Bagaimana nak Bangkit semula ?

Mengenai Penulis

Mohd Rizal Bin Abd Rashid merupakan Guru Komunikasi Berpengaruh Malaysia yang berpengalaman selama 20 tahun dalam bidang komunikasi berpengaruh.

Beliau mempunyai kepakaran dalam komunikasi berpengaruh dan telah mengendalikan banyak bengkel serta seminar serta melatih ribuan bisnes owner, usahawan dan professional dalam dan luar negara fokus kepada komunikasi berpengaruh dan body language.

}

13 Apr 2022

Berapa ramai diantara kita yang cepat rasa “down”, lemah dan tak bersemangat?

Artikel ini khas untuk anda.

Kami faham kadang-kadang dalam bisnes atau kehidupan ini ada masanya mood kita okay , bersemangat dan sangat teruja.

Namun, ada masanya juga mood kita merudum , tak bersemangat dan tak tentu hala. Jika berlaku situasi begini apa yang perlu kita buat?

” It always seems impossible until it’s done ” -inspirationboost.com-

Oleh itu, Jom! saya kongsikan kepada anda tips-tips untuk bangkit bersemangat semula.

Saya juga manusia , saya juga sama macam anda ada rasa turun dan naik, itu adalah perkara biasa.

Tapi yang lebih luar biasa adalah apabila anda dalam mood atau emosi negatif. Oleh itu, anda harus tukar emosi tersebut dengan cepat agar ia tidak mengganggu tugasan harian kita.

Salah satu cara untuk menaikkan semangat kita itu adadalah dengan cara melihat keindahan alam yang diciptakan oleh Allah SWT.

Contohnya, ada orang suka melihat air laut, ada orang suka melihat sungai , ada orang suka melihat hijau-hijauan di dalam hutan dan sebagainya.

Tidak kiralah anda jenis yang mana satu , yang penting lihat keindahan alam semula jadi cipta Allah itu sebab ianya sangat membantu untuk menaikkan semula mood atau emosi kita kearah lebih positif.

Selain itu juga , anda buka deria anda seluasnya untuk menikmati bunyi-bunyi alam , dengarkan apakah suara yang hadir serta rasakan bau alam semulajadi tersebut.

Konklusinya, berusahalah bersungguh-sungguh untuk bangkit daripada kegagalan ataupun kejatuhan. Praktikkan berbagai-bagai cara yang sesuai untuk bangun semula.

Namun ketika usaha dan doa kita tidak dikabulkan Allah S.W.T, itu bermaksud Allah mempunyai rancangan lain yang jauh lebih indah daripada perancangan kita.

Selamat berusaha dan sentiasa bersangka baik dengan Allah S.W.T. Dia sayangkan hambanya maka pasti ada sesuatu di sebalik kegagalan yang kita alami.

Semoga bermanfaat perkongsian ringkas ini, Sekian.

Anda Mungkin Meminati Tajuk Tajuk Ini…

Peramah Selalunya Orang Suka

Peramah Selalunya Orang Suka

Hari ni saya nak share dengan anda tentang orang yang peramah. Cuba tanya diri anda adakah anda seorang yang peramah?...

Kejayaan adalah Satu Pencapaian

Kejayaan adalah Satu Pencapaian

Berapa ramai diantara kita nak berjaya? Berapa ramai diantara kita yang tanak gagal? Saya yakin dan percaya bila kita...

Apa Pendapat Anda Tentang Artikel Saya Ini? Berikan Komen Anda

0 Comments