khas untuk anda yang nak Bercakap dengan yakin, Berstruktur & Berpengaruh

communication level up

“Program intensif untuk anda yang mahu ‘level up’ komunikasi daripada sekadar bercakap, kepada bercakap dengan yakin, berstruktur dan berpengaruh dalam kerjaya, bisnes dan kehidupan.”

Pernah tak anda alami situasi ini?

❌ Ada ilmu & idea, tapi bila bercakap… tiada keyakinan, blur dan terus jatuh

❌ Waktu tengah meeting, orang nampak keliru dengan apa yang kita sampaikan

❌ Rasanya arahan dah jelas pada kita, tapi staf buat lain

❌ Bila kita ditanya secara tiba-tiba, otak jadi blank

❌ Kita bercakap elok-elok, tapi tetap disalah faham

Masalahnya bukan anda tak pandai bercakap.
Masalahnya anda belum diajar atau kuasai cara berkomunikasi dengan betul dan berstruktur.

“Kalau nak jadi yakin, kena jadi petah dan pandai bercakap.”

Ramai orang yang saya jumpa selalu fikir:

“Kalau nak jadi yakin, kena jadi petah dan pandai bercakap.”

Hakikatnya:
✅ Keyakinan boleh dibina secara sistematik
✅ Pengaruh boleh dipelajari, bukan bakat semula jadi
✅ Komunikasi yang berkesan ada struktur & teknik, bukan main cakap

Dan itulah fokus program ini.

inilah solusinya! 

COMMUNICATION LEVEL UP!

Program intensif yang direka khas untuk bantu anda level up cara berkomunikasi — dari biasa-biasa kepada lebih yakin, jelas dan berpengaruh.

Bukan teori cakap kosong, Tetapi teknik yang boleh terus guna dalam kerja, bisnes dan kehidupan harian.

Info penting program ‘communication level up’

14 Februari 2026 | Sabtu

Neuronworks Hall, Setiawalk Puchong, Selangor.

8.00 Pagi hingga 11.00 Malam

MODUL #1 – STRATEGI BINA KEYAKINAN DENGAN MUDAH

Ramai orang sebenarnya ada ilmu, tapi gagal tampil yakin bila bercakap.
Dalam modul ini, anda akan belajar teknik dan strategi praktikal untuk bina keyakinan secara natural ketika berkomunikasi tanpa perlu ‘fake confident

Anda juga akan faham bagaimana keyakinan boleh buat seseorang nampak lebih kredibel, diyakini dan dipercayai, walaupun baru bercakap beberapa minit.

MODUL #2 – TEKNIK IMPROMPTU SPEECH (CAKAP TANPA PREPARE)

Takut bila disuruh bercakap secara tiba-tiba?
Blank bila orang tanya soalan on the spot?

Dalam modul ini, anda akan belajar teknik bercakap spontan dengan tersusun, walaupun tanpa skrip.
Teknik ini diajar secara teori + praktikal, supaya anda benar-benar boleh terus guna dalam kerja, meeting atau situasi harian.

MODUL #3 – TEKNIK “FAHAM KE TAK?”

Bila bercakap, kita selalu tertanya:
“Dia ni faham ke tak sebenarnya?”

Dalam modul ini, anda akan belajar cara mengesan tahap kefahaman audiens, sama ada pelanggan, staf atau team tanpa perlu tanya “faham ke tak?” berulang kali.

Anda akan belajar tanda-tanda, signal dan teknik untuk tahu bila perlu ulang, jelaskan semula atau teruskan.

MODUL #4 – STRATEGI ‘GAYA BAHASA’ BERPENGARUH

Ada orang berilmu tinggi tapi susah nak buat orang ikut. Ada pula yang cakap biasa-biasa, tapi orang senang dengar.

Bezanya ialah gaya bahasa.

Dalam modul ini, anda akan belajar cara menyampaikan mesej dengan gaya yang betul supaya arahan, idea dan pandangan anda:
✔ lebih jelas
✔ lebih meyakinkan
✔ lebih mudah diterima

Sesuai untuk leader, SME, trainer dan sesiapa yang perlu beri arahan atau panduan kepada orang lain.

MODUL #5 – MISCOMMUNICATION DETECTOR

Masalah paling besar dalam komunikasi ialah ‘salah faham‘.

Kita cakap A, orang faham B.
Akhirnya jadi konflik, salah sangka dan hubungan jadi renggang, dalam team jadi tak best.

Dalam modul ini, anda akan belajar cara mengesan punca miscommunication lebih awal, sama ada dengan pelanggan, staf atau team dan bagaimana membetulkannya sebelum jadi masalah yang lebih parah & besar.

