1 . Staff tak faham arahan bila tiada kemahiran komunikasi
Dalam syarikat, setiap arahan adalah satu perkara yang sangat penting. Arahan disampaikan melalui pelbagai channel dan penting sangat kita tahu kemahiran komunikasi yang betul.
Jika arahan yang disampaikan tidak jelas, kemungkinan kerja yang bakal dilaksanakan oleh staff atau pekerja akan menjadi kurang sempurna atau tidak seperti yang di inginkan oleh bos.
Tapi..
Adakah staff yang perlu disalahkan 100% jika apabila arahan kerja yang mereka lakukan tidak seperti yang majikan atau bos inginkan?
Kadang kala arahan yang mengelirukan, tidak jelas dan tidak meyakinkan juga akan memberi kekeliruan kepada staff. Sebagai seorang bos atau majikan, kita semestinya tahu kebolehan atau kekuatan staff kita.
Ada staff memerlukan arahan jelas, tepat dan memudahkan, ada staff yang perlukan arahan yang simple sahaja dan mereka boleh selesaikan seperti yang bos inginkan.
So, para bos dan majikan, TINGKATKAN SKILL KOMUNIKASI ANDA!
2. Payah nak closing customer bila tak mahir komunikasi
Bos dan majikan, anda juga merupakan pendiri syarikat yang kadang kala perlu berjumpa client atau potential customer untuk syarikat untuk membesarkan lagi syarikat anda.
Oleh yang demikian, jika anda tidak mahir dalam komunikasi, susah untuk anda deal atau closed dengan customer anda.
Komunikasi yang berimpak tinggi akan membantu anda sebagai majikan atau bos syarikat kelihatan berkeyakinan dan akan memudahkan urusan and jika berjumpa client.
Komunikasi yang berpengaruh dan convincing akan membantu anda untuk closing customer dengan mudah. Insya Allah
Mungkin anda berfikir, ‘Perlu ke belajar KOMUNIKASI?’
So Jawapannya?
Artikel berkaitan: Ini teknik nak buat orang suka bercakap dengan kita (ilmu mahal ni)
3 . Tak dilihat sebagai berkredibel dalam kemahiran komunikasi
Seorang majikan atau bos, kelihatan kredibel dan kelihatan dominant sangat di perlukan supaya dihormati dan mudah didekati.
Oleh yang demikian, anda perlu kelihatan kredibel bukan sahaja melalui gaya penampilan bahkan gaya komunikasi juga amat perlu.
Bos atau majikan mempunyai kemahiran komunikasi yang berkredibel seperti tidak banyak ‘fillers’ atau tidak gagap, akan membantu anda sebagai pendiri syarikat kelihatan kredibel.
Jika anda sangat berkemahiran, menyampaikan amanat kerja kepada staff dengan konfiden dan kredibel akan membuat anda kelihatan berani dan tegas bahkan penerimaan staff juga akan lebih baik. Jika kena pada tempatnya, arahan diterima dengan baik, kerja juga dapat dilaksanakan dengan baik dan sempurna seperti yang di inginkan oleh bos atau majikan.
4. Payah nak handle konflik dalam syarikat
Sebagai pendiri syarikat, bos dan majikan sangat perlu kemahiran komunikasi kerana apabila berlaku konflik atau isu dalaman di dalam syarikat, kemahiran komunikasi yang betul daripada seorang bos atau majikan dapat membantu melahirkan majikan yang berkemahiran tinggi dalam menyelesaikan masalah.
Dalam syarikat, konflik atau isu dalaman yang berlaku adalah suatu yang seorang bos atau majikan harus bersedia. Jika bos tiada kemahiran komunikasi yang betul kemungkinan masalah dalam syarikat tidak dapat dihandle atau diselesaikan dengan betul.
‘Good communicator is a Great Listener’
Semoga bermanfaat untuk perkongsian kali ini
Jangan lupe LIKE page saya di, Klik ==> RIZAL RASHID
0 Comments