TIPS bila bertemu DENGAN VIP

Mengenai Penulis

Mohd Rizal Bin Abd Rashid merupakan Guru Komunikasi Berpengaruh Malaysia yang berpengalaman selama 20 tahun dalam bidang komunikasi berpengaruh.

Beliau mempunyai kepakaran dalam komunikasi berpengaruh dan telah mengendalikan banyak bengkel serta seminar serta melatih ribuan bisnes owner, usahawan dan professional dalam dan luar negara fokus kepada komunikasi berpengaruh dan body language.

}

7 Mar 2022

Ramai usahawan , professional serta pemilik bisnes diluar sana bertanya apakah tips untuk berkomunikasi dengan VIP atau high end customer.

Adakah anda yang membaca artikel ini menghadapi situasi yang yang sama , jika ya anda perlu baca sampai habis.

Tuan-tuan & Puan-puan yang saya hormati sekalian , salah satu cara untuk anda close dengan mudah apabila bertemu dengan vip adalah apabila anda kelihatan kredibel.

Cara untuk kelihatan kredibel adalah dengan kita menghormati VIP atau high end customer kita.

Nak senang faham adalah kita memanggil mereka dengan panggilan hormat mereka. Sebagai contoh jika VIP anda ada gelaran Datuk/Dato/Datin.

Panggillah mereka dengan panggilan tersebut agar anda kelihatan kredibel.

Selain itu, jika mereka memberi kita sesuatu kita boleh terima sambil ucapakan “..terima kasih Dato/Datin..” diakhir ayat tersebut supaya mereka rasa lebih dihargai.

Seterusnya adalah anda perlu beradab atau menjaga adab dengan VIP atau high end customer anda.

Bagaiamana?

Caranya adalah dengan bayangkan kalau kita berada dihadapan orang yang sangat kita respect kepada dia  sebagai contoh mak kita ke atau ayah kita . Begitulah juga cara untuk kita bercakap dengan VIP dihadapan kita ni.

Anda bercakap dengan beradab serta sopan santun ianya sangat menaikkan lagi kredibiliti diri anda.

Paling menarik adalah mereka mudah terpengaruh dan akhirnya akan mudah membeli atau menerima idea anda.

Jangan lupa untuk sebarkan Tips ini supaya lebih ramai orang di luar sana dapat memanggil orang-orang tertentu dengan panggilan yang sesuai, seterusnya menampakkan anda seorang lebih menghormati orang yang anda sedang berkomunikasi tersebut.

Sekian.

Saya bawakan Program KHUSUS kepada TRAINER, COACHER, EDUCATOR DAN SPEAKER yang mempunyai masalah seperti diatas, nak tak kalau kami bagitahu anda cara untuk BESARKAN LAGI INCOME ANDA, TAMBAH BAIK SKILL PENGAJARAN DAN KUASAI TEKNIK BAGAIMANA NAK BUAT AUDIENS TERUJA, SUKA DAN AKHIRNYA ANDA DIPANGGIL BERKALI-KALI UNTUK BERIKAN TRAINING KEPADA MEREKA dengan hanya perlu join program terbaru Tuan Rizal Rashid iaitu HIGH INCOME TRAINER. 
Klik pada gambar untuk maklumat lanjut.

Anda Mungkin Meminati Tajuk Tajuk Ini…

Apa Pendapat Anda Tentang Artikel Saya Ini? Berikan Komen Anda

0 Comments