MODUL #6 – BODY LANGUAGE YANG MEYAKINKAN

Komunikasi bukan hanya pada apa yang kita cakap, tapi bagaimana kita membawa diri.

Dalam modul ini, anda akan belajar:

body language yang menaikkan keyakinan

gerak tubuh yang buat orang rasa selesa

bahasa badan seorang leader yang berpengaruh

Anda juga akan faham kenapa sesetengah orang nampak “berwibawa” walaupun tak banyak bercakap.

MODUL #7 – 5 AYAT PEMUSNAH KREDIBILITI

Tanpa sedar, ramai orang rosakkan kredibiliti sendiri melalui ayat-ayat tertentu.

Dalam modul ini, anda akan belajar 5 ayat yang boleh menjatuhkan kepercayaan orang terhadap kita, walaupun niat kita baik.

Anda juga akan tahu cara menggantikan ayat-ayat ini dengan versi yang lebih profesional dan berpengaruh. 

MODUL #8 – 4 LANGKAH MEMPENGARUHI ORANG

Ini antara modul paling praktikal & sangat penting.

Anda akan belajar 4 langkah mudah dan sistematik untuk mempengaruhi orang secara beretika, bukan manipulasi.

Teknik ini telah digunakan dan diuji oleh ramai peserta sebelum ini mudah difahami, mudah diamalkan, dan sesuai untuk dunia kerja sebenar. 

MODUL #9 – TEKNIK ‘EFEKTIF’ MEMBINA HUBUNGAN

Ramai orang pandai bercakap, tapi tak semua pandai membina hubungan.

Dalam modul ini, anda akan belajar strategi komunikasi yang buat orang:
✔ rasa selesa bercakap dengan anda
✔ mudah buka cerita
✔ senang bekerjasama
✔ dan lebih percaya

Ilmu ini sangat penting untuk leader, usahawan, pasangan, dan sesiapa yang bekerja dengan manusia.

✔ Business owner & usahawan
✔ Leader & manager
✔ Trainer, coach & consultant
✔ Eksekutif & profesional
✔ Sesiapa yang perlu bercakap, memberi arahan dan mempengaruhi orang

Jika anda berurusan dengan manusia, program ini memang untuk anda.

SIAPA PALING SESUAI JOIN PROGRAM INI?

Siapa saya yang akan bantu anda?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam sejahtera semua. Semangat pagi ! Okay kali ini saya nak kongsikan tips ringkas tentang membina rapport komunikasi yang baik.

Apakah Rapport Komunikasi?

Rapport adalah hubungan yang harmoni, saling percaya, dan saling menghargai antara dua orang atau lebih. Dalam konteks komunikasi, rapport bermaksud adanya hubungan emosi dan fizikal yang kuat antara orang yang berbicara dan orang yang mendengar atau antara dua orang atau lebih yang terlibat dalam percakapan.

Rapport memungkinkan seseorang untuk merasa selesa berkomunikasi dengan orang lain, lebih terbuka dalam berkongsi maklumat, dan membina hubungan yang lebih baik. Rapport juga dapat membantu meningkatkan keberkesanan komunikasi, membantu mengklasifikasikan permasalahan, dan mewujudkan lingkungan kerja (work circle) yang lebih produktif dan harmoni.

Rapport komunikasi adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan hubungan positif yang dibina antara dua pihak atau lebih melalui komunikasi. Hal ini boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk kepercayaan, saling memahami, perhatian atau tumpuan, dan rasa empati.

Rapport komunikasi sangat penting dalam pelbagai situasi, seperti dalam interaksi sosial, pemasaran, jualan, pembentangan, dan dalam kerja berkumpulan. Ketika terdapat rapport yang baik antara kedua-dua pihak (yang berbicara dan yang mendengar), komunikasi akan terasa lebih mudah, selesa, dan lebih produktif.

Ada beberapa cara untuk membina rapport komunikasi seperti menunjukkan minat pada pihak yang berbicara, mendengar dengan terkun, menggunakan bahasa tubuh yang terbuka dan positif, tidak mengkritik, serta menunjukkan kepedulian atau empati pada pihak yang berbicara.

Menunjukkan Minat Terhadap Pihak Yang Berbicara

Menunjukkan minat pada pihak yang berbicara dapat membantu membina rapport komunikasi. Ini kerana, perlakuan tersebut menunjukkan bahwa kita peduli dan menghargai mereka. Ketika seseorang merasa bahwa dia dihargai dan dipedulikan, mereka akan merasa lebih selesa untuk berbicara dan berinteraksi dengan kita.

