Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin

selamat hari raya

Mengenai Penulis

Mohd Rizal Bin Abd Rashid merupakan Guru Komunikasi Berpengaruh Malaysia yang berpengalaman selama 20 tahun dalam bidang komunikasi berpengaruh.

Beliau mempunyai kepakaran dalam komunikasi berpengaruh dan telah mengendalikan banyak bengkel serta seminar serta melatih ribuan bisnes owner, usahawan dan professional dalam dan luar negara fokus kepada komunikasi berpengaruh dan body language.

}

11 Jun 2019

Selamat Hari Raya Aidilfitiri Maaf Zahir dan Batin kepada semua umat Islam yang menyambutnya. Dikesempatan ini juga saya memohon ampun dan maaf diatas segala kesilapan dan ketelanjuran saya dalam bicara, penulisan, perlakuan dan apa sahaja. kosong – kosong ya ????

Raya tahun ini sangat bermakna buat saya dan keluarga apabila kami sekeluarga banyak menghabiskan bulan Puasa di perantauan iaitu di Melbourne Australia untuk menghadiri majlis Konvokesyen isteri saya di monash university,  yang berjaya mendapatkan Ijazah PHD beliau setelah bekerja keras dan penuh dedikasi selama 3 tahun untuk menyiapkan segalanya. Saya sangat berbangga dengan pencapaian beliau. Dan saya yakin, kejayaan itu adalah satu proses dan Yes process is ugly (penat, letih, sakit, demam dan sebagainya) tapi apabila kita berjaya, manisnya akan memadam segala kepahitan yang dialami, dan apabila kita flashback mesti kita akan sangat mensyukuri segalanya. Alhamdulillah

Konvokesyen Isteri

Baca Posting saya & video sempena kejayaan Isteri mendapatkan ijazah PHD beliau, KLIK –> BACA DISINI

Apabila pulang ketanah air, kami sekeluarga terus bersiap-siap dan pulang ke kampung isteri di Kelantan untuk berhari Raya. Tahun ini sangat mencabar perjalanannya tapi Alhamdulillah selamat tiba dan pulang semula ke rumah dengan selamat. Disana, kami dapat berjumpa dengan sahabat-sahabat dan saudara mara memang sangat seronok, mengeratkan ukhwah dan silaturrahim.

Untuk pengetahuan anda semua, perjalanan pulang saya dari Kota Bharu, Kelantan ke Puchong, Selangor mengambil masa hampir 15 Jam, dekat 5.00 pagi baru sampai Puchong. Dasyat kan? hehe inilah pengalaman yang memang tak akan saya lupakan.

Apapun semoga Hari Raya anda tahun ini dipenuhi dan dilimpahi dengan kerahmatan. Berhati-hati ketika memandu buat semua yang pulang ke kampung, berhari raya menziarah sanak saudara dan juga memenuhi jemputan rumah terbuka aidilfitiri. Sedikit nasihat dari saya, jaga niat ketika menziarah dan jaga kesihatan & pemakanan ya, jangan membazir dan makan dengan berlebihan. Seeloknya lebihkan meminum air putih dengan banyak, al maklum lah hari raya ni banyak hidangan air manis hehe

selamat hari raya Rizal Rashid

ikuti saya di media social untuk lebih info & tips mengenai komunikasi:-

| FACEBOOK | YOUTUBE | INSTAGRAM | TWITTER | LINKEDIN |

Baca Juga: 2 jenis pemimpin, anda yang mana?

Anda Mungkin Meminati Tajuk Tajuk Ini…

Apa Pendapat Anda Tentang Artikel Saya Ini? Berikan Komen Anda

0 Comments