kuasa networking dalam Dunia bisnes

kuasa networking dalam dunia bisnes

Mengenai Penulis

Mohd Rizal Bin Abd Rashid merupakan Guru Komunikasi Berpengaruh Malaysia yang berpengalaman selama 20 tahun dalam bidang komunikasi berpengaruh.

Beliau mempunyai kepakaran dalam komunikasi berpengaruh dan telah mengendalikan banyak bengkel serta seminar serta melatih ribuan bisnes owner, usahawan dan professional dalam dan luar negara fokus kepada komunikasi berpengaruh dan body language.

}

7 Feb 2024

Kejayaan dalam bisnes tidak semata-mata bergantung kepada kecekapan dan keberanian seorang usahawan. Kadang-kadang, kejayaan datang melalui jalinan networking yang kukuh dan bantuan dari individu lain. Kali ini, saya nak kongsikan sebuah kisah seorang usahawan air mineral yang bertemu dengan saya di Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur. Ia adalah satu contoh yang menarik tentang bagaimana power of networking dapat membantu meningkatkan perniagaan seseorang.

Saya masih ingat ketika Tuan yang saya namakan sebagai Tuan A ya. Tuan A itu datang ke pejabat saya, usianya yang mungkin lebih dari 30 tahun, dia sebenarnya mencari dana untuk bertemu dengan seorang individu tertentu. Oleh itu, tanpa banyak soal saya memberinya bantuan dengan bantu beliau bawanya kepada saluran yang betul. Namun, menariknya adalah pertemuan kami hanya berlaku pada satu hari itu sahaja.

Sumber Gambar dari : https://iluminasi.com/bm/5-produk-yang-memberikan-kadar-untung-tak-ingat-pada-penjualnya.html#google_vignette

Enam bulan kemudian, saya bertemu dengan Tuan A itu semula di salah sebuah acara yang saya bertugas untuk mengacara majlis tersebut. Majlis itu bertujuan untuk memberi galakan kepada para usahawan. Ketika itu, Tuan A itu mengenali saya lalu mengajak bersembang.

Dia membuka perbualan dengan mengingatkan saya bahawa saya pernah membantunya mendapatkan pinjaman, dan berkat bantuan itu, bisnes beliau berkembang dengan pesat Alhamdulillah. Tambahan lagi, kini beliau memiliki tiga buah lori air mineral dan juga sedia membantu saya jika saya memerlukan bantuan dalam apa jua hal.

Hal yang demikian, kisah ini menunjukkan betapa pentingnya networking dalam dunia bisnes ini. Tuan A itu mungkin tidak akan mencapai kejayaan yang sama tanpa bantuan dan sokongan dari orang lain. Peranan saya sebagai penghubung telah membantu membuka pintu peluang yang lebih baik baginya, dan ini menjadi contoh yang baik tentang bagaimana kebaikan hati dan sokongan kepada orang lain dapat memberi impak yang besar.

Dalam dunia bisnes yang serba cepat dan kompetitif, seringkali kita terlupa akan nilai-nilai sebenar yang membina hubungan yang baik dengan individu lain. Kisah Tuan A ini mengingatkan kita bahawa dalam perjalanan menuju kejayaan, tidaklah hanya kemahiran perniagaan yang penting, tetapi juga keupayaan untuk membina networking yang baik dan memberi bantuan kepada sesama.

Sumber Gambar : rizalrashid.com/speak-2024

Networking yang baik juga membuka pintu kepada peluang yang lebih luas. Apa yang dimulai sebagai satu pertemuan di pejabat, berubah menjadi hubungan yang saling menguntungkan. Oleh itu, mari kita tidak lupa untuk sentiasa membina hubungan yang baik dengan orang di sekeliling kita, kerana siapa tahu, suatu hari, mereka mungkin menjadi kunci kepada kejayaan kita.

Dalam kesimpulannya, kisah Tuan A ini menunjukkan bahawa kejayaan dalam perniagaan seringkali berkait rapat dengan pertemuan atau networking yang dibina. Sebuah pertemuan di pejabat telah membuka pintu kepada kejayaan Tuan A dalam perniagaannya, dan ini menjadi pengingat kepada kita semua tentang kepentingan membina networking dalam mencapai matlamat perniagaan.

Semoga bermanfaat, terima kasih.

Anda Mungkin Meminati Tajuk Tajuk Ini…

Peranan trainer dan Fasilitator

Peranan trainer dan Fasilitator

Trainer dan fasilitator adalah dua peranan penting dalam bidang Latihan ( training ), khususnya dalam adult learning....

Apa Pendapat Anda Tentang Artikel Saya Ini? Berikan Komen Anda

0 Comments