khas untuk anda yang nak Bercakap dengan yakin, Berstruktur & Berpengaruh

communication level up

“Program intensif untuk anda yang mahu ‘level up’ komunikasi daripada sekadar bercakap, kepada bercakap dengan yakin, berstruktur dan berpengaruh dalam kerjaya, bisnes dan kehidupan.”

Pernah tak anda alami situasi ini?

❌ Ada ilmu & idea, tapi bila bercakap… tiada keyakinan, blur dan terus jatuh

❌ Waktu tengah meeting, orang nampak keliru dengan apa yang kita sampaikan

❌ Rasanya arahan dah jelas pada kita, tapi staf buat lain

❌ Bila kita ditanya secara tiba-tiba, otak jadi blank

❌ Kita bercakap elok-elok, tapi tetap disalah faham

Masalahnya bukan anda tak pandai bercakap.
Masalahnya anda belum diajar atau kuasai cara berkomunikasi dengan betul dan berstruktur.

“Kalau nak jadi yakin, kena jadi petah dan pandai bercakap.”

Ramai orang yang saya jumpa selalu fikir:

“Kalau nak jadi yakin, kena jadi petah dan pandai bercakap.”

Hakikatnya:
✅ Keyakinan boleh dibina secara sistematik
✅ Pengaruh boleh dipelajari, bukan bakat semula jadi
✅ Komunikasi yang berkesan ada struktur & teknik, bukan main cakap

Dan itulah fokus program ini.

inilah solusinya! 

COMMUNICATION LEVEL UP!

Program intensif yang direka khas untuk bantu anda level up cara berkomunikasi — dari biasa-biasa kepada lebih yakin, jelas dan berpengaruh.

Bukan teori cakap kosong, Tetapi teknik yang boleh terus guna dalam kerja, bisnes dan kehidupan harian.

Info penting program ‘communication level up’

14 Februari 2026 | Sabtu

Neuronworks Hall, Setiawalk Puchong, Selangor.

8.00 Pagi hingga 11.00 Malam

MODUL #1 – STRATEGI BINA KEYAKINAN DENGAN MUDAH

Ramai orang sebenarnya ada ilmu, tapi gagal tampil yakin bila bercakap.
Dalam modul ini, anda akan belajar teknik dan strategi praktikal untuk bina keyakinan secara natural ketika berkomunikasi tanpa perlu ‘fake confident

Anda juga akan faham bagaimana keyakinan boleh buat seseorang nampak lebih kredibel, diyakini dan dipercayai, walaupun baru bercakap beberapa minit.

MODUL #2 – TEKNIK IMPROMPTU SPEECH (CAKAP TANPA PREPARE)

Takut bila disuruh bercakap secara tiba-tiba?
Blank bila orang tanya soalan on the spot?

Dalam modul ini, anda akan belajar teknik bercakap spontan dengan tersusun, walaupun tanpa skrip.
Teknik ini diajar secara teori + praktikal, supaya anda benar-benar boleh terus guna dalam kerja, meeting atau situasi harian.

MODUL #3 – TEKNIK “FAHAM KE TAK?”

Bila bercakap, kita selalu tertanya:
“Dia ni faham ke tak sebenarnya?”

Dalam modul ini, anda akan belajar cara mengesan tahap kefahaman audiens, sama ada pelanggan, staf atau team tanpa perlu tanya “faham ke tak?” berulang kali.

Anda akan belajar tanda-tanda, signal dan teknik untuk tahu bila perlu ulang, jelaskan semula atau teruskan.

MODUL #4 – STRATEGI ‘GAYA BAHASA’ BERPENGARUH

Ada orang berilmu tinggi tapi susah nak buat orang ikut. Ada pula yang cakap biasa-biasa, tapi orang senang dengar.

Bezanya ialah gaya bahasa.

Dalam modul ini, anda akan belajar cara menyampaikan mesej dengan gaya yang betul supaya arahan, idea dan pandangan anda:
✔ lebih jelas
✔ lebih meyakinkan
✔ lebih mudah diterima

Sesuai untuk leader, SME, trainer dan sesiapa yang perlu beri arahan atau panduan kepada orang lain.

MODUL #5 – MISCOMMUNICATION DETECTOR

Masalah paling besar dalam komunikasi ialah ‘salah faham‘.

Kita cakap A, orang faham B.
Akhirnya jadi konflik, salah sangka dan hubungan jadi renggang, dalam team jadi tak best.

Dalam modul ini, anda akan belajar cara mengesan punca miscommunication lebih awal, sama ada dengan pelanggan, staf atau team dan bagaimana membetulkannya sebelum jadi masalah yang lebih parah & besar.

MODUL #6 – BODY LANGUAGE YANG MEYAKINKAN

Komunikasi bukan hanya pada apa yang kita cakap, tapi bagaimana kita membawa diri.

Dalam modul ini, anda akan belajar:

body language yang menaikkan keyakinan

gerak tubuh yang buat orang rasa selesa

bahasa badan seorang leader yang berpengaruh

Anda juga akan faham kenapa sesetengah orang nampak “berwibawa” walaupun tak banyak bercakap.

MODUL #7 – 5 AYAT PEMUSNAH KREDIBILITI

Tanpa sedar, ramai orang rosakkan kredibiliti sendiri melalui ayat-ayat tertentu.

Dalam modul ini, anda akan belajar 5 ayat yang boleh menjatuhkan kepercayaan orang terhadap kita, walaupun niat kita baik.

