidilfitri, saya sering teringat kisah ini kerana perbualan pendek ini berlaku semasa berziarah ke rumah beliau. Terima Kasih kepada Beliau & semoga rakan – rakan pembaca mendapat sedikit manfaat daripada perbualan ini.

P/S : Ada sesetengah guru memberitahu tidak semestinya kita bermula dengan Passion. Kita juga boleh bermula dengan Produk orang lain dahulu

Anda Mungkin Meminati Tajuk Tajuk Ini…

Apa Pendapat Anda Tentang Artikel Saya Ini? Berikan Komen Anda

0 Comments