Tip Jual diri semasa on air atau interview

Mengenai Penulis

Mohd Rizal Bin Abd Rashid merupakan Guru Komunikasi Berpengaruh Malaysia yang berpengalaman selama 20 tahun dalam bidang komunikasi berpengaruh.

Beliau mempunyai kepakaran dalam komunikasi berpengaruh dan telah mengendalikan banyak bengkel serta seminar serta melatih ribuan bisnes owner, usahawan dan professional dalam dan luar negara fokus kepada komunikasi berpengaruh dan body language.

}

25 Feb 2019

Hai semua. Jika anda diinterview di radio atau tv, inilah peluang anda untuk mempromosikan nama , produk atau servis anda. Ini juga adalah salahsatu medium untuk meningkatkan kredibiliti anda sebagai seorang yang pakar dalam satu satu bidang.

Bayangkan air time yang diberikan kepada anda adalah umpama duit. Kalau anda sia siakan, maka anda seolah oleh membiarkan duit itu berlalu sahaja.

Jadi inilah masa yang bagus untuk menjual atau mempromosikan produk atau servis anda.

Tapi kalau terlalu menjual atau terlalu promote pun tak boleh juga. Sebab ada kalanya anda dijemput untuk bersiaran di radio atau tv bukan atas dasar promosi. Hanya sebagai jemputan untuk berkongsi. Unless kalau memang siaran tu anda beli dan untuk promosi produk anda.

Jadi sekiranya anda hanya sebagai tetamu undangan dan tidak dibenarkan untuk mempromosikan produk atau servis anda, macamana nak selitkan elemen elemen mempromosi diri tu?

Mari saya kongsikan cerita saya semasa diinterview di Filipina dibeberapa channel TV dan juga satu radio station. Kebanyakkan daripada rakan rakan yang diinterview kata..

” you are really smart Rizal ..”

Zoe TV

 

Okay, ceritanya macamni.. Pada Januari 2019 yang lepas, saya diberi peluang untuk di temuramah di Chinnoy TV, Zoe’s Network dan juga stesen radio One FM di Filipina.

 

Seperti yang saya selalu share dalam perkongsian saya, kita perlu ada skrip asas untuk memperkenalkan diri. Antara skrip asas saya adalah ..

“ I am Rizal Rashid. I am a communication coach from Malaysia, I am a founder of the largest communication seminar in Malaysia, NECS . That stand for National Edutainment, Communication & Sales seminar…”

Skrip asas ni hanya mengambil masa dalam 12 saat sahaja. Tapi ianya ada unsur unsur mempromosi.

bina skrip asas

Apa yang saya promosikan? Saya sedang mempromosikan NECS.

Dan diakhir pula skrip saya adalah ..

“ Thank you so much for having me, and if you want to explore more on communication..visit www.rizalrashid.com..”

Dan skrip penutup ini hanya mengambil masa 9 saat sahaja.

skrip akhir

Apa yang saya sedang promosikan ? Ya betul… saya sedang promosikan www.rizalrashid.com

Jadi , ini adalah salahsatu cara untuk kita jual diri kita semasa on air. Tapi satu syaratnya adalah kita kena hafal skrip asas dan skrip penutup.

Hafal sampai lancar dan bila orang tanya je, anda boleh sebut dan ungkapkan skrip ini dengan lancar dan konfiden akhirnya kredibiliti anda bakal meningkat. Insya Allah

Anda dapat sesuatu ?

Jangan lupa share artikel ini supaya lebih ramai yang mendapat manfaat terutama orang yang nak meningkatkan skill komunikasi mereka.

Antara artikel lain yang anda boleh baca: 3 Tips Emas Dari Juara Dunia Public Speaking 2014

Sekian Terima kasih dari saya Rizal Rashid. Semoga bermanfaat

ikuti saya di media social untuk lebih info & video-video tips mengenai komunikasi:-

| FACEBOOK | YOUTUBE | INSTAGRAM | TWITTER | LINKEDIN |

 

Anda Mungkin Meminati Tajuk Tajuk Ini…

Peranan trainer dan Fasilitator

Peranan trainer dan Fasilitator

Trainer dan fasilitator adalah dua peranan penting dalam bidang Latihan ( training ), khususnya dalam adult learning....

Apa Pendapat Anda Tentang Artikel Saya Ini? Berikan Komen Anda

2 Comments