Manusia adalah Teko Perkataan

Mengenai Penulis

Mohd Rizal Bin Abd Rashid merupakan Guru Komunikasi Berpengaruh Malaysia yang berpengalaman selama 20 tahun dalam bidang komunikasi berpengaruh.

Beliau mempunyai kepakaran dalam komunikasi berpengaruh dan telah mengendalikan banyak bengkel serta seminar serta melatih ribuan bisnes owner, usahawan dan professional dalam dan luar negara fokus kepada komunikasi berpengaruh dan body language.

}

18 Oct 2015

Manusia adalah “Teko Perkataan”

Bila kita sebut tentang Teko secara automatik kita akan terfikir, ianya adalah satu bekas yang akan menuangkan air ke dalam gelas atau cawan.

Secara logiknya, bila air di dalam teko adalah teh, maka tehlah akan keluar ke dalam cawan atau gelas apabila kita menuangnya. Jika didalamnya jus, maka jus lah akan keluar ke dalam gelas atau cawan tersebut.

Cuba anda bayangkan, air di dalam teko adalah teh, adakah susu busuk yang akan keluar daripada teko tersebut? Mestilah tidak bukan. (Kecuali dengan izin Allah SWT)

Begitu juga manusia, perkataan perkataan yang baik adalah lahir daripada dalaman yang baik.

Justeru, pesan guru, ayat ayat seperti,
” aku mulut sahaja laser tapi hati baik ..”
tidak praktikal dan tidak boleh digunakan.

Kerana secara metaforanya , Manusia di ibaratkan seperti “Teko Perkataan”.

Oleh sebab itu, bicaralah, tulislah dan bincanglah dengan perkataan perkataan yang baik baik biarpun diri belum baik.

Sekurang kurangnya ia sudah mengurangkan perkara perkara yang tidak baik.

Allaha’lam

 

Anda Mungkin Meminati Tajuk Tajuk Ini…

Apa Pendapat Anda Tentang Artikel Saya Ini? Berikan Komen Anda

0 Comments