Peramah Selalunya Orang Suka

peramah selalunya orang suka

Mengenai Penulis

Mohd Rizal Bin Abd Rashid merupakan Guru Komunikasi Berpengaruh Malaysia yang berpengalaman selama 20 tahun dalam bidang komunikasi berpengaruh.

Beliau mempunyai kepakaran dalam komunikasi berpengaruh dan telah mengendalikan banyak bengkel serta seminar serta melatih ribuan bisnes owner, usahawan dan professional dalam dan luar negara fokus kepada komunikasi berpengaruh dan body language.

}

8 Jul 2022

Hari ni saya nak share dengan anda tentang orang yang peramah. Cuba tanya diri anda adakah anda seorang yang peramah?

Jika “Ya” Alhamdulillah. Jika “Tak” anda tidak perlu risau lagi sebab saya nak kongsikan tips yang sanagt luarbiasa untuk bantu anda jadi seorang yang peramah.

Tipsnya sangat mudah untuk anda praktikkan ketika anda berjumpa dengan seseorang, sama ada anda kenal dengan mereka ataupun anda tidak pernah kenal langsung dengan mereka.

Anda boleh gunakan sahaja tips ini selepas membaca artikel ini sehingga habis.

Anda dah sedia untuk jadi peramah?
Kredit gambar dari Pexel.com

Jom kita mulakan!

Sebelum saya nak kongsikan tipsnya, apa kata saya kongsikan terlebih dahulu kelebihan menjadi seorang yang peramah.

Ada 3 kelebihan bila anda menjadi seorang yang peramah iaitu ;

1. Orang yang peramah ni selalu orang suka
2. Orang yang peramah ni selalu mudah didampingi
3. Orang yang peramah ni selalu rezekinya terbuka dengan luas

Jadi sekiranya anda nak orang suka kepada anda , nak orang rasa mudah untuk mereka dekati anda dan jika anda nak rezeki anda luas, maka cuba dan usaha untuk merubah personaliti diri anda menjadi seorang yang lebih ramah dengan orang disekeliling anda.

Kredit gambar dari Pexel.com

Oleh itu, saya nak kongsi dengan anda tips untuk jadi seorang yang peramah.

Tipsnya, nak jadi orang yang peramah adalah “tidak banyak bercakap”. Kenapa saya kata begitu?

Sebab orang yang peramah ni, mereka hanya respon pada perkara yang betul , situasi yang betul dan dalam keadaan yang betul sahaja.

Sebagai contoh, apabila seseorang bercakap dengan kita, sebenarnya mereka hanya nak kita ‘iyakan’ sahaja , setuju dengan mereka dan sokong perbualan mereka.

Kesimpulannya, mereka tidak perlu untuk kita untuk cakap banyak atau lebih dari mereka.

Mudahkan ? Jom Amalkan !

“..Perhubungan yang baik bermula dengan komunikasi yang baik..” – Unknown

Semua perhubungan mempunyai pasang surut, tetapi gaya komunikasi yang sihat boleh memudahkan anda menangani konflik dan membina perkongsian yang lebih kukuh dan sihat.

Anda Mungkin Meminati Tajuk Tajuk Ini…

Kejayaan adalah Satu Pencapaian

Kejayaan adalah Satu Pencapaian

Berapa ramai diantara kita nak berjaya? Berapa ramai diantara kita yang tanak gagal? Saya yakin dan percaya bila kita...

Bagaimana nak Bangkit semula ?

Bagaimana nak Bangkit semula ?

Berapa ramai diantara kita yang cepat rasa “down”, lemah dan tak bersemangat? Artikel ini khas untuk anda. Kami faham...

Apa Pendapat Anda Tentang Artikel Saya Ini? Berikan Komen Anda

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published.