Berapa ramai diantara kita nak berjaya?
Berapa ramai diantara kita yang tanak gagal?
Saya yakin dan percaya bila kita tanya soalan dia atas kepada semua orang maka jawapannya pasti sama. Semua orang nak berjaya dalam hidup mereka.
Semua orang tanak gagal dalam hidup mereka.
Tak kesah la dari aspek apa sekalipun. Sama ada dari aspek kewangan mahupun hubungan dengan pasangan, hubungan dengan keluarga dan anak-anak ataupun dari segi aspek kerjaya , aspek kesihatan dan sebagainya.
Pastinya semua orang nak berjaya!!!
Sepanjang kehidupan serta pemerhatian saya, saya dapati rupa-rupanya orang berjaya ini ada formulanya tersendiri.
Sebagai contoh kalau orang tersebut Berjaya dari sudut kewangannya, pasti ada formulanya.
Jika seseorang itu Berjaya dari sudut pencapaian dalam hidup, pasti ada formulanya.
Begitu juga dengan semua aspek yang saya sebutkan diatas. Jika mereka ‘BERJAYA’ dalam aspek tersebut pasti ada formulanya.
Persoalannya apakah formula yang mereka terapkan dalam diri mereka?
Oleh itu saya kongsikan dapatan saya ini iaitu 7 Formula Orang Berjaya.
Orang – orang Berjaya ini biasanya mengamalkan 7 formula ini. Saya pasti kalau anda amalkan formula ini anda juga akan Berjaya.
1. Tidak mengeluh
2. Tidak mudah ” blame ” orang
3. Sentiasa mencari penyelesaian
4. Mereka akan mencari mentor
5. Suka membaca
6. SUka buat kerja bersungguh-sungguh
7. Betawakal kepada allah swt
Bagi saya 7 formula di atas ini sangat penting untuk kita amalkan dan sebarkan kepada seramai mungkin orang diluar sana.
Kejayaan bukan hanya milik kita sahaja tetapi juga milik semua orang di alam ini.
Semoga bermanfaat. Terima kasih.
Setuju, tidak ada manusia yg ingin gagal dalam kehidupan mereka. Namun gagal akan menjadi titik tolak untuk seseorang bangkit untuk berjaya. Untuk tidak bertemu dengan gagal, formula berjaya perlu dipelajari dan ada dalam diri manusia.]
Yes, Benar Cik Puan Rozilawati. Terima kasih.