PERUTUSAN HARI GURU 2018 (Neuronworks International Sdn Bhd)
Dalam meniti kehidupan membesar yang penuh cabaran dan dugaan, Kita tidak akan lari dari kenyataan bahawa ‘ILMU’ yang telah mendewasakan kita menjadi seorang yang berguna.
‘ILMU’ pula datangnya dari insan atau orang yang istimewa. Pemberi ilmu ini sangat sinonim dengan gelaran atau panggilan GURU atau ada juga yang mengelar sifu, mentor, ustaz, ustazah, cikgu dan lain-lain.
Dasar kepada isu ini, sangat penting untuk kita menghormati guru seperti antara saranan imam Ghazali dalam kitab Bidayatul Hidayah:-
[x] – Jika menemui guru, berikan salam kepadanya dahulu
[x] – Jangan bercakap-cakap sebelum guru bertanya
[x] – Jangan memandang ke kiri atau ke kanan, lebih baik menunduk dihadapan guru
[x] – Jangan berbisik-bisik dengan orang sebelah ketika guru sedang mengajar
[x] – Jangan bertanya pada guru jika belum diizinkan
Dikesempatan ini, marilah sama-sama kita berikan ucapan ‘Selamat Hari Guru’ buat semua guru, pendidik, cikgu, sifu, ustaz, mentor dan apa jua panggilan yang telah memberikan kita ilmu dan tunjuk ajar.
Kita tidak akan mengetahui hebatnya sesuatu ilmu jika kita belajar dan hadam sesuatu ilmu.
Terima kasih di ucapkan buat semua guru & pendidik di Malaysia. Tanpa anda, maka pincanglah institusi ilmu di Dunia ini. Terima Kasih atas segala cuarahan ilmu dan pengorbanan anda.
Pesanan buat semua, hormati guru anda moga keberkatan ilmu guru sampai kepada kita dan akhirnya memberi manfaat berguna buat diri kita.
BACA JUGA : Lakukan yang terbaik apa yang kita sedang lakukan sekarang
Ucapan Selamat Hari Guru oleh Rizal Rashid
Buat guru pertama saya Ayahanda Rashid Rahim dan Bonda Siti Zaleha. Kedua dua idola saya inilah yang telah mendidik saya dan membesarkan saya dan jasa keduanya tidak dapat saya balas sampai bila bila.
Kepada Ust Abu Masykur Arifin dan guru guru sekolah rendah saya ( mohon maaf yang tidak dapat disebutkan nama ), terima kasih atas didikan & tunjuk ajar yang diberikan selama ini.
Kepada Cikgu Dg Jaudah Amit , Cikgu Samin Ongki dan semua guru guru saya semasa sekolah menengah. Terima kasih yang tidak terhingga kerana jasa dan bakti mendidik kami .
Kepada pensyarah semasa di UiTM dan UMS, jasa jasa kalian yang bersabar mendidik kami di peringkat pengajian tinggi tidak akan dapat kami balas.
Kepada YBhg Dato Rusly Abdollah, Dato’ Roslan Ab Hamid, Dato’ Dr Yusof Yaakob , Dr Azizan Osman dan semua yang pernah menjadi guru saya dalam apa yang saya buat sekarang. Terima kasih yang tidak terhingga. Allah sahaja yang membalasnya.
Buat isteri tercinta Annshafeera Ibrahim yang juga sering memberikan tunjuk ajar dan juga guru kepada anakanda Ratu, you adalah guru kelas yang selalu mengajar subjek cinta. Cia cia cia…
Sesungguhnya pahala dan kebaikan yang mengalir dan sentiasa mengalir akan menjadi saham untuk guru / mentor / sifu dan seumpamanya di sana nanti.
Selamat Hari Guru
Ramadhan Kareem.
Rizal Rashid, 16 Mei 2018 | Facebook
0 Comments