Gaya Bahasa yang memusnahkan kredibiliti dalam komunikasi.

Mengenai Penulis

Mohd Rizal Bin Abd Rashid merupakan Guru Komunikasi Berpengaruh Malaysia yang berpengalaman selama 20 tahun dalam bidang komunikasi berpengaruh.

Beliau mempunyai kepakaran dalam komunikasi berpengaruh dan telah mengendalikan banyak bengkel serta seminar serta melatih ribuan bisnes owner, usahawan dan professional dalam dan luar negara fokus kepada komunikasi berpengaruh dan body language.

}

2 Jul 2015

Seperti kita maklum, antara sebab kita berkomunikasi adalah untuk :

1. menyampaikan maklumat

2. mempromosi / menjual

3. menghibur

4. menginspirasi

5. memberi motivasi

 

Walaubagaimanapun, ada satu perkara yang sangat penting dalam komunikasi iaitu, MEMBINA KREDIBILITI.

Semakin kita berkredibel, semakin mudah satu satu mesej disampaikan dan dihadam oleh pendengar atau audien.

 

Justeru untuk membina kredibiliti dalam komunikasi, ELAKKAN daripada menggunakan gaya bahasa di bawah :

 

1. ‘Ada aku kisah’ ( Tidak peduli )

Bertujuan untuk menghukum individu tanpa sebarang penyelesaian.

Contoh :

” Ikut suka engkau lah nak buat macamana …”

” Awak kena selesaikan. Saya tak nak tahu apa apa. Apa yang saya tahu masalah ni selesai..”

” Saya tak nak campur, jangan libatkan saya dalam hal ni..”

 

2. ‘Tak Boleh’ ( Menutup minda )

Bila ada satu idea baru yang dicadangkan sedangkan kita sudah terbiasa dengan cara lama atau pendapat kita selalu tidak dipersetujui malah diperlekehkan , ada sesetengah orang menggunakan ayat sebegini untuk menarik perhatian atau mungkin ingin kelihatan bijak :

” Cakap memang senang, kami yang buat ni yang tahu dan tanggung ..”

” Saya buat dulu lain..bukan macam tu..”

” Korang bolehlah, kami mana pandai buat macam tu..”

” Susahlah, mana boleh buat macam ni..”

 

3. ‘ Dasar keturunan…’ ( Menghina )

Menghina latar belakang seperti keluarga, pendidikan, kerja dan sebagainya.

” Sedar la diri tu, awak tu dari … ”

” Harap je belajar agama jauh jauh sampai mesir, tapi perangai … ”

” Awak ni selekeh sangat, ni bukan kampung awak tau, ni KL..”

 

4. ‘ Aku ketua..’ ( Mengawal )

Memaksa orang lain mematuhi perkara yang tidak dipersetujui.

” Saya ketua keluarga, awak mesti ikut cakap saya..”

” Walau apa pun alasan, saya nak awak siapkan kerja ni..”

 

5. ‘ I am the best’ ( Perasan bagus)

Merendah rendahkan orang lain dengan menunjukkan kelebihan diri sendiri.

” Awak masih muda, saya dah 20 tahun dalam bidang ni. Awak mana tahu …”

” Awak siapa??  saya certified Trainer daripada ABC tau.. ”

” Mana boleh perempuan buat kerja ni, perempuan kan lemah..”

 

Kesimpulannya:

Apabila kredibiliti kita berkurang, mesej yang disampaikan pun tidak dapat diterima dengan baik menyebabkan feedback yang kita terima daripada audien tidak seperti kita expect.

Carta alirannya mudah:

Tinggi Kredibiliti —> mesej diterima dengan baik oleh audien / pendengar —> Feedback diterima daripada audien seperti yang kita expect.

 

Allahua’lam

Anda Mungkin Meminati Tajuk Tajuk Ini…

Apa Pendapat Anda Tentang Artikel Saya Ini? Berikan Komen Anda

0 Comments