6 Sebab kenapa pasangan bercakap dengan kita: ( Nombor 6 yang paling tricky )

bercakap dengan pasangan 6 perkara

Mengenai Penulis

Mohd Rizal Bin Abd Rashid merupakan Guru Komunikasi Berpengaruh Malaysia yang berpengalaman selama 20 tahun dalam bidang komunikasi berpengaruh.

Beliau mempunyai kepakaran dalam komunikasi berpengaruh dan telah mengendalikan banyak bengkel serta seminar serta melatih ribuan bisnes owner, usahawan dan professional dalam dan luar negara fokus kepada komunikasi berpengaruh dan body language.

}

31 Oct 2017

Assalamualaikum semua. Hari ini kami nak kongsikan 6 Sebab kenapa pasangan bercakap dengan kita. Nombor 6 sangat tricky. hehe Jika bermanfaat atau ada komen, jangan segan silu untuk komen ya.

 

  1. Berkongsi cerita.

 

Bila pasangan datang ke kita dan meraka kata

 

“ Abang tau tak,

tadi kan masa makan tadi,

budak yang kita tengok haritu dia buat hal lagi bang…..bla ..bla..bla..”

 

Tindakan kita :

.

Dengar dan layan. Jangan sampai pasangan luah pada orang lain.

 

 

  1. Meluahkan perasaan kepada pasangan.

 

 

” Abang ni boleh tak lepas ni letak balik tempat asal…

penat tau orang kemas..

bukan susah pun lepas guna letak balik tempat asal..”

 

Tindakan kita :

 

Diam dan jangan jawab, sebabnya kalau jawab boleh mencetuskan pergaduhan. Diam dan dengar. .

 

 

  1. Nak dihargai.

Hidup berpasangan ini tidak lari dari perasaan dan keinginan untuk diharigai kerana sifat ingin dihargai ini ada dalam diri setiap dari kita. Oleh itu jika pasangan kita berkata seperti ini..

 

“ Bang sedap tak kuih yang saya buat tu ?? “

 

Tindakan kita :

 

Hargai pasangan, jika makanan sedap puji betapa sedapnya makanan yang mereka masak tu. Ataupun hargai effort mereka sediakan makanan tersebut. Walaupun penat bekerja tapi masih ada masa untuk sediakan dan menyiapkan makanan untuk kita.

Baca Juga: jangan-harap-nak-jadi-communicator-berpengaruh-selagi-tak-tahu-formula-S-P-E-A-K

  1. Minta simpati

“ Aduhh bang, sakitnya kaki I, macam bengkak je ni ..”

 

Adakalanya pasangan bercakap dengan kita disebabkan mereka ingin meminta simpati.

 

 

Tindakan kita :

 

Dengarkan dan berikan simpati juga kepada mereka seolah-olah kita meraikan simpati mereka..

” Ya Allah yang, mana yang sakit yang ? ..”

 

Elakkan dari berkata

“ Alah itu pun sakit…sikit saja tu…dahlaaa jangan nak mengada ngada..”

 

Ini kerana mereka sudah melahirkan anak anak kita. Sakit melahirkan adalah sakit yang tidak dapat ditanggung oleh lelaki. Justeru keluhan sebegini adalah untuk mendapatkan simpati daripada kita.

5. Dikagumi

“ Yang.. Saya jumpa menteri tadi..”  dengan bangga

 

Kemudian kita tanya pasangan kita ,

 

“ Jumpa di mana bang ?..”

 

Pasangan menjawab ..

 

“ Tadi masa program, dia dekat atas pentas, dia senyum dekat I..”

 

 

Elakkan daripada merendahkan mereka..

 

“ Alaaaaa..abang ni cepat perasan…manatau dia tengok orang lain ke..”

 

Tindakan kita :

 

Sebenarnya mereka nak kita kagumi mereka, puji dan bangga dengan mereka.

So kita dengar dan reply..” waahhh dia cakap apa tadi?? “

 

 

  1. Menduga

 

“ Bang…budak perempuan yang baru kerja dekat ofis abang tu lawa kan ? “

 

Awas. Ini adalah tricky statement

 

Tindakan kita:

 

Kita tidak memuji muji mana mana perempuan. (kecuali ibu kita)

 

 

Semoga bermanfaat

 

Like Page Facebook, Klik sini=> Rizal Rashid

 

 

Anda Mungkin Meminati Tajuk Tajuk Ini…

Peranan trainer dan Fasilitator

Peranan trainer dan Fasilitator

Trainer dan fasilitator adalah dua peranan penting dalam bidang Latihan ( training ), khususnya dalam adult learning....

Apa Pendapat Anda Tentang Artikel Saya Ini? Berikan Komen Anda

0 Comments