Tips untuk keluar TV / Radio atau ditemu ramah – Skrip Asas Pengenalan

tips keluar tv radio skrip

Mengenai Penulis

Mohd Rizal Bin Abd Rashid merupakan Guru Komunikasi Berpengaruh Malaysia yang berpengalaman selama 20 tahun dalam bidang komunikasi berpengaruh.

Beliau mempunyai kepakaran dalam komunikasi berpengaruh dan telah mengendalikan banyak bengkel serta seminar serta melatih ribuan bisnes owner, usahawan dan professional dalam dan luar negara fokus kepada komunikasi berpengaruh dan body language.

}

7 Feb 2019

Assalamualaikum. Bayangkan satu hari seseorang menelefon anda dan memperkenalkan dirinya daripada satu institusi rancangan TV. Dia memberitahu bahawa mereka ingin menemubual anda dalam satu rancangan TV terbitan organisasi tersebut. Ataupun ada satu stesen radio yang nak menemubual anda melalui telefon atau berada live dalam talkshow mereka. Agak agak apa perasaan anda ?

Gembira sebab anda bakal mendapat liputan daripada media betul ?

Selain daripada gembira ada perasaan lain ?

Nervous , gugup, gementar…tak ada idea nak buat macamana.

Relax

Saya juga satu ketika dulu apabila mendapat berita untuk diinterview atau ditemuramah daripada penerbit TV atau radio mempunyai perasaan yang berbelah bagi happy pun iya…nervous pun tidak kurangnya.

 

Sebenarnya ianya adalah satu bonus bagi anda untuk menaikkan kredibiliti anda sebagai seorang ketua, business owner atau  peniaga. Ianya juga adalah satu platform yang menunjukkan bahawa anda adalah seorang yang pakar.

Namun apa persediaan yang perlu anda siapkan sebelum diinterview atau di temuramah di TV atau di radio?

Disini saya berikan tips persediaan sekiranya anda diinterview di TV atau radio.

 

Tips tu adalah SKRIP ASAS

 

Saya bagi template SKRIP ASAS dan anda hanya isikan mengikut keperluan anda sahaja.

 

Sebelum saya berikan template tersebut, saya nak kongsikan sedikit bahawa keyakinan kita semasa diinterview atau di temuramah itu sangat penting. Sekiranya kita mengeluarkan perkataan ‘aaaa’….’mmmm’….’apa ni’….’well’……’you know’….sebenarnya akan mengurangkan kredibiliti kita.

 

Justeru salahsatu cara untuk menaikkan kredibiliti kita dalam komunikasi adalah dengan lancar. Bila kita bercakap dengan lancar, kita akan kelihatan lebih berkeyakinan dan orang pun akan lebih mudah mendengar dan percaya dengan kita.

tv

Ketika keluar di TV1 didalam rancangan Selamat Pagi Malaysia

Tips yang paling mudah untuk lancar adalah dengan menghafal skrip asas. Skrip ini lah yang akan kita gunakan pada bila bila masa sahaja dan skrip asas ini adalah skrip yang akan menentukan 1st impression kita apabila mula berkata kata.

 

Jadi template skrip asas ini adalah satu perkara yang akan membantu anda untuk membina skrip asas anda sendiri dan anda wajib hafal. Bila anda hafal, anda akan lancar, bila anda lancar anda akan lebih yakin, bila anda lebih yakin, lebih mudah untuk orang percaya anda.

Dalam interview selalunya mereka sudah ada beberapa set soalan, samada ianya diberikan kepada kita terlebih dahulu atau tidak, bergantung kepada penyampai. Ada juga yang memberikan soalan terlebih dahulu tapi semasa on air dia tanya soalan lain atau soalan tambahan. Yang tu nasib lah ya. Tapi apa yang paling penting adalah dalam setiap interview pasti ada pengenalan. Jadi apa kata kita prepare skrip asas pengenalan dan hafal siap siap supaya memudahkan kita.

interview

Bergambar kenangan ketika di interview / di temuramah oleh Stesen Radio

 

Skrip Asas Pengenalan

Ini adalah skrip pengenalan saya :

 

“Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera,

saya Rizal Rashid

 Saya adalah Communication Coach daripada Neuronworks International Sdn Bhd .

