khas untuk anda yang nak Bercakap dengan yakin, Berstruktur & Berpengaruh

'Communication level up!'

“Program intensif untuk anda yang mahu ‘level up’ komunikasi daripada sekadar bercakap, kepada bercakap dengan yakin, berstruktur dan berpengaruh dalam kerjaya, bisnes dan kehidupan.”

pernah tak anda alami situasi ini?

❌ Ada ilmu & idea, tapi bila bercakap… tiada keyakinan, blur dan terus jatuh

❌ Waktu tengah meeting, orang nampak keliru dengan apa yang kita sampaikan

❌ Rasanya arahan dah jelas pada kita, tapi staf buat lain

❌ Bila kita ditanya secara tiba-tiba, otak jadi blank

❌ Kita bercakap elok-elok, tapi tetap disalah faham

Masalahnya bukan anda tak pandai bercakap.
Masalahnya anda belum diajar atau kuasai cara berkomunikasi dengan betul dan berstruktur.

“Kalau nak jadi yakin, kena jadi petah dan pandai bercakap.”

Ramai orang yang saya jumpa selalu fikir:

“Kalau nak jadi yakin, kena jadi petah dan pandai bercakap.”

Hakikatnya:
✅ Keyakinan boleh dibina secara sistematik
✅ Pengaruh boleh dipelajari, bukan bakat semula jadi
✅ Komunikasi yang berkesan ada struktur & teknik, bukan main cakap

Dan itulah fokus program ini.

inilah solusinya! 

 COMMUNICATION LEVEL UP!

Program intensif yang direka khas untuk bantu anda level up cara berkomunikasi dari biasa-biasa kepada lebih yakin, jelas dan berpengaruh.

Bukan teori cakap kosong, Tetapi teknik yang boleh terus guna dalam kerja, bisnes dan kehidupan harian. Insya Allah

Info penting program ‘communication level up’

14 Februari 2026

Neuronworks Hall, Setiawalk Puchong, Selangor.

8.30 Pagi hingga 10.00 Malam

ini modul – modul yang bakal anda pelajari

MODUL #1 – STRATEGI BINA KEYAKINAN DENGAN MUDAH

Ramai orang sebenarnya ada ilmu, tapi gagal tampil yakin bila bercakap.
Dalam modul ini, anda akan belajar teknik dan strategi praktikal untuk bina keyakinan secara natural ketika berkomunikasi tanpa perlu ‘fake confident

Anda juga akan faham bagaimana keyakinan boleh buat seseorang nampak lebih kredibel, diyakini dan dipercayai, walaupun baru bercakap beberapa minit.

MODUL #2 – TEKNIK IMPROMPTU SPEECH (CAKAP TANPA PREPARE)

Takut bila disuruh bercakap secara tiba-tiba?
Blank bila orang tanya soalan on the spot?

Dalam modul ini, anda akan belajar teknik bercakap spontan dengan tersusun, walaupun tanpa skrip.
Teknik ini diajar secara teori + praktikal, supaya anda benar-benar boleh terus guna dalam kerja, meeting atau situasi harian.

MODUL #3 – TEKNIK “FAHAM KE TAK?”

Bila bercakap, kita selalu tertanya:
“Dia ni faham ke tak sebenarnya?”

Dalam modul ini, anda akan belajar cara mengesan tahap kefahaman audiens, sama ada pelanggan, staf atau team tanpa perlu tanya “faham ke tak?” berulang kali.

Anda akan belajar tanda-tanda, signal dan teknik untuk tahu bila perlu ulang, jelaskan semula atau teruskan.

MODUL #4 – STRATEGI ‘GAYA BAHASA’ BERPENGARUH

Ada orang berilmu tinggi tapi susah nak buat orang ikut. Ada pula yang cakap biasa-biasa, tapi orang senang dengar.

Bezanya ialah gaya bahasa.

Dalam modul ini, anda akan belajar cara menyampaikan mesej dengan gaya yang betul supaya arahan, idea dan pandangan anda:
✔ lebih jelas
✔ lebih meyakinkan
✔ lebih mudah diterima

Sesuai untuk leader, SME, trainer dan sesiapa yang perlu beri arahan atau panduan kepada orang lain.

MODUL #5 – MISCOMMUNICATION DETECTOR

Masalah paling besar dalam komunikasi ialah ‘salah faham‘.

Kita cakap A, orang faham B.
Akhirnya jadi konflik, salah sangka dan hubungan jadi renggang, dalam team jadi tak best.