Berikut merupakan beberapa cara untuk yang boleh dipraktikkan:

  1. Bertanyakan tentang kehidupan dan minat mereka. Anda boleh bertanya tentang pekerjaan, hobi, atau hal-hal yang mereka gemar lakukan. Hal ini dapat membantu membina hubungan dan meluaskan topik perbualan.
  2. Berikan perhatian penuh. Ketika seseorang berbicara, cuba untuk memberikan perhatian sepenuhnya pada mereka. Dengarkan dengan tekun apa yang mereka katakan dan jangan terganggu oleh gangguan luar.
  3. Beri respons yang positif. Setelah seseorang berbicara, berikan respons yang positif seperti tersenyum atau mengangguk. Hal ini menunjukkan bahwa anda benar-benar mendengar dan menghargai apa yang mereka katakan.
  4. Temukan kesamaan. Cuba untuk menemukan kesamaan dengan orang tersebut. Misalnya, jika anda mengetahui bahwa mereka menyukai sukan yang sama dengan anda, anda dapat melanjutkan perbualan berkenaan hal tersebut.

Dengan melakukan perkara-perkara ini, ianya dapat membantu kita menjadi lebih mudah diterima dan dipercayai oleh orang lain, dan membuat komunikasi kita menjadi lebih produktif dan berkesan.

Mendengar Dengan Tekun

Mendengarkan dengan tekun merupakan salah satu cara penting dalam membina rapport komunikasi. Ketika seseorang merasa didengar dengan baik, mereka akan merasa dihargai dan diperhatikan.

Berikut merupakan beberapa cara yang anda boleh gunakan:

  1. Fokus pada perbualan: Ketika seseorang berbicara, fokuskan perhatian anda pada apa yang sedang mereka katakan. Jangan terganggu oleh hal-hal lain terutamanya fikiran anda sendiri. Elakkan perbuatan seperti melihat telefon atau melakukan kerja lain ketika berbicara.
  2. Jangan mencelah: Biarkan mereka selesai berbicara sebelum anda memberikan tanggapan atau bertanya lebih lanjut. Jangan memotong perbicaraan mereka atau menghabiskan ayat mereka. Tunjukkan bahwa anda menghargai pendapat mereka dan memberikan kesempatan bagi mereka untuk mengekspresikan diri.
  3. Banyak bertanya: Setelah mereka selesai, bertanyalah lebih lanjut untuk memperjelaskan apa yang telah diperkatakan atau untuk mengetahui lebih banyak maklumat. Bertanya lebih banyak menunjukkan bahwa anda benar-benar mendengar dan tertarik dengan apa yang sedang dibicarakan.
  4. Gunakan bahasa tubuh yang positif: Tunjukkan dengan bahasa tubuh bahawa anda sedang mendengar dengan tekun. Anda boleh cuba untuk menatap mata, menganggukkan kepala, dan menunjukkan ekspresi wajah bahawa anda memahami dan peduli.

Hal ini dapat membuat orang lain merasa selesa dan terbuka untuk berkomunikasi dengan anda, serta membantu anda memahami perspektif mereka dengan lebih baik.

Bahasa Tubuh

Bahasa tubuh yang terbuka dan positif dapat membantu membina rapport komunikasi dengan orang lain kerana ia dapat menunjukkan sikap yang ramah, berkeyakinan, dan positif.

Beberapa Bahasa tubuh yang boleh anda gunakan untuk kelihatan terbuka dan positif:

  1. Tegakkan tubuh: Jaga postur tubuh supaya kelihatan tegak, namun santai. Hal ini menunjukkan bahwa anda mempunyai keyakinan diri dan bersedia untuk berkomunikasi.
  2. Eye-contact: Tatap mata orang tersebut saat berkomunikasi. Eye-contact menunjukkan bahwa anda tertarik dan menghargai apa yang sedang mereka katakan.
  3. Gunakan gerakan tangan: Gerakan tangan yang ringan dan terkawal dapat membantu memperjelas apa yang anda ingin sampaikan dan secara tidak langsung menunjukkan kepercayaan diri.
  4. Hindari posisi tubuh yang menutup diri: Elakkan dari bersandar atau memeluk tubuh dan menyilangkan kaki. Ini kerana ia menggambarkan sikap defensif atau tidak terbuka.
  5. Tunjukkan ekspresi wajah yang positif: Gunakan ekspresi wajah yang positif, seperti tersenyum atau mengangguk, untuk menunjukkan bahwa anda memperhatikan dan menghargai orang tersebut.

Dengan menggunakan bahasa tubuh yang terbuka dan positif, kita dapat menunjukkan sikap yang ramah, percaya diri, dan positif, yang secara tidak langsung membantu membina hubungan yang baik dengan orang lain dan memperkuat rapport komunikasi. Hal ini dapat membuat orang merasa lebih selesa dan terbuka untuk berbicara dengan kita.