Sebagai seorang pengacara majlis, lazimnya saya dijemput makan bersama dengan speaker jemputan selepas sahaja program berlangsung.
Dan saya berpeluang duduk semeja dengan seorang jutawan yang merupakan pengasas Produk Kecantikan yang terkenal di Malaysia.
Saya masih terbayang & terngiang kata – katanya
==========
“Dalam hidup kita kena betulkan niat..kerana kehidupan kita akan mencerminkan kematian..”
Saya berkerut & angkat kening sebelah kiri..lantas saya tanya..” Tak faham puan..”
Sambil tersenyum dia pandang saya..
“Saya ada kawan, waktu hidupnya dia sangat suka glamour..saaaangat suka glamour…DAN..matinya juga saaaangat glamour..”
Dia menambah..
“Seorang lagi..semasa hidupnya saaaangat suka & cintakan wang…dikala menghembuskan nafas terakhir..dia tercari2 briefcase & menyebut nyebut..wang saya..wang saya..”
” dan satu lagi anak rakan saya…dia suuuuuka sangat muzik…lalu dipengakhiran hayatnya..dia mencari & tertanya…mana gitar sayaaaa???? ”
Meremang bulu roma selepas mendengar perkongsian itu, sambil berbisik..
” Ya Allah, peliharalah niat ku dan keluarga ku”..
0 Comments