Passion saya adalah membantu usahawan, business owner dan juga professional untuk enhance communication skill supaya mereka  lebih berkeyakinan dan boleh mempengaruhi staff, klien, majikan dan orang sekeliling dan akhirnya staff lebih hormat, kredibiliti kita lebih meningkat dan lebih mudah untuk kita close deal…”

 

Baca Juga : 3 Pengajaran ketika bermusafir di Filiphina (kisah saya)

 

Saya nak share dengan anda template pengenalan saya ni. Anda hanya tukar perkataan yang bertanya merah dan sesuaikan dengan diri anda.

 

“ Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera,

saya Rizal Rashid

  • ( Nama anda ),

saya adalah Communication Coach

  • ( Jawatan anda )

daripada Neuronworks International Sdn Bhd

  • ( Organisasi anda ) .

Passion saya adalah membantu usahawan, business owner dan juga professional

  • ( siapakah klien anda atau siapa yang anda bantu)

untuk enhance communication skill

  • ( apakah bantuan yang anda berikan kepada klien anda atau orang yang anda ingin bantu)

supaya mereka lebih berkeyakinan dan boleh mempengaruhi staff, klien, majikan dan orang sekeliling

  • (apakah faedah yang mereka dapat selepas mendapatkan bantuan anda) .

dan akhirnya staff lebih hormat, kredibiliti kita lebih meningkat dan lebih mudah untuk kita close deal

  • (apakah kesan/impak yang mereka dapat selepas menggunakan teknik / servis / produk anda)

 

 

Jadi, buat skrip asas untuk pengenalan diri anda dan hafal.

Hafal banyak kali sampaikan ianya melekat dalam minda anda.

Ini juga boleh jadi E-Pitch atau pengenalan kepada diri anda sekiranya anda diminta memperkenalkan diri dalam acara acara tertentu atau sesi temuramah. Dan apa yang pasti ianya akan berubah dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian.

 

Semoga bermanfaat.

 

ikuti saya di media social untuk lebih info & tips mengenai komunikasi:-

| FACEBOOK | YOUTUBE | INSTAGRAM | TWITTER | LINKEDIN |

speak2019

Anda Mungkin Meminati Tajuk Tajuk Ini…

Peranan trainer dan Fasilitator

Peranan trainer dan Fasilitator

Trainer dan fasilitator adalah dua peranan penting dalam bidang Latihan ( training ), khususnya dalam adult learning....

Apa Pendapat Anda Tentang Artikel Saya Ini? Berikan Komen Anda

10 Comments

  1. Fairul Izham Mohd Mokhlas

    Alhamdulillah, terima kasih banyak atas template ini. Semoga Allah mempermudahkan urusan tuan akan datang. Amin.

    • Rizal Rashid

      Alhamdulillah terima Kasih tuan yang budiman

  2. Sr Haji Johari Bin Wahab

    Terimakasih Tuan Rizal Rashid.

    Suatu Tip dan template yang amat berguna untuk kita praktik kan dalam sesi temuramah.

    Semoga bermanfaat untuk semua.

    Wasalam.

    • Rizal Rashid

      Alhamdulillah sama-sama Tuan Haji Jo

  3. CIKGU MUHAMAD AZNI BIN MAT ZIN

    Alhamdullillah, terima kasih atas perkongsian yang sgt2 berguna utk sy dalam melaksanakan tugas harian sy. Semoga Allah memberkati Tuan…

    • Rizal Rashid

      Alhamdulillah. semoga Tuan terus maju jaya!

  4. Hj Md Zammry b. Hj Mustapa

    Terima kasih atas perkongsian ILMU yang memberi sumber inspirasi dan keyakinan diri.

    • Rizal Rashid

      Terima kasih tuan atas komen. Semoga mendapat manfaat.

  5. Judeen

    Alhamdulillah..Thank you coach… terbaikk..

Trackbacks/Pingbacks

  1. Tip Jual diri semasa on air atau interview | Laman Rasmi Rizal Rashid - […] yang saya selalu share dalam perkongsian saya, kita perlu ada skrip asas untuk memperkenalkan diri. Antara skrip asas saya…