Anda juga akan tahu cara menggantikan ayat-ayat ini dengan versi yang lebih profesional dan berpengaruh. 

MODUL #8 – 4 LANGKAH MEMPENGARUHI ORANG

Ini antara modul paling praktikal & sangat penting.

Anda akan belajar 4 langkah mudah dan sistematik untuk mempengaruhi orang secara beretika, bukan manipulasi.

Teknik ini telah digunakan dan diuji oleh ramai peserta sebelum ini mudah difahami, mudah diamalkan, dan sesuai untuk dunia kerja sebenar. 

MODUL #9 – TEKNIK ‘EFEKTIF’ MEMBINA HUBUNGAN

Ramai orang pandai bercakap, tapi tak semua pandai membina hubungan.

Dalam modul ini, anda akan belajar strategi komunikasi yang buat orang:
✔ rasa selesa bercakap dengan anda
✔ mudah buka cerita
✔ senang bekerjasama
✔ dan lebih percaya

Ilmu ini sangat penting untuk leader, usahawan, pasangan, dan sesiapa yang bekerja dengan manusia.

✔ Business owner & usahawan
✔ Leader & manager
✔ Trainer, coach & consultant
✔ Eksekutif & profesional
✔ Sesiapa yang perlu bercakap, memberi arahan dan mempengaruhi orang

Jika anda berurusan dengan manusia, program ini memang untuk anda.

SIAPA PALING SESUAI JOIN PROGRAM INI?

Siapa saya yang akan bantu anda?

Dalam dunia yang semakin canggih ini, kebolehan untuk bercerita tidak hanya dianggap sebagai kemahiran semula jadi, tetapi juga suatu seni yang boleh dipelajari dan diasah. Seni storytelling bukan sahaja berkaitan dengan memberi maklumat, tetapi juga tentang bagaimana kita menyampaikannya. Artikel ini akan membincangkan tentang kepentingan storytelling skills dalam menarik perhatian audiens dan bagaimana kita dapat menguasainya.

Kemahiran Pemilihan Topik yang Relevan

Pertama-tama, untuk menarik perhatian audiens, pemilihan topik yang relevan adalah langkah asas. Topik yang menarik dapat mencetuskan minat dari awal. Pastikan topik yang dipilih mempunyai kaitan dengan audiens sasaran dan dapat membangkitkan rasa ingin tahu atau emosi.

Bangunkan Karakter yang menarik

Dalam dunia storytelling, watak atau karakter adalah elemen penting. Bangunkan watak-watak yang mempunyai dimensi dan ketelusan. Watak yang memikat akan menjadikan audiens terlibat dan menyertai perjalanan cerita. Pastikan setiap watak memainkan peranan yang signifikan dalam pembangunan plot.

Gambar Hiasan : Tuan Rizal Rashid ketika sesi kelas premium Magic of Storytelling bersama The Influential Club
Gambar Hiasan : Tuan Rizal Rashid ketika sesi kelas premium Magic of Storytelling bersama The Influential Club
Kreativiti dalam Penggunaan Bahasa

Seni menggunakan bahasa adalah kunci utama dalam storytelling. Gunakan bahasa yang kreatif, berwarna, dan dapat memikat hati audiens. Sentuhlah emosi mereka dengan pilihan kata-kata yang tepat. Di samping itu, hindari kebosanan dengan memainkan irama bahasa, dan pastikan bahawa setiap ayat memberikan makna yang mendalam.

rancang flow Cerita dengan Bijak

Pemahaman tentang flow cerita dan bagaimana merancangnya adalah satu kemahiran yang penting. Pastikan cerita mempunyai klimaks yang sesuai dan kemudiannya meruncing dengan closing story yang memuaskan. Jangan biarkan cerita terlalu lambat atau terlalu cepat. Kecekapan dalam merancang flow cerita dapat mengekalkan ketertarikan audiens sepanjang perjalanan bercerita.

Penambahan Teknik Plot Twist yang Menarik

Teknik plot twist boleh menjadi penyegar dalam bercerita. Tetapi, penggunaannya haruslah bijak dan relevan. Plot twist yang baik dapat membuat audiens terkejut dan ingin tahu apa yang akan berlaku seterusnya. Oleh itu, gunakanlah teknik ini untuk menambah dimensi baru kepada cerita dan bukannya sebagai unsur yang dipaksakan.

Gambar Hiasan : Peserta sesi kelas premium Magic of Storytelling
Gambar Hiasan : Peserta sesi kelas premium Magic of Storytelling

Kesimpulan

Menguasai seni storytelling bukanlah tugas yang ringan. Ia memerlukan pemahaman mendalam tentang cara yang efektif mempengaruhi audiens, kemahiran dalam membina watak, kreativiti dalam penggunaan bahasa, merancang flow cerita, dan kebijaksanaan dalam mengaplikasikan teknik plot twist. Seni storytelling bukan sahaja menarik perhatian audien, tetapi juga boleh memberi pengajaran, merangsang emosi, dan mencipta pengalaman yang berkesan.

Dalam dunia penuh dengan informasi, kemahiran bercerita adalah aset yang berharga. Dengan mengasah storytelling skills, kita dapat menjadi penjelajah cerita yang mampu menarik perhatian audiens, menjadikan setiap kisah yang kita sampaikan sebagai pengalaman yang tak dilupakan.

Semoga bermanfaat, terima kasih.