Jika anda masih baru dalam pengacaraan majlis..jangan type huruf singkatan dalam teks emcee
contoh:
” UKM ”
…
Cadangan saya tulislah dengan penuh
” UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA ”
Sekiranya perkara melibatkan nombor atau figure..jangan tulis seperti ini..
” 10000 ”
Cadangan saya tulislah sebegini
” 10,000 (sepuluh ribu) ”
*adalah lebih baik gunakan koma untuk asingkan 3 digit
Ianya bagi mengelakkan dari tersalah sebut semasa mengacarakan sesuatu majlis.
Kerana perasaan gemuruh akan membuatkan processor otak kita keliru.
Jadi, beringat sebelum kena.
Semoga bermanfaat
0 Comments