Rizal Rashid di Astro Awani

Astro Awani

Mengenai Penulis

Mohd Rizal Bin Abd Rashid merupakan Guru Komunikasi Berpengaruh Malaysia yang berpengalaman selama 20 tahun dalam bidang komunikasi berpengaruh.

Beliau mempunyai kepakaran dalam komunikasi berpengaruh dan telah mengendalikan banyak bengkel serta seminar serta melatih ribuan bisnes owner, usahawan dan professional dalam dan luar negara fokus kepada komunikasi berpengaruh dan body language.

}

29 Mar 2018

Alhamdulillah!

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca dan follower saya.

 

Alhamdulillah dengan izin Allah, saya telah dijemput untuk ke udara di Astro Awani tempoh hari di dalam rancangan ‘Menggenggam Aspirasi‘ Episod 2 yang telah di hostkan oleh Syah Hairizal.

 

Rancangan Istimewa ini memaparkan topik bagaimana usahawan di Malaysia mendepani cabaran dan halangan menuju ke era TN50. Satu rancangan bual bicara dan santai yang memberi banyak input terutama kepada golongan bisnes owner, usahawan dan pendiri syarikat dalam menghadapi era TN50 dan global yang semakin pesat.

Saya telah ditemu ramah oleh saudara ‘anchor’ Rizal Zulkapli dengan topik bidang pengucapan awam dan komunikasi sebagai teras bisnes latihan kami dan bagaimana mengharungi ‘ancaman’ pembangunan ke arah TN50 di Malaysia.

Ada 2 benda ‘penting’ yang saya sentuh dan fokus dalam temu ramah ini ialah:-

 

1 – Pentingnya komunikasi dalam diri semua orang (bukan hanya frontliner atau kerjaya-kerjaya tertentu)

2 – Seni dalam komunikasi yang orang tak lihat yang boleh kekal kan bisnes kita lebih lama!

 

Dan saya juga berkongsi banyak tip komunikasi untuk para penonton yang bersama saya didalam rancangan ini yang mengambil masa lebih 8 minit.

BACA JUGA : 6 Step Closing melalui phone call

Kalau anda terlepas untuk menonton, jangan risau, kami ada buat Rakaman khas supaya anda dapat menonton semula.

 

Jika anda ingin menonton rakaman rancangan ini, anda boleh terus ke Youtube saya untuk menonton. ini link nya >> Astro Awani ‘Menggenggam Aspirasi’

 

Semoga perkongsian saya ini memberi manfaat kepada anda yang menonton.


 

Anda Mungkin Meminati Tajuk Tajuk Ini…

Peranan trainer dan Fasilitator

Peranan trainer dan Fasilitator

Trainer dan fasilitator adalah dua peranan penting dalam bidang Latihan ( training ), khususnya dalam adult learning....

Apa Pendapat Anda Tentang Artikel Saya Ini? Berikan Komen Anda

0 Comments