Ramai pemimpin hari ini hebat dalam strategi, bijak dalam menyusun pasukan, malah ada pengalaman bertahun dalam industri. Tapi bila masuk bab komunikasi… masih ramai yang struggle.
Apa gunanya visi besar kalau pasukan tak jelas?
Apa gunanya rangcang macam-macam tapi arahan team tak faham?
Inilah sebab utama kenapa komunikasi berpengaruh bukan sekadar pelengkap, tapi senjata utama untuk memimpin dengan lebih berkesan.

1. Komunikasi Bukan Sekadar Menyampaikan, Tapi Mempengaruhi
Pemimpin bukan hanya bercakap pemimpin menyampaikan untuk mencetuskan tindakan.
Ini beza antara komunikasi biasa dengan komunikasi berpengaruh.
Komunikasi berpengaruh ialah apabila mesej anda bukan saja didengar, tapi difahami dan mendorong tindakan.
Sebagai pemimpin, setiap perkataan anda adalah ‘trigger’. Anda boleh menaikkan semangat atau mematahkan motivasi pasukan hanya melalui cara anda menyampaikan mesej.

2. Gaya Komunikasi Seorang Pemimpin
Selepas itu, tanya diri anda, apa gaya komunikasi anda sekarang?
- Adakah anda jelas dan tegas, atau terlalu lembut dan mudah disalah erti?
- Adakah anda tahu bila masa untuk mendengar, dan bila masa untuk bertindak?
Gaya komunikasi pemimpin yang berkesan ialah:
- Assertive tetapi empati
- Tegas tetapi tidak menekan
- Jelas tetapi tidak membingitkan
Ketahui gaya komunikasi anda dan perbaiki setiap titik lemah.
3. 3 Soalan Reflection Untuk Pemimpin
Sebelum anda improve komunikasi, jawab tiga soalan ini:
- Adakah pasukan saya selalu bertanya soalan berulang walaupun saya dah beri arahan?
- Team saya selalu bergantung pada saya untuk keputusan kecil kerana tak faham hala tuju?
- Adakah saya kerap perlu ‘repair’ kesilapan komunikasi yang tak sepatutnya berlaku?
Jika jawapannya “Ya” — besar kemungkinan masalahnya ialah pada struktur komunikasi anda.
4. Teknik Komunikasi Berstruktur: The Mindfilter
Dalam program kami, salah satu teknik utama yang diajar ialah Mindfilter, satu formula ringkas untuk bantu pemimpin menstruktur idea sebelum bercakap.
Antara modul dalam teknik ini:
- Mengenal pasti maksud sebenar sebelum menyusun ayat
- Menentukan outcome yang anda mahu sebelum bercakap
- Mengurus emosi sebelum menyampaikan mesej
Ini semua membantu anda bercakap dengan lebih jelas, tenang dan tepat. sekaligus menjadikan anda lebih dihormati.

5. Kesannya Bila Pemimpin Ada Komunikasi Berpengaruh
Apabila seorang pemimpin kuasai seni komunikasi, ini yang berlaku:
-Arahan lebih cepat dilaksanakan
-Pasukan rasa dihargai dan difahami
-Konflik dalaman makin berkurang
-Perbincangan lebih fokus kepada penyelesaian, bukan salah-menyalahkan
-Pemimpin dilihat lebih kredibel dan dipercayai
Justeru inilah kualiti pemimpin masa depan, bukan sekadar tahu apa nak buat, tapi tahu macam mana nak bawa orang buat bersama-sama.
Akhir sekali, Pemimpin bukan dinilai melalui jawatan, tapi kesannya pada orang di sekeliling.
Dan kesan itu bermula daripada komunikasi.
Komunikasi yang berpengaruh akan membawa anda jauh lebih tinggi bukan saja dalam organisasi, tapi dalam kehidupan.
“Cakap anda mungkin tidak diingati selamanya. Tapi impaknya boleh dirasai seumur hidup.”
– Rizal Rashid
Reference :
1/ https://rizalrashid.com/7-rahsia-komunikasi-berpengaruh-teknik-mudah-untuk-leader-dan-bisnes-owner/
0 Comments