Komunikasi: Kepercayaan, Pengalaman dan Ilmu / Nilai

​​Jadi yang terawal untuk dapatkan
artikel - artikel terbaru!

Isikan butiran anda dibawah untuk dapatkan artikel dan tips tips berkaitan komunikasi dengan PERCUMA.

Mengenai Penulis

Mohd Rizal Bin Abd Rashid merupakan Guru Komunikasi Berpengaruh Malaysia yang berpengalaman selama 20 tahun dalam bidang komunikasi berpengaruh.

Beliau mempunyai kepakaran dalam komunikasi berpengaruh dan telah mengendalikan banyak bengkel serta seminar serta melatih ribuan bisnes owner, usahawan dan professional dalam dan luar negara fokus kepada komunikasi berpengaruh dan body language.

}

27 May 2015

[et_social_follow icon_style=”slide” icon_shape=”circle” icons_location=”top” col_number=”auto” counts=”true” counts_num=”0″ total=”true” outer_color=”dark” network_names=”true”]

Semasa berguru ilmu vokal dengan Cikgu Siti Hajar, dia bertanya:

Cikgu Siti Hajar: Rizal, awak asal dari Sabah ke?

Saya: Ya Cikgu..

Cikgu Siti Hajar: Owh patutla..

Saya: Kenapa cikgu?

Cikgu Siti Hajar: Sebutan awak jelas

—————————

Dalam situasi yang lain, saya berbual dengan seorang pemuda. Setelah beberapa lama berbual dia bertanya..

Pemuda: Bro asal mana?

Saya: Saya asal Sabah bro..

Pemuda: wah..Sabah baguss..

Saya: Kenapa?

Pemuda: Sumandak (awek) cantik cantik. Kulit halus dan putih mulus..kalau yang mix tu memang lawa lahh..

———————————-

Dalam situasi lain, saya berbual dengan seorang wanita..

Wanita : Sabah best Rizal..

Saya : Kenapa?

Wanita : Pulau di sana memang terbaik & cantik-cantik, saya suka diving especially di Pulau Sipadan

————————————

Secara kesimpulannya ialah:

Subject Matter yang sama iaitu Negeri Sabah tapi ianya mempunyai pandangan yang berbeza. Mengikut perkspektif orang.

Kerana apa?

Ini adalah kerana secara dasarnya pandangan individu adalah terbentuk daripada 3 perkara:

1. Kepercayaan

2. Pengalaman

3. Ilmu atau Nilai

Atau secara metaforanya, jika seorang itu menggunakan kaca mata kuning, maka kuninglah sekelilingnya, begitu juga perihalnya sekiranya memakai kaca mata berwarna hitam, maka hitamlah sekelilingnya.

Justeru, dalam komunikasi meraikan pendapat itu sangat perlu. Elakkan menjadi reaktif sekiranya mendapat respon yang kita tidak ingini. Kerana berita baiknya, bila kita mendapat respon daripada individu yang mempunyai kacamata biru, sedang kita memakai kacamata unggu, kita sudah ada kaca mata yang berbeza.

Allahua’lam

Semoga bermanfaat semua.

 

Anda boleh ikuti saya di Facebook RIZAL RASHID untuk dapatkan lebih banyak tips dalam komunikasi

Anda Mungkin Meminati Tajuk Tajuk Ini…

Step Dalam Public Speaking

Step Dalam Public Speaking

Hai semua, Terima kasih kerana terus membaca artikel-artikel dalam website saya. Ada 6 Step dalam Public Speaking atau...

Apa Pendapat Anda Tentang Artikel Saya Ini? Berikan Komen Anda

0 Comments