Dalam modul ini, anda akan belajar cara mengesan punca miscommunication lebih awal, sama ada dengan pelanggan, staf atau team dan bagaimana membetulkannya sebelum jadi masalah yang lebih parah & besar.

MODUL #6 – BODY LANGUAGE YANG MEYAKINKAN

Komunikasi bukan hanya pada apa yang kita cakap, tapi bagaimana kita membawa diri.

Dalam modul ini, anda akan belajar:

body language yang menaikkan keyakinan

gerak tubuh yang buat orang rasa selesa

bahasa badan seorang leader yang berpengaruh

Anda juga akan faham kenapa sesetengah orang nampak “berwibawa” walaupun tak banyak bercakap.

MODUL #7 – 5 AYAT PEMUSNAH KREDIBILITI

Tanpa sedar, ramai orang rosakkan kredibiliti sendiri melalui ayat-ayat tertentu.

Dalam modul ini, anda akan belajar 5 ayat yang boleh menjatuhkan kepercayaan orang terhadap kita, walaupun niat kita baik.

Anda juga akan tahu cara menggantikan ayat-ayat ini dengan versi yang lebih profesional dan berpengaruh. 

MODUL #8 – 4 LANGKAH MEMPENGARUHI ORANG

Ini antara modul paling praktikal & sangat penting.

Anda akan belajar 4 langkah mudah dan sistematik untuk mempengaruhi orang secara beretika, bukan manipulasi.

Teknik ini telah digunakan dan diuji oleh ramai peserta sebelum ini mudah difahami, mudah diamalkan, dan sesuai untuk dunia kerja sebenar. 

MODUL #9 – TEKNIK ‘EFEKTIF’ MEMBINA HUBUNGAN

Ramai orang pandai bercakap, tapi tak semua pandai membina hubungan.

Dalam modul ini, anda akan belajar strategi komunikasi yang buat orang:
✔ rasa selesa bercakap dengan anda
✔ mudah buka cerita
✔ senang bekerjasama
✔ dan lebih percaya

Ilmu ini sangat penting untuk leader, usahawan, pasangan, dan sesiapa yang bekerja dengan manusia.

SIAPA PALING SESUAI JOIN PROGRAM INI?

✔ Business owner & usahawan
✔ Leader & manager
✔ Trainer, coach & consultant
✔ Eksekutif & profesional
✔ Sesiapa yang perlu bercakap, memberi arahan dan mempengaruhi orang

Jika anda berurusan dengan manusia, program ini memang untuk anda.

Siapa saya yang akan bantu anda?

Rizal Rashid, Jurulatih Komunikasi Berpengaruh

Mohd Rizal Abd Rashid merupakan seorang jurulatih komunikasi berpengaruh, fasilitator dan pengasas kepada pelbagai program pembangunan komunikasi dan kepimpinan di Malaysia.

Sepanjang lebih sedekad dalam industri latihan dan pembangunan manusia, beliau telah melatih lebih 72,000 bisnes owner, usahawan, pemimpin dan profesional merentasi pelbagai industri daripada SME, korporat, institusi latihan hingga organisasi kerajaan. Fokus utama beliau adalah membantu individu berkomunikasi dengan lebih yakin, berstruktur dan mampu mempengaruhi secara beretika.

Rizal Rashid dikenali dengan pendekatan praktikal dan berasaskan realiti sebenar dunia kerja dan bisnes. Modul-modul yang dibangunkan bukan sekadar teori, tetapi diuji, diaplikasikan dan diperhalusi melalui pengalaman lapangan bersama peserta dari pelbagai latar belakang dan tahap kepimpinan.

Beliau merupakan jurulatih bertauliah HRD Corp (PSMB) serta Badan Nasional Sertifikasi Profesi (BNSP) Indonesia, dan aktif membangunkan metodologi komunikasi yang menekankan kefahaman manusia, pembinaan keyakinan serta pengaruh yang berintegriti.

Sebagai pengasas kepada beberapa program komunikasi berskala besar di Malaysia, termasuk seminar dan latihan berimpak tinggi, Rizal Rashid telah berkongsi pentas dan bekerjasama dengan pelbagai tokoh ternama, pemimpin industri dan personaliti berpengaruh tanah air.

Misi beliau jelas, membantu lebih ramai individu memimpin diri, memimpin orang lain dan mencipta impak melalui kuasa komunikasi yang betul.

Beliau percaya bahawa:

‘success is led by the power of communication’

atucara program

Harga untuk ke program ini