Seni meng”KRITIK ” (Menegur untuk MemBINA) dan kata hubung TAPI

Mengenai Penulis

Mohd Rizal Bin Abd Rashid merupakan Guru Komunikasi Berpengaruh Malaysia yang berpengalaman selama 20 tahun dalam bidang komunikasi berpengaruh.

Beliau mempunyai kepakaran dalam komunikasi berpengaruh dan telah mengendalikan banyak bengkel serta seminar serta melatih ribuan bisnes owner, usahawan dan professional dalam dan luar negara fokus kepada komunikasi berpengaruh dan body language.

}

11 May 2015

Dalam komunikasi, umum mengetahui bahawa sebelum mengkritik kita mesti memuji individu tersebut.

Ada yang berpendapat 3 kali puji then baru kritik, ada juga yang kata 7 kali puji dan seumpamanya.
——————
Ianya boleh diumpamakan sebagai :

Puji + Puji + Puji …. Kritik

Namun jangan sekali kali menggunakan kata hubung “TAPI” sebelum memberi kritikan. Kerana ianya akan memadamkan pujian.

Contoh:

” Awak adalah seorang yang rajin, amanah dan peramah, TAPI awak perlu berpakaian kemas kerana itu adalah 1st Impression..”
—————-
Cadangan Penyelesaian:

Tukar TAPI dengan DAN

Contohnya:

” Awak adalah seorang yang rajin, amanah dan peramah, DAN ianya akan lebih baik jika berpakaian kemas kerana itu adalah 1st Impression..”

—————-
Formulanya Mudah

Puji + Puji + Puji… DAN… Cadangan penambahbaikan

Allahua’lam

Anda Mungkin Meminati Tajuk Tajuk Ini…

Apa Pendapat Anda Tentang Artikel Saya Ini? Berikan Komen Anda

0 Comments