Dulu gagap sekarang dah boleh buat kelas marketing

Mengenai Penulis

Mohd Rizal Bin Abd Rashid merupakan Guru Komunikasi Berpengaruh Malaysia yang berpengalaman selama 20 tahun dalam bidang komunikasi berpengaruh.

Beliau mempunyai kepakaran dalam komunikasi berpengaruh dan telah mengendalikan banyak bengkel serta seminar serta melatih ribuan bisnes owner, usahawan dan professional dalam dan luar negara fokus kepada komunikasi berpengaruh dan body language.

}

1 Apr 2022

Saya pasti ada yang pernah mengalami “gagap” ini. Jika anda bertanya kepada saya adakah tiada ubat atau penyelesaian untuk gagap ini?

Jawapan saya adalah sebenarnya boleh berdasarkan pengalaman kami yang sudah lama berkecimpung dalam bidang komunikasi ini.

Sumber Gambar : www.gempak.com

Salah seorang peserta kami ialah seseorang yang tergagap-gagap semasa berucap di hadapan khalayak.

Selepas beberapa kali, saya mengadakan sesi bimbingan one to one yang akhirnya dapat dia keluar dari masalah gagapnya.

Jadi saya boleh simpulkan bahawa gagap sebenarnya bukan penghalang kepada mereka yang benar-benar mahu bercakap dan membuat perubahan pada diri.

Bahkan student saya yang gagap itu, kini telah menjalankan kelas-kelas marketing untuk ramai usahawan diluar sana.

Jadi artikel kali ini saya ingin kongsikan beberapa tips kepada anda yang mengalami masalah gagap ini.

Tips yang pertama adalah anda mesti menonton satu filem yang bertajuk “The King’s Speech”.

Filem ini menceritakan kisah seorang raja yang mempunyai penyakit gagap. Filem ini bagi saya ianya membuatkan anda terinspirasi apabila menontonnya dan anda juga akan melihat apakah perkara yang baik yang anda boleh lakukan selepas ini.

Tips yang kedua adalah cari mentor yang betul.

Jika anda gagap cari lah guru atau mentor yang betul yang boleh membantu anda sehingga anda yakin serta Berjaya menyampaikan sesuatu dengan baik kepada audien anda.

Tips yang ketiga adalah sentiasa improve diri.

Jika niat yang baik yang kita inginkan pasti Allah akan berikan. Jadi sentiasa lah improve diri kita insya Allah Allah akan berikan apa yang kita mahu.

Kongsikan Tips ini supaya lebih ramai orang yang mempunyai halangan ini di luar sana dapat tambah baik kelemahan mahupun kekurang yang mereka hadapi ini seterusnya dapat berkomunikasi dengan lebih baik dan meyakinkan di khalayak ramai.

Semoga bermanfaat, Sekian.

Anda Mungkin Meminati Tajuk Tajuk Ini…

Apa Pendapat Anda Tentang Artikel Saya Ini? Berikan Komen Anda

0 Comments