

Rizal Rashid, Jurulatih Komunikasi Berpengaruh
Mohd Rizal Abd Rashid merupakan seorang jurulatih komunikasi berpengaruh, fasilitator dan pengasas kepada pelbagai program pembangunan komunikasi dan kepimpinan di Malaysia.
Sepanjang lebih sedekad dalam industri latihan dan pembangunan manusia, beliau telah melatih lebih 72,000 bisnes owner, usahawan, pemimpin dan profesional merentasi pelbagai industri daripada SME, korporat, institusi latihan hingga organisasi kerajaan. Fokus utama beliau adalah membantu individu berkomunikasi dengan lebih yakin, berstruktur dan mampu mempengaruhi secara beretika.
Rizal Rashid dikenali dengan pendekatan praktikal dan berasaskan realiti sebenar dunia kerja dan bisnes. Modul-modul yang dibangunkan bukan sekadar teori, tetapi diuji, diaplikasikan dan diperhalusi melalui pengalaman lapangan bersama peserta dari pelbagai latar belakang dan tahap kepimpinan.
Beliau merupakan jurulatih bertauliah HRD Corp (PSMB) serta Badan Nasional Sertifikasi Profesi (BNSP) Indonesia, dan aktif membangunkan metodologi komunikasi yang menekankan kefahaman manusia, pembinaan keyakinan serta pengaruh yang berintegriti.
Sebagai pengasas kepada beberapa program komunikasi berskala besar di Malaysia, termasuk seminar dan latihan berimpak tinggi, Rizal Rashid telah berkongsi pentas dan bekerjasama dengan pelbagai tokoh ternama, pemimpin industri dan personaliti berpengaruh tanah air.
Misi beliau jelas, membantu lebih ramai individu memimpin diri, memimpin orang lain dan mencipta impak melalui kuasa komunikasi yang betul.
Beliau percaya bahawa:
‘success is led by the power of